Utama > ASB, Pelaburan, Saham, Unit Amanah > Prestasi Public Ittikal 1.56% (2008 – 2010)

Prestasi Public Ittikal 1.56% (2008 – 2010)

Ada pembaca yang memberi komen supaya letak semua pelaburan dalam UT sebab return lebih tinggi. Tapi tidak menyatakan risiko turun naik saham. Jadi untuk kebaikan bersama saya post di sini prestasi UT dan ASB untuk tempoh tertentu untuk difikirkan bersama.

Tempoh 3 tahun (1 Jan 2008 – 31 Dis 2010), Public Ittikal memberikan pulangan sebanyak 1.56%. Dana Public Ittikal adalah antara dana UT yang paling stabil dan konsisten serta talah mempunyai rekod melebihi 10 tahun. Dalam tempoh yang sama, ASB memberi pulangan sekitar 23% (7%-8% setahun). Melalui loan ASB pula, pulangan adalah melebihi 40% setahun.

Lihat prestasi Public Ittikal dalam carta berikut:

Kesimpulannya, sebelum melabur perlu buat kajian. Dan kalau bernasib baik, timing betul memang pelaburan UT akan memberi pulangan yg tinggi. Tapi tidak semestinya, ia akan memberi pulangan yg terbaik untuk sepanjang masa. Saya sendiri meLEBURkan duit dengan UT sekitar 2K pada hujung tahun 2007 (pulangan hanya 4% sehingga kini). Tapi saya dapat juga meLABURkan 5K pada hujung tahun 2008 dengan dana PBIEF (dan harga seunit yang saya dapat adalah yg terendah, kebetulan stock market telah mencapai bottom), dan ternyata pelaburan 5K tu memberi pulangan yg sangat lumayan. Tapi yg ni semua guna duit EPF saja. Kalau ada cash lebih, saya lebih suka meleburkannya secara direct dalam stock market. Tapi sekarang stock market sedang top, jadi berhati-hatilah.

  1. 10 Mac 2011 at 8:02 pm

    merujuk kepada graf diatas..seakan-akan kita akan rugi disebabkan
    penurunan itu..tetapi hakikatnya ia tidak akan rugi selagi anda tidak menjual semula unit trust tersebut..bilangan unit anda akan ekal seperti biasa..yang berubahnya cuma nilainya kerana ia bergantung pada keadaan harga semasa.. cuma saya ingin perjelaskan di sini..walauapun dana itu menunjukkan penurunan..cuba lihat portfolio nye adakan dana ini memberikan pulangan dividen pada tahun tersebut..saya pasti ia ada memberikan dividen dan saya dapat rasakan dividen yang diberikan pada masa itu sekitar 7~8% setahun..berbanding kalau tahun-tahun biasa sekitar 10~12%, kalau dilihat disini apakah bezanya dengan asb..pemegang saham still dapat dividen dan nilainya hampirsama dengan asb..dan kemudiannya ditukarkan dengan pertambahan unit..jadi unit kita bertambah dan kita tak rugi selagi unit tidak dijual..so apabila ekonomi dah stabil seperti pada tahun ini dimana public ittikan punya harga dah melonjak ke 92 sen daripada harga tahun 2008 67 sen..so berapakanh peningkatannya disitu..kalau kita jualpada masa ini berapa banyak pulangan yang kita dapat.. dah tentu berpuluh-puluh % dividen berbanding asb untuk duat tahun hanya boleh mengumpulkan 14% sahaja..jadi jangan mengelirukan pembaca dengan graf ini..unit trsut tiada istilah kerugian kalau kita memilih dana yan dah senior..dan kita tidak akan rugi walaupun ekonomi dunia jatuh..selagi kita tidak menjual danan tersebut…dan anda percayakan semua negara di duini ini akan berdiam diri saja bila ekonomi jatuh..tidak..sudah pati ada usaha yang akan dilakukan untuk membetulkannya secepat mungkin seperti yang berlaku pada tahun 2008 yang lalu..dan kini 2011 kita sudah melihat perubahannya..dan jangan nafikan benda ini dalam minda kita..tolong fahami dan hayati..jangan dok kelirukan pembaca..

    • zahalee
      11 Mac 2011 at 9:10 am

      Graf di atas adalah fakta…tidak mengelirukan…itu adalah prestasi sebenar Public Ittikal utk tempoh 3 tahun (diperolehi drp website Public Mutual sendiri)…yg penting sebelum beriya-iya membuat cadangan pelaburan, mesti beritahu juga risiko…

      Untuk dividen UT pulak…ramai yg tidak mengetahui perkara sebenar…dividen yg diberi oleh UT sebenarnya tidak sama dgn dividen ASB…dividen UT adalah gimik sahaja, tiada sebarang keuntungan…sebab bila dividen UT diberi, NAV akan turun harga, jadi pelabur sebenarnya dapat ZERO…ini dinyatakan jelas dalam prospektus UT, cuma ramai yg tidak baca teliti…dividen ASB pula sangat berlainan, memang pelabur dapat dividen tu secara tunai…

      Sesiapa yg ada melabur dalam UT pada awal 2008, memang mengalami kerugian…sebab return yg mereka dapat lebih rendah berbanding dividen ASB…kalau masih kata tidak rugi, tak tau la nak kata macam mana…dalam matematik 1+1 tetap 2…rugi tetap rugi…untung tetap untung…

      Apapun, para pelabur perlu buat kajian sendiri…blog ni hanya memberi sedikit gambaran dunia pelaburan…setiap pelaburan ada risiko…malah ASB pun ada risiko, cuma risiko ASB terlalu rendah…

      • 11 Mac 2011 at 1:17 pm

        Dividen yang diverikan oleh UT bukan gimik..kalau gimik takdelah penambahan unit secara automatik..siapa nak bagu init free ..mana ada konsep saham macam tu..dan sekali lagi tolong jangan kelirukan pembaca dengan graf itu..tidak memabntu langsng..kenapa anda tidajk tunjukkan tahun yang menguntungkan..berapakah pulangan yang diberikan..sama tak seperi asb ..dan kalau dihitung kerugian campur keuntungan public ittikal punya profit sejak penbuhannya tahun 1990 an adalah lebih kurang 25% setahun..oleh itu saya kata jangan kelirukan pembaca dengan hanya menunjukkan waktu ekonomi merosot sahaja….sekali lagi tolong jangan kelirukan pembaca..

      • zahalee
        11 Mac 2011 at 2:37 pm

        Sila rujuk post berikut https://blogsahambaru.wordpress.com/2011/01/07/pulangan-purata-tahunan-public-ittikal-19/

        Dan banyak lagi post saya sebelum ini yg menunjukkan UT memberikan prestasi yg sangat baik. Cuma dalam tempoh tertentu, prestasi ASB juga adakalanya jauh lebih baik, terutamanya jika melalui loan ASB atau Easy-ASB.

        Lagi sekali, tidak ada kekeliruan di sini. Kepada pembaca yg selalu ke blog ini, pasti sudah ada membaca post saya yg lepas, berkaitan prestasi dana-dana UT di Malaysia.

        Sila rujuk dalam laporan tahunan Public Ittikal terbaru (Tahun Kewangan berakhir 31 Mei 2010) mukasurat 2. Purata pulangan adalah 14.25% (1 tahun), -0.42 % (3 tahun), dan 12.58% (5 tahun).

        Sila juga rujuk mukasurat 4. Dividen diagihkan pada 31 Mei 2010 sebanyak 8 sen seunit. Harga seunit 87.61 sen. Selepas pengagihan dividen NAV diturunkan sebanyak 7.83 sen (iaitu -8%), dan harga unit jatuh kepada 79.78 sen. Ini selaras dgn agihan dividen 8%, maka harga unit juga mesti diturunkan sebanyak -8% (dan bilangan unit pula perlu ditambah, supaya nilai masih sama). Akhirnya nilai pelaburan tidak berubah, malah rugi sebab agihan dividen tersebut dikenakan cukai. Lebih baik beli unit pada 1 Jun 2010, selepas dividen diagihkan (harga telah jatuh, dan tidak dikenakan cukai).

        Ini bukan rekaan semata-mata. Jadi pelabur perlu buat kajian dan baca teliti setiap prospektus sebelum membuat sebarang pelaburan. Isu tentang dividen UT ini sebenarnya bukan perkara baru. Sila tanya Azizi Ali, beliau pasti memberikan jawapan yg sama. Malah boleh tanya dengan agen-agen UT sendiri.

      • 11 Mac 2011 at 2:15 pm

        salah apa yang saudara tulis di atas..sesiapa yg melabur dalm tahun 2008 sudah tentu untung bukanya rugi seperti yang saudara katakan..bagaimana saudara menggambarkan kerugian pada tahun itu sedangkan ia adalah sebenarnya timing yang sesuai untuk mendapat keuntungan..cuma bila dan dimana sahaja..jikalau melabur pada bulan januari anda akan lambat sikit dapat pulangannya tetapi melabur dalam bulan oktober anda dan mendapat hasil yang lumayan..bagi saya asb pun begitu jika kita masuk 1000 di bulan januari dan keluar pada bulan november dan tidak cukup setahun adakah kita akandapat dividen penuh..so..jelaslah di sini ia memerlukan masa untuk kita mendapat pulangan yang menguntungkan..saya dah semak dalam websitenya semenjak penibuhannya pada tahun 1997 dimana dana ini dah berusia lebih 14 tahun dia dah memberikan pulangan keseluruhan sebanyak 276% iaitu bersamaan 19% setahun..apakah maksudnya disini..saudara cuba mengelirukan pembaca dengan hanya melihat trend jatuh sahaja yang erlaku dalam tahun 2008..yang kini sudahpun stabill..sekiranya anda kata nilainya akan jatuh sampai ke tahap minimum iaitu seperti di awal unit ini diniagakan ia sudah tentulah tidak menunjukan kenaikan seperti itu..tetapi itulah yang saya katakan pilihlah dana yang dah stabil yang usianya lebih dari 5 tahun..dan anda pasti akan meneriman pulangan yang setimpal walaupun pelaburan anda baru setahun dua..dana yang dah lama tersebut mustahillah jatuh harganya samapi ke tahap neutral..pasti itu tidak akan berlaku..kalau berlaku mana ada dana terumata dalam public mutual tu yang boleh bertahan ada yang melebihi 20 tahun..so kesimpulannya pembaca yang ingin melabur perlu melakukan analisis sebelum memilih mana dana yang menguntungkan..sekian..

      • zahalee
        11 Mac 2011 at 2:58 pm

        Tuduhan cuba mengelirukan pembaca adalah sangat berat. Jelas ada agenda tersendiri di sini. Sila rujuk post berikut: https://blogsahambaru.wordpress.com/2011/01/07/pulangan-purata-tahunan-public-ittikal-19/

        Saudara Mail menyebut purata pulangan Ittikal sejak ditubuhkan adalah 19%. Itu telahpun saya sebut dalam post bulan Januari 2011. Dalam hal ini, tidak perlu emosi. Cuma kadang2, perlu dilihat drp persepktif yg berbeza, untuk mendapat gambaran yg lebih jelas.

  2. lantoi
    10 Mac 2011 at 10:31 pm

    Salam Bro apa yg bro katakan itu memang ader faktanya tapi bro kena ingat profil risiko setiap pelabur adalah berbeza. Saudara Adika sudah mempunyai skil tersendiri dalam melabur dalam UT swasta. Tapi tak semua org boleh faham prospektus UT swasta, price averaging dsbnyekan. Saya pun ade melabur dalam UT PMutual tu RM38k dalam 2 UT melalui .Sebenarnya saya boleh lagi nak keluarkan lagi RM 18k bulan Januari ari tu tu yg agen saya asyik call aje bila nak jumapa. Saya kata fund yg ader tu biarlah dlm fund 1 kwsp tuh. Never put an eggs into one basket. tu kata-kata hikmat pelaburankan. Sebabtulah I diversify Dalam UT swasta pun dah labur, EPF fund 1 I takkan transfer sewenang-wenangnye Ke UT swasta. ASb pun I labur pakai cash juga , ASB loan pun I belasah juga, property pun sama cuma emas & stock market seta forex trading belum cube lagi. Jadi I punye suggestion pada saudara setiap pelaburan ade kelebihan dan kekurangan masing-masing Macam UT swasta returnnye m’kin lebih tinggi tapi risikonye lebih banyak dan berapa ramai kawan kawan I yng dah tersngkut Duit mereka dlm UT swasta ni. Tapi belum lagi I dengar orng rugi melabur dalam UT PNB berharga tetap nih kalau ader buktikan.

    So bro diversifylah sikit taku nanti gigit jari bro.

  3. azhar
    10 Mac 2011 at 10:50 pm

    Graf dan penerangan penulis sangat mengelirukan..

  4. 11 Mac 2011 at 12:10 am

    Bagi saya apa yg diperkatakan oleh adika ada benarnya..paling penting adalah pengetahuan kita terhadap unit trust itu..sebelum menceburi unit trust kita perlulah tahu bagaimana unit trust itu berfungsi..kemudian kita perlu tahu mana fund yang betul-betul steady dan tahan lasak..semua ni kita boleh lakukan dengan pembacaan melalui internet atau prospektus yang dikeluarkan.. saya ingin memberikan sedikit penjelasan bagaimana kwsp malaburkan wangnya..sebenarnya ia sama sepertimana unti trust melaburkan wangnya..dan saya pernah terbaca dimana ada wangnya dilaburkan di syarikat perjudian seperti di genting dan syarikat tembakau..tetapi ini tidak diwarwarkan kerana untuk menjaga sensitiviti pekerja2 yang beragama islam..walaupun begitu kita juga hairan mengapa kwsp hanya boleh memberikan dividen sebanyak 5.8%sahaja tahun ini sedangkan purata ekonomi berdasarkan bskl meningkat sehingga 19%. Jadi di sini jelas ada egenda dalaman yang tersirat yang digunakan oleh pihak kerajaan terhadap wang tabungan pekerja swasta ini. Kita juga sebelum ini ada mendengar najib meminjam dari kwsp untuk membantu syarikat yang dilanda masalah kewangan dan iaitu sebnayak 4 billion..itu adalh wang yang cukup banyak..dan kenapa mereka menggunakan wang dari kwsp..bilakah wang ini akan dikembalikan..dan sekiranya dikembalikan adakah hanya dengan memulangkan 4 bilion sahaja.dimana tiada keuntungan terhasil..jadi siapa yang akan memantau hal ini..atau ianya hanya akan hilang begitu sahaja..jadi di sini saya rasakan sekiranya kita membiarkan kerajaan menjaga wang kita..ya ia akan selamat..tetapi..apa yang ditakuti adalah..kita diperbodohkan..sebab diluar sana masih ada cara terbaik untuk menggandakan wang kita ke tahap maksimum dengan pemeberian pulangan 10% ke atas setahun.. tetapi dengan kerajaan kita perlu menuggu dua tahun untuk mencapai nilai itu..jadi saya sependapat dengan adika yang kita perlu berfikiran terbuka dalam hal ini dan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum memasuki bidang ini..dalam unit trsut swasta memang sudah ada diversification sebab itulah dalam mana-mana unit trust swasta ada ekuiti, ada balance, ada bond dan ada juga fixed income..so disitu kita boleh mengunakan kepelbagaian ini untuk menyeimbangkan kerugian dan keuntungan pelaburan kita tadi..saya rasakan adika sudah memahami dengan jelas konsep ini..
    dan saya ingin mmembuat satu andaian di sini, pelaburan dalam unit trust swasta
    melalui kwsp adalah satu tindakan yang amat bijak..kerana jika seseorang itu berumur 30 tahun ia boleh menggunakan formula power compounding selama 24 hingga 25 tahun sebelum ia pencen pada umur 55 tahun..bayangkan sekiranya dia membuat pelaburan hanya 20,000 dan membiarkannya selama 25 tahun dengan angaran pulangan 12% setahun ia boleh menggandakan wangnya sehingga hampir 500,000. berbanding dengan pulangan yang diberikan kwsp yang hanya sekitar 5% setiap tahun..disini juga saya ingin inagtkan dalam unit trust terdapat dua pulangan diberikan iaitu dividen dan kenaikan modal.. dividen saya rasa setiap tahun akan dapat dan nilainya bagi unit trust yang dah lama(lebih dari 5 tahun) dan stabil adalah antara 9~12% setahun.. dan kenaikan modal bergantung kepada harga pasaran di dunia..mustahillah kalau saya katakan pelaburan yang kita buat hari ini contohnya pada umur kita 30 tahun dimana nilai seunit hanya sekitar 25 hingga 30 sen pada 25 tahun akan datang nilainya akan sama..sudah tentu tidak..nilainya kan naik selaras dengan inflasi waktu itu..hanrganya sudah tentu bukan lagi 25 sen..dan kononnya kita menerimana dividen paling koman pun lima 5%setahun dan kita tak kelureakan dividen ini dan ia akan menambahkan unit kita..dan ia berterusan sehinggalah 25 tahun..dan waktu itu harganya sudah mencecah 2.00 dan saya merasakan pulangan di unit trsut swasta ini amat menguntungkan kerana kita dah dapat pulangan seperti apa yang kwsp bagi setiap tahun iaitu 5% tetapi apabila kita keluarkan atau jual unit kita tadi pada harga semasa iaitu RM2tadi, sudah tentu kita menggandakan wang kita itu ke tahap maksimim sedangkan kwsp tidak bertindak seperti itu..jadi fikirlah sebaik-baiknya..jangan bergantung sangat pada kerajaan jaga wang kita..saya ada mendengar kerajjan akan menggantikan skiw kwsp kepada sistem pencen..kenapa kerajaan ingin berbuat begitu..bukan sebab kerajaan ingin membentu rakyat..tetapi kerajjan ingin menyekat pengeluaran wang yang berlebihana dimana ia akan diberikan secara berkala..di sini tabungan boleh digunakan oleh kerajjan untuk benda2 lain..oleh itu beringatlah..carilah something yang betulbetul telus memberikan pulangan bukan yang tersirat macam apa yang dilakukan kerajaan pada tabung di bawah naungannya seperti tabung haji, kwsp, asb, asn..dan banyak lagi semuanya di bwah 7% setahun..mengapa?? tanya diri anda sendiri..

    • zahalee
      11 Mac 2011 at 9:19 am

      Untuk dikongsi bersama, dalam dunia ni, belum ada lagi skim yg serupa dgn skim ASB, ASW2020, ASM dan AS1M yg setiap tahun (setakat ini) memberi dividen melebihi 6% (dan nilai modal dijamin tidak berkurang)…hanya di Malaysia ada skim seperti ini…apa motif kerajaan disebaliknya tu, sy kurang pasti…tapi sebagai pelabur kita hanya perlu fokus utk mengambil kesempatan kpd peluang yg ada…macam di US, stock market nya boleh buat short selling, jadi stock market jatuh pun masih boleh buat untung…tapi di Malaysia short selling tidak dibenarkan…tapi di Malaysia ada skim pelaburan oleh ASNB yang boleh dimanipulasi utk dapat return yg baik…

      • 13 Mac 2011 at 9:56 am

        saya tidak mempercayainya..malaysia selalunya ciplak idea daripada orang lain..umpama proton, klcc, dan banyak lagi..so jangan membuat kesimpulan hanya pada akhbar atau media yang dikawal oleh kerajaan sendiri..kalau malayisa negitu baik..kenapa pendapatan per kapita masih ketinggalan jauh ke belakang bernading singapura yang negaranya hanya sebesar perlis..

      • Lantoi
        13 Mac 2011 at 3:34 pm

        salam tak salah menciplak tapi dalam pada yg sama megkaji. Itulah yg dibuat oleh negara jepun selepas kalah dalam perang dunia kedua.
        Mereka menciplak dsan seterusnya mengkaji dan memperkasa ekonomi mereka
        melalui kepintaran teknologi

        kalau betul pun ASB ni diciplak sekurang-kurang kita semua diberi pilihan di mana utk melabur dan pada sama kita boleh diversify

        dan tak semua negara ade skim macam ASB ni. Urmmm Unit Trust swasta pun Idea dari Baratkan kalau tak silap US

        Jgn perkecilkan ASB pilihan masing -masing mengikut pendedahan risiko dan profil bakal pelabur.

      • zahalee
        18 Mac 2011 at 2:23 pm

        Pls read more book on investment, financial, economics…then you know how difficult it is to maintain return above 6% for a period of 10 years, if it is not impossible…it is extremely difficult…that’s why 6% return become the conventional worldwide benchmark for any fund manager to compare their performance against the index…read more bro…do you know how many UT in the US beat the index? …surprise…

  5. lantoi
    11 Mac 2011 at 8:05 pm

    Salam,macam I cakap tadi UT swasta risiko lebih tinggi . Ikut profilke pelaburlah. kalau u betul-betul ader kecairan tinggi simpanan yg banyak tak salah U invest dalam UT swasta ni. Taa p kalau modal ciput jgn bermain dgn api. Kita kata skim ASB tak bagus. Betulke. Tengok sajelah kalau dana bukan bumiputera dibuka macam ASW utk bumpiputera tak sampai 24 jam berbilion unit habis dijual. Siapa yg beli tentulah majoritynya org cina. Kenapa? I kejer bank dan I tau berapa kekuatan mereka dari segi deposit dan bagaiman mereka berhati hati dalam membuat pelaburan

    Minta maaflah kalau nak dikira dari segi Jumlah Deposit org kita jauh tertinggal dibelakang dan mereka ni pantang PNB tambah dana mereka akan sanggup bererbut membeli. Kenapa mereka tak berebut memebeli UT swasta adekah sebab merekatak tahu. Itu tidak tepat kalau nak kata diaorang ni tak tau. Jadi pls jgn perkecilkn ASB dan bagaiman ia telah menaik tarafkan ekonomi melayu.

    JGN percaya agent mengurus wang anda sebab diorang ni komisyen base kan. Kau sebut fikir setiasa yg tinggi-tinggi yng lingkup tak sebut bila UT pakat sebut Public Mutual padahal CIMB UT pun boleh tahan juge….

    D

    • 11 Mac 2011 at 11:34 pm

      di sini bukan bercakap pasal agen..mereka hanya orang tengah..yang masuknya bukan mereka tetapi kamu..kamu berhak menentukan samada ia sesuai ataupun tidak..bukannya masuk membuta tuli ajer..kamu pekerja bank lagilah banyak komisyen yang masuk bila ada orang buat loan dengan kamu kan..jangan nak kelentong dan libatkan agen serta komisyen dalam benda ini..itu hak mereka setelah mereka mendapat pelanggan seperti juga kamu ..kamu akan mengatakan yang baik-baik saja tentang bank kamu..dan tidak yang lain kerana apa..sudah tentu untuk mendapat komisyen kan..supaya pelanggan kamu tidak beralih ke bank lain. maka hilanglah komisyen kamu..apa yang dijawab oleh adika dan mail itu betul..kerana merka kata kerajaan itu yang mempergunakan wang kita..bukan unit trust swasta.. sudah tentu kamu bekerja di bank cimb..memang cimb pun ada unit trust bukan masalahnya unit trust public abnk ke cimb ker rhb ker..itu bukan persoalannya disini..cuba paham..ia maksudnyakan unit trsut swasta..so semuanya tergolongla..yang hang nak menyelit tentang cimb tu apasal pulak..lantoi..lantoi..sudah terkantoila.tu..

      • Lantoi
        13 Mac 2011 at 12:10 am

        Hu hu hu teruk wa kena belasah tak pe wa cuma nak berkongsi idea. Oh silap tu I tak keje dgn CIMB dan for your infor (Ini kerana ALLAH I tak tipu …)I bukannya kerja bahagian loan. I ni kerja bahagian operation jer yg tak terlibat dgn sebarang komisyen. Buka minda sikit bro takkan u nak kata semua yg kerja bank ni makan komisyen.

        U ni tak tahu intipati berhujah ke I kata melabur di UT swasta ikut PROFIL PELABURLAH. Tak semua bijak dan pandai menganalisa prospektus dan ader yg mengharapkan agen memberi nasihatkan

        You org mungkin bijak memilih dan menganalisa UT swasta tapi bukannye semua org pandai. Jadi mereka melaburlah dalam UT kerajaan yg yg berharga tetap MCM asb tuh.

        Kalau I anti UT swasta I takkan labur RM38K through EPF. I beli PIOGF pada hg 24 sen skrg ni dah 27 sen aritu sebelum declare distribution unit hrga dah touchh 31 sen. UMMrm boleh tahan perfomance tapi still average tak pe sebab baru 1 1/2 tahun.
        .

        I tegaskan sekali lagi jgn diperkecilkan ASB sebab tak salah kita diversify dan ASB ni sesuai dgn mereka yg berprofil spt takut hilang capital, mereka yg tak kisah rtn dlm 7-8 %sebab teramat jauh dari % yg diberikan oleh FD dan mereka yg tak pandai mengkaji UT swasta> Jadi itu hak mereka. Cuma bila cerita UT swasta ni jgn cerita yg manis manis aje yg rugi pun mesti mau cerita.

        ASB setakat tak pernah rugi dan menghampakan golongan yg berprofile takut-takut ni. Itulah hakikatnye kan. Jgn terlalu mudah kita hendak menuduh kerajaan menyalahgunakan duit PNB cuba you tengok saiz dana ASB yg begitu besar tapi still boleh bagi rtd yg baik.

        Terus teranglah I cakap I lebih suka cara sedikit konservatif maksudnye labur dalam UT swasta pun ader ASB poun ader guna cash dan pastilah matlamatnya utk cecah 200k, pinjaman ASB (Islamic) pun I buat.

        Sorilah bro kalau u org tak mau buka minda fasal ASB sebab kau orang ni mungkin ader niat tersendiri macam BRO Zahalee katalah cuma nak beri pandangan berbeza itu saje dan bukannya nak kata UT swasta ni tak bagus k

        I tak faham intipati you berhujah ni adakah you suggest aper sahaja RM yg ader di labur ke UT swasta? I tak fikir begitu yg penting mesti mau diversify itulah yg terbaik bagi I tapi mungkin tak bagi you ler

        Apa-apa pun tuan tuan melabur kena lihat profil pelaburan masing-masing . MCAM KATA NABIL LU FIKIR SENDIRI. Sorilah kalau ader terkasar bahasa. Adiozz

        Macam I punye agen ni dia call I bila dah dekat haul 3 bulan kalau tak tak dengar khabar. Tak pelah at least sebelum I pilih porfolio I dah kaji dan bila tanye agen dia pun sokong

      • Lantoi
        13 Mac 2011 at 12:41 am

        Ah telupa pulak satu fakta yg selalu dikongsi oleh BRO Zahalee I ader buat juga pinjaman ASB dan return utuk tahun pertama tak kurang 30% within a year. nasib baiklah bank sekarang lock 2 tahun kalau tak I dah jual dah. sebab I pinjam 300k (+100k lagi belum perform)dan setiap loan dan perform average RM2300 setiap 100k so I keluar modal dalam 22k yg dapat balik januari 2011 (dividen)tu sambil tengok setiap 100k yg I pinjam dah perform dalam +-RM2300 setiapkan 100k

        so rm 2300×3=6900/22k = 31%

        Tak okey ke 31% tu??

        Ini cara kalau kita ambil pinjkaman dan manipulasi BFR (kos pinjaman) against dividen ASB

        Tapi perlu ingat risiko tetap ader cuma rendah

        Adioz

  6. lantoi
    11 Mac 2011 at 8:06 pm

    oh tersilap pulak bukan bumiputera

    • zahalee
      12 Mac 2011 at 10:12 am

      Kesian lantoi kena belasah…tapi itu la hakikatnya bila nak kemukakan idea kontroversi…saber ja la…teruskan berkongsi ilmu dgn pembaca lain…saya pasti ramai lagi pembaca di luar sana yg akan dapat manfaat dgn tips dan pengalaman yg lantoi kongsikan…

      Bila tunjuk graf di atas…mungkin ada yg tidak puashati…tapi post sebelum ni yg tunjuk prestasi UT yg sangat baik, tidak pula keluar komen keliru…pelik tapi benar…

      Lepas ni sy akan post lagi rahsia-rahsia UT yg patut dikongsi bersama…pasti menarik…tunggu…

  7. Aku tak Bodo
    13 Mac 2011 at 11:05 pm

    as salam semua.. syok lah baca komen komen dan hujah hujah yang bernas. aku ucapkan terimakasihlah kpd semua bro bro yg berhujah, hangat betul..kesimpulannya: bagi aku, aku ambik apa saja peluang yang ada. bermula daripada low risk hinggalah ke high risk. bukan apa, hidup hanya sekali, biar kita puas mencoba.. rezeki kan di tangan tuhan.. kalau kalau ada yang sangkut. low risk investment adalah ASB, dan sangat bagus.. ambik je la. UT pula ada banyak jenis fund.. dari jenis money market sampailah jenis equity. ambik je la. ada lagi fund yang murah fee..(fundsupermart) ambik jugak.. forex pun ambik jugak..bergantung kepada diri sendiri berapa banyak sanggup tanggung risiko, itu yang penting. dan paling penting hidup kena happy bro!..p/s banyak lagi jenis jenis pelaburan yang belum dicuba..jangan memerangkapkan pemikiran kita kepada satu pelaburan je BRO!

    • zahalee
      18 Mac 2011 at 4:08 pm

      Tabik la BRO…pelaburan emas sudah pernah cuba ka? ….CPO future, option? …Skim Cepat Miskin…hehehe…

      Cuba hartanah…sebab pulangan hartanah, low risk and high return, almost guaranteed (easily 300%)…tapi mesti pandai pilih lokasi dan beli pada harga berpatutan…

      • aku tak bodo
        22 Mac 2011 at 4:01 pm

        Pelaburan yang akan dicoba: Option tengah nak coba, pasaran Amerika sebab sana boleh sell (put/call option), emas perlu modal banyak, emas tak boleh nak rempit atau pusing akan coba bila hasil dah banyak nanti. CPO dalam perancangan dan akan main CPO selepas main Option nanti. Skim cepat miskin dah banyak terkena, boleh tahan juga ruginya. Hartanah okay jugak, tapi rekod kredit tak cantik.. tengah nak mencantikkan rekod kredit dulu..MYetf dah jual..hasil dah dapat sikit je..TQ la BRO!

  8. izwan
    10 Disember 2011 at 11:55 am

    sgt bes baca hujah-hujah otai yg bernas ni..umor saya muda lagi dan nak tanya apa pendapat otai-otai kalau saya melabur dalam UT cntoh public ittikal la..dan saya masuk setiap bulan contoh average dalam 200 la..adakah cara saya kolot atau invest terus lamsam..

  9. akmal
    17 Januari 2012 at 9:20 am

    Kita kene faham…yang ada cara lebih baik dari Unit trust, nie, if CIMB just dana cimb, if PM just dana PM, gunakan ifast, multiple fund ada within a second jer dapat buat semua nie, call saya agen iFAST 0174860392

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: