Utama > Emas, Pelaburan > Masa Untuk Membeli Emas

Masa Untuk Membeli Emas

Berdasarkan analisis teknikal dan keadaan politik semasa dunia sekarang, saya berpendapat telah tiba masa untuk membeli emas sekarang. Harga emas telah jatuh sebanyak 10% daripada harga tertinggi, tapi sejak awal Februari tahun ini, harga emas telah kembali stabil dan naik semula, tapi masih pada harga diskaun 5% daripada harga tertinggi.

Ada beberapa cara untuk turut melabur dgn kenaikan harga emas, iaitu:

1. Beli emas fizikal (jongkong emas atau siling emas).

2. Melabur dalam Gold Investment Account (Public Bank memberikan spread terbaik).

3. Melabur dalam dana AmPrecious Metals.

Saya lebih suka cara 2 dan 3, sebab risiko paling rendah. Perlu berhati-hati sebab sekarang ada emas fizikal palsu yang tidak dapat dikesan oleh mesin. Malah trader professional dalam emas di Hong Kong pun boleh tertipu.

Ada juga pelabur yang menggunakan teknik Ar-Rahnu, tapi saya berpendapat cara ni tidak berbaloi dan risiko tinggi, sebab upah Ar-Rahnu sekitar 7% untuk 6 bulan, setahun kos upah dah 14%. Beli emas dah kena kos 4-7%, tambah kos Ar-Rahnu 14%, maknanya untuk untung, harga emas perlu naik melebihi 18% – 23%. Ini pendapat saya lah, mungkin ada pelabur-pelabur emas yg ingin memberi komen, dialu-alukan.

Kategori:Emas, Pelaburan
  1. 31 Mac 2011 at 9:23 am

    salam..slm kenal..nak tnya,mana tmpat yg en. prefer bali emas..sb ada sorg kwn bgtau,klu beli kt kedai emas mcm ‘HJ’,rugi sebab emas di salut plastik..dan time nak melabur plastik akan dibuka,berat akn turun..

  2. Bukhari
    4 April 2011 at 5:37 pm

    Tuan Blog,

    timing nak pegi buat ar-rahnu kena betul…hehe

  3. zilaa
    11 April 2011 at 6:04 pm

    salam… pastu sampai ar rahnu barang kemas semua celuk dgn air, pastu timbang blik dapat le 1gram lgi. betul x? yang gelang tangan ada loceng,timbang ada berat
    bila nak dapat harga pajak dalm komputer x dapat.kedai vokosional baru dapat rm. x rugi beli emas..

  4. 20 April 2011 at 2:35 am

    Pelaburan emas menggunakan Gold Investment Account yang tidak boleh withdraw emas physical dikatakan tidak patuh syariah sebab tidak cukup syarat jual beli.

  5. Tengku BarD
    10 Februari 2012 at 12:26 pm

    Salam..Pelaburan emas adalah pelaburan kedua terbaik selepas pelaburan hartanah.
    Risiko pelaburan agak rendah sekiranya dibandingkan dengan pelaburan2 lain..

    Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik selepas risiko2 diambil kira.
    Pelaburan emas nilai (Gold Saving) mempunyai kelemahan tertentu.
    Barang kemas tidak sesuai untuk pelaburan kerana c0st yang agak tinggi..sekadar perhiasan sahaja..

    Faktor2 yang perlu diambil kira untuk pelaburan emas:-

    i) Premium (harga yang berpatutan)
    ii) Spread (spread yang rendah)
    iii) Jaminan beli balik (jamin beli @ syarat yang minimum)
    iv) Stock (sentiasa ada)
    v) waktu urusniaga (24jam = Gold Spot Market)
    vi) dan beberapa lagi..(please email me for more details..)

    “DENGAN EMAS ANDA TERPAKSA KAYA”

    Sharing Is Caring…TQ

  6. orang baru
    11 Februari 2012 at 6:18 pm

    Tidak di nafikan emas ini sangat menguntungkan tetapi kelemahan terlalu banyak… dan agak riski pula… dalam semua pelaburan saya, saya letak kan nya tempat yg ketiga untuk jadi kaya…Pelaburan pertama saya ialah ASB…ke2 hartanah dan ketiga tu emas lah yg tak berapa menguntungkan namun ia bagus dari beli unit trust….

  7. pakzul
    12 Februari 2012 at 4:59 pm

    pakzul setuju benor ngan ‘orang baru’

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: