Utama > Pelaburan, Saham, Unit Amanah > Dana Tahan Lasak PISEF – Pulangan 6.3%

Dana Tahan Lasak PISEF – Pulangan 6.3%

Dana Public Islamic Select Enterprises  Fund (PISEF) adalah satu-satunya dana ekuiti tempatan yang diuruskan oleh Public Mutual yang masih bertahan pada situasi panik sekarang. Sejak bulan Dis 2010 hingga ke hari ini, PISEF memberi pulangan sebanyak 6.3%, jauh meninggalkan indeks KLCI dan kesemua dana-dana ekuiti yang lain.

Tips ini sangat berharga sebenarnya. Dan diberi percuma untuk pembaca blog ini. Dalam keadaan dunia yang panik dan pasaran ekuiti yang menjunam, harga emas juga turut jatuh, minyak mentah pun jatuh, kelapa sawit jatuh, harga getah jatuh. Hanya dana PISEF yang masih bertahan, rahsianya sila baca prospektus untuk menyemak kaunter-kaunter yang tersenarai dalam pelaburan dana ini.

Pasaran Bursa pulak, sejak akhir-akhir ni kaunter industri pembalakan dan sarung tangan menjadi perhatian. Kerana negara terbit matahari memerlukan papan dan sarung tangan selepas bencana yang menimpa mereka. Ini termasuklah TAANN, JTIASA, TOPGLOV, RUBEREX, dsbnya.

Saya baru beli COASTAL dan PIE. Kaunter yang low profile, tapi tetap bertahan setakat ini. PADINI jatuh sedikit, masih tunggu dan lihat.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: