Arkib

Archive for Mac 2011

Timing Namaa Tepat

31 Mac 2011 3 comments

Jumaat lepas saya beli Namaa pada harga 0.6594 seunit. Lepas 3 hari, harga naik ke 0.6684. Maknanya pulangan selepas 3 hari, 1.36%. Hari tu kena caj jualan 1.25%, maknanya kos dah cover. Lepas ni sebarang kenaikan harga unit bermakna keuntungan. Tapi yang ni memang tuah saja. Timing the market is very difficult if not impossible.

Tapi minggu ni, dana tempatan pun naik juga. Hari ini saja KLCI sudah melepasi paras 1540. Pengambilan untung akan ketara dalam masa 3 hari akan datang. Saya bernasib baik, sebab pertengahan Mac tu ada switch semula sebahagian besar dana bon ke dana ekuiti. Jadi ada lah untung sikit. Adakah bulan Mac menjadi penanda aras terendah untuk pasaran saham bagi tahun 2011? Sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Again thinking of switch back to bond in the coming days. Taking some profits la.

Advertisements
Kategori:Unit Amanah

Fengshui Pasaran Saham

Sekadar untuk santai. Tapi memang menarik. Setakat ni, Jan hingga Mac, ada 80 – 90% tepat. Bukan setakat ramalan cuaca, ramalan pergerakan saham pun ada sekarang ni.

Kategori:Saham

CIMB Naikkan BLR/BFR

31 Mac 2011 2 comments

Ini berita yang kurang enak hari ini. Bila ada satu bank naikkan BLR, pasti yang lain pun akan ikut sama. Kita tunggu sajalah dalam seminggua dua ni.

Petikan penuh dari bizstar:

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd and CIMB Islamic Bank Bhd  have announced an increase in their base lending rate (BLR) and base financing rate (BFR) by five basis points from 6.3% to 6.35%, effective from April 4.

A statement by the CIMB Group said that the change in the rates followed Bank Negara’s decision to increase the statutory reserve ratio requirement by 1% to 2% with effect from tomorrow. Bernama

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd and CIMB Islamic Bank Bhd have announced an increase in their base lending rate (BLR) and base financing rate (BFR) by five basis points from 6.3% to 6.35%, effective from April 4.

A statement by the CIMB Group said that the change in the rates followed Bank Negara‘s decision to increase the statutory reserve ratio requirement by 1% to 2% with effect from tomorrow. Bernama

Kategori:Macam-macam

Dana CIMB DALI Equity Growth Fund (2010 18.3%)

Salah satu dana patuh syariah yang diurus oleh CIMB ialah DALI Equity Growth Fund. Dana ini dilancarkan pada 7 Mei 1998. Maknanya dilancarkan sewaktu krisis kewangan Asia.

Berdasarkan prospektus, saya petik beberapa perkara penting sebagai panduan dan rujukan perbandingan:

1. Caj jualan agak tinggi iaitu 6.5%.

2. Yuran pengurusan 1.5%, ini kadar yang biasa dikenakan oleh pengurus dana.

3. Menariknya, amaun pelaburan permulaan yang rendah iaitu RM500 sahaja.

4. Tapi setiap pelaburan tambahan minimum RM200.

5. Yuran switching percuma untuk 4 kali pertama bagi setiap tahun kalendar, selepas itu dikenakan bayaran RM100.

Dari segi prestasi pula, tahun 2010 dana ini memberi pulangan sebanyak 18.3%, setanding dengan dana-dana lain. Cuma pada tahun 2008, seperti juga dana-dana lain, harga jatuh sebanyak -36.8%, bermakna jika ada membuat pembelian pada awal Jan 2008, pembelian tsb belum balik modal w/pun harga naik 2.8% sebab caj jualan 6.5%.

Analisis ringkas jika pembelian di buat pada awal Jan setiap tahun 2006 hingga 2010 dan menjualnya pada 30 Dis 2010, pulangan daripada setiap pembelian tersebut adalah seperti berikut:

1. Pembelian pada Jan 2006, pulangan 68.4% (tempoh 5 tahun).

2. Pembelian pada Jan 2007, pulangan 41.76%.

3. Pembelian pada Jan 2008, pulangan 2.8%.

4. Pembelian pada Jan 2009, pulangan 62.66%.

5. Pembelian pada Jan 2010, pulangan 18.3%.

Pengiraan pulangan di atas belum tolak caj jualan 6.5%. Hanya pembelian pada awal Jan 2008 yang masih mengalami kerugian.

Kategori:Unit Amanah

KLCI melepasi paras 1530

Hari ni tiba-tiba KLCI naik mendadak ke paras 1530. Selaras dengan DJIA yg malam tadi pun naik juga. Pasaran saham serantau turut menuju ke utara. 2, 3 hari lepas ni, kebarangkalian untuk pros. ambil profit sangat tinggi. Berhati-hatilah.

Thinking of selling now. Maybe executing by tomorrow morning. Closely monitoring THPLANT counter, now at 2.02, interested if it drop to 1.85 – 1.90. Good luck.

 

Kategori:Saham

Interfac Dana Safi – Murah Tapi Lumayan

Interfac Dana Safi merupakan antara dana terbaik tahun 2010, malah boleh dianggap “the best among the best”. Tahun 2010, dana Safi memberi pulangan sebanyak 27.18%, jauh meninggalkan dana-dana ekuiti Islamik lain yang hanya mampu memberi pulangan sekitar 18-23%.

Tapi apa yang menarik sebenarnya adalah, dana Safi tidak mengenakan sebarang caj jualan 0%. Amat menakjubkan, dana yg tidak mengenakan sebarang caj jualan mampu memberikan pulangan yg sangat cemerlang. Berbanding dana Kenanga Shariah Growth Fund (KSGF), walaupun prestasi KSGF kelihatan lebih baik dgn pulangan 29%, KSGF mengenakan caj jualan 5%. Maknanya selepas tolak caj jualan, dana Safi lebih baik.

Tapi dana Safi ada beberapa syarat tertentu. Promosi sekarang, caj 1% akan dikenakan apabila unit dijual semula. Menurut prospektus, walaupun caj jualan adalah 0%, terdapat caj jualan semula yang akan dikenakan mengikut tempoh berikut:

Tahun pertama: 5%
Tahun kedua: 4%
Tahun ke-3: 3%
Tahun ke-4: 2%
Tahun ke-5: 1%
Tahun seterusnya: Tiada sebarang caj jualan semula akan dikenakan.

Bagi saya ini tidak menjadi masalah, kerana dana Safi juga menawarkan fasiliti switching secara percuma. Jadi tidak menjadi masalah untuk berpindah ke dana money market jika pasaran ekuiti kelihatan goyah. Malah pengurus dana menyatakan dengan jelas dalam strategi pelaburan mereka tentang strategi yg lebih fleksibel dengan memindahkan kesemua dana ke kategori aset yg lebih konservatif jika keadaan memerlukan.

Apa yang lebih menarik lagi, yuran pengurusan dana Safi kini hanyalah 1% (telah diturunkan daripada 2% sebelumnya), berbanding kebanyakan dana-dana lain yg mengenakan yuran 1.5% sebagai tambahan kepada caj jualan 5-7%.

Prestasi dana Safi sejak dilancarkan juga cemerlang dan sentiasa mengatasi penanda aras (benchmark). Malah pada tahun 2008, ketika ekonomi dunia merudum dan kebanyakan dana jatuh -30 hingga -40%, dana Safi hanya menyusut sebanyak -23.91%.

Berikut petikan daripada prosektus yang menyatakan strategi pelaburan dana Safi (kenyatan bold amat penting):

IDS is an actively managed Shariah Equity fund which aims to achieve its goal of maximising capital gains by investing in Shariah approved stocks listed in Bursa Malaysia. In seeking to achieve its investment objective, between 70% to 95% of the Fund’s NAV may be invested in shares that conform to the principles of Shariah. It also has a flexible asset allocation and may also invest in Shariah based debt securities to help generate returns where yields are attractive and interest rates trends are favourable. The allocations to Shariah based debt securities are raised when weaknesses in the equity market are anticipated and conversely, when equity markets are expected to perform well, the funds are reallocated from debt securities to equities.

The Fund’s dynamic asset allocation strategy would allow the Fund to switch all assets into debt and money market instruments in the event of a prolonged decline.

IDS is an actively managed Shariah Equity fund which
aims to achieve its goal of maximising capital gains
by investing in Shariah approved stocks listed in Bursa
Malaysia. In seeking to achieve its investment objective,
between 70% to 95% of the Fund’s NAV may be invested
in shares that conform to the principles of Shariah. It
also has a flexible asset allocation and may also invest
in Shariah based debt securities to help generate returns
where yields are attractive and interest rates trends
are favourable. The allocations to Shariah based debt
securities are raised when weaknesses in the equity
market are anticipated and conversely, when equity
markets are expected to perform well, the funds are
reallocated from debt securities to equities.
Kategori:Unit Amanah

Teknik Memaksimakan Loan ASB Melebihi 200K

29 Mac 2011 48 comments

Seperti yang dijanjikan dalam komen bagi post yg lepas https://blogsahambaru.wordpress.com/2009/07/30/pinjaman-asb-asb-loan-memberi-pulangan-melebihi-40/, (terima kasih lantoi kerana remind saya) saya akan cuba berkongsi teknik untuk memaksimakan profit asb dengan cara mendapatkan asb loan melebihi 200K. Teknik ini hanya boleh dilakukan jika pelaburan asb anda telah mencecah 200K, dan anda masih layak untuk memohon loan asb tambahan yg baru.

Satu ciri ASB yang saya sendiri baru ketahui ialah walaupun had pelaburan maksima adalah 200K, had pelaburan ini akan sentiasa bertambah setiap kali dividen diagihkan. Sebelum ini saya hanya mengunakan kaedah pelaburan asb yg biasa iaitu dengan menyimpan RM100 (kadang-kadang tu lebih sedikit) setiap bulan. Jadi tidak pernah terlintas difikiran suatu hari nanti pelaburan asb akan mencecah 200K. Namun setelah membuat kajian terperinci (pada Jul 2009), saya telah membuat kesimpulan kaedah asb loan akan lebih menguntungkan.

ASB loan sebenarnya giat ditawarkan sejak saya masih di sekolah menengah lagi. Awal tahun 1990an lagi, saya diminta oleh makcik saya (dia orang kampung, dan saya pula dianggap lebih berpengatahuan kerana bersekolah di perantauan, hanya sekali sekala balik kampung) yang bertanyakan pendapat baik buruk dan risiko ASB loan. Waktu itu asb loan ditawarkan pada kadar BLR+0.75 hingga BLR+1.25. BLR pula sekitar 7 – 9% dan pernah mencecah 10.5% pada lewat 1990an ekoran krisis kewangan di Asia. Jadi saya membuat kesimpulan risiko asb loan agak tinggi berbanding potensi pulangan, walaupun pada tahun 1990an dividen asb agak tinggi 9-12%. Dan kadar asb loan ini seingat saya berkekalan sehingga tahun 2009 (pembaca boleh kongsi jika ada maklumat lain) apabila kadar BLR terlalu rendah dan pakej asb loan ditawarkan pada kadar BLR-1.65 (paling rendah dalam sejarah). Ini mendorong saya membuat kesimpulan yg drastik kerana pakej asb loan yg ditawarkan kini sangat murah, mudah dan dividen masih memuaskan, risiko pula terlalu rendah kerana ekonomi dunia masih belum pulih sepenuhnya (trend sekarang, rata-rata kuasa ekonomi dunia ingin mengekalkan kadar faedah yg rendah untuk memastikan pemulihan ekonomi tidak terganggu).

Kembali kepada topik post kali ini. Sebagai contoh, jika sepanjang tahun 2010 pelaburan anda telah mencecah 200K (sama ada melalui cash sendiri atau sijil loan asb), tapi selepas dividen diagihkan (kita andaikan anda menerima dividen 14K) pada Jan 2011, had pelaburan ASB akan bertambah kepada 214K. Bagi memaksimumkan asb loan, anda boleh mengeluarkan dividen 14K dan apply loan baru yang sama jumlahnya dengan 14K. Amaun 14K tu pula boleh dilaburkan dalam dana lain (spt ASW2020, ASM atau AS1M), dan anda juga mempunyai pilihan untuk menggunakannya untuk membayar ansuran bulanan bagi loan 14K yang baru tu. Cara ini membantu anda meningkatkan keuntungan keseluruhan asb, kerana keuntungan melalui loan asb 14K lebih tinggi (pulangan 30% – 40%), berbanding jika amaun 14K dikekalkan dalam simpanan asb (pulangan mengikut kadar dividen biasa 7% – 8%). Cuma anda perlu bersusah-payah sedikit untuk berurusan semula dengan bank dan menyediakan dokumen untuk apply loan baru. Dan impaknya juga agak sedikit kerana amaun loan agak kecil iaitu hanya 14K. Saya sendiri tidak bercadang untuk melakukan teknik ini setiap tahun, mungkin setiap 2 tahun lebih praktikal kerana dividen terkumpul akan mencecah 28K hingga 30K.

Komen dialu-alukan jika ada pelabur lain yang telahpun melakukan teknik ini. Kalau tidak silap pakzul ada pengalaman. Boleh kongsi pengalaman dengan pembaca lain. Selamat melabur!

Kategori:ASB