Utama > Macam-macam, Pelaburan > 7 Tip Jimat Duit

7 Tip Jimat Duit

1. Kurangkan bil telefon. Renungkan, anda membayar menggunakan duit hanya untuk bercakap. Jika membeli suatu benda, sekurang-kurangnya anda dapat melihat barang tersebut secara fizikal. Tapi untuk telefon, anda berbual, bayar, tapi tiada benda fizikal yang diperolehi.

2. Beli peralatan mandian dan solekan yang murah. Setiap hari kita dihujani dengan iklan-iklan yang menunjukkan cara menjaga tubuh badan anda. Syampu atau yang sabun yang berjenama tidak akan membuatkan anda lebih hygien atau pembersih. Tubuh kita mengeluarkan bau yang semulajadi, jadi kenapa pula anda membiarkan syarikat pengiklanan yang menentukan apa yang terbaik untuk badan anda.

3. Pilih senaman yang anda mampu. Tidak perlu menyertai kelab-kelab yang mahal. Tidak perlu membeli peralatan senaman yang di luar kemampuan kewangan. Senaman yang paling berkesan ialah berenang dan berlari. Murah dan tidak memerlukan kos.

4. Gunakan perbankan online. Anda akan dapat menjimatkan masa daripada terpaksa memandu ke bank atau pejabat pos untuk membayar bil. Menjimatkan petrol, tol dan bayaran letak kereta. Dan anda tidak akan terlepas tarikh membayar lewat, kerana anda boleh melakukan pembayaran ke hadapan.

5. Beli barang berkualiti. Konsep yang mudah, barang berkualiti biasanya lebih tahan lama. Tapi kena bezakan antara jenama dan kualiti, kerana yang anda mahukan ialah kualiti bukan jenama. Dengan barangan berkualiti, anda dapat berjimat dengan tidak perlu membeli barang tersebut lebih kerap.

6. Elakkan aksesori kereta. Membeli aksesori dan mengubahsuai tidak akan dapat menukar Kancil atau sebarang kereta kepada kereta F1. Terimalah kereta tersebut seadanya, dan nikmatilah keseronokan menaikinya.

7. Jangan mengejar fesyen. Kualiti yang perlu anda cari bukannya fesyen. Berpakaian mengikut aliran fesyen hanya akan mengeringkan poket anda. Lebih baik berpakaian mengikut cara konvensional, ia tidak akan pernah ketinggalan fesyen.

  1. 25 Oktober 2007 at 6:20 pm

    Agree with what you wrote above

  2. atoqa
    15 Disember 2007 at 12:48 pm

    1 lagi, hobi berkebun. tanam sendiri sayur2 yang biasa kita makan..bayam, cili, terung dll. lagipun, lebih selamat sebab bila tanam sendiri kita tak letak racun..kalau letak pun sikit je.

  3. bLink85
    13 Januari 2008 at 9:53 pm

    ada lagi, cari girlfriend atau isteri yang tak kuat pakai duit..kalo pmpuan yang asyik2 nak kna pujuk guna duit tu, nanti da kawin main ugut pulak isteri tu nak minta duit..

  4. intruder_sixth
    28 Mei 2008 at 11:56 pm

    ada lagi…
    1- jimatkan penggunaan petrol.. beli alat penjimat petrol atau kereta yg jimat minyak…
    2- kurangkan makan di luar.. seeloknya masakan rumah.. lebih bersih dan selamat…
    3- berpuasa sunat… bagus untuk kesihatan dan dapat pahala..

  5. yatie
    16 Mac 2011 at 3:08 pm

    no. 8 ..jimatkan pengunaan electricty..terutm aircond..on bila betul2 perlu je.
    no. 9 ..juga air..guna sebaik2nya..cthnya air beras boleh menyuburkan pokok

  6. 27 Ogos 2011 at 6:29 pm

    ada tips bagus nih –> Jangan bawa anak makan mc donald. Habis dia nampak happy meal la ini la apa semua dia nak. hehe

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: