Utama > ASB, Saham, Unit Amanah > Keajaiban FAEDAH TERKUMPUL

Keajaiban FAEDAH TERKUMPUL

Albert Enstein pernah mengatakan FAEDAH TERKUMPUL atau COMPOUNDED INTEREST adalah “The eigth wonder of the world” atau “Keajaiban kelapan dunia”. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan istilah faedah terkumpul ini?

Secara ringkasnya, ia adalah nilai terkumpul yang akan diperolehi untuk tempoh tertentu dengan kadar faedah yang tertentu. Sebagai contoh, jika anda menyimpan wang secara simpanan tetap atau “fixed deposit” di bank sebanyak RM1,000 dengan kadar faedah 4% setahun, berapakah nilai terkumpul yang akan anda perolehi selepas 10 tahun.

Menggunakan formula M x (1 + f)^t anda akan memperolehi 1000 x (1 + 0.04)^10 iaitu sebanyak RM1480, kenaikan 48% daripada modal asal.

M = Modal

f = Kadar faedah setahun

t = Tempoh dalam tahun

^ = Simbol gandaan

Perhatikan wang terkumpul yang akan diperoleh jika modal RM1,000.00 disimpan dengan dengan kadar faedah berlainan dan tempoh dilanjutkan sehingga 30 tahun.

KadarFaedah Wangterkumpul
4% RM3243
5% RM4322
8% RM10,063
10% RM17,449
12% RM29,960
15% RM66,218
18% RM143,371
22% RM389,758
27% RM1,300,504

Fakta menariknya, hanya Warren Buffett mampu mengekalkan kadar faedah 21.5% setiap tahun selama 40 tahun dari 1965-2005. Peter Lynch 29% selama 13 tahun iaitu 1977-1990, dan di Malaysia pengurus dana CDAM, Tan Teng Boo sebanyak 19.3% untuk 16 tahun dari 1991-2006. ASB pula antara 7-8% setakat ini.

Dengan ASB pun jika anda memiliki RM50,000 hari ini dan menyimpannya selama 40 tahun dengan kadar faedah 8% setahun, anda akan memperolehi RM1,086,226 (anda akan bergelar jutawan ASB). Kelemahan FAEDAH TERKUMPUL, ia memerlukan masa, jadi anda perlulah menyimpan seawal yang mungkin.

Kategori:ASB, Saham, Unit Amanah
  1. 25 Oktober 2007 at 6:34 pm

    This is a very useful information. I mean the formula equation. Thanks bro.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: