Utama > ASB, Unit Amanah > Dana Kenanga Shariah Growth (Pulangan 29% 2010)

Dana Kenanga Shariah Growth (Pulangan 29% 2010)

Dana terbaik tahun 2010 (kategori ekuiti islamik tempatan) jatuh kepada Kenanga Shariah Growth Fund yang memberi pulangan sebanyak 29% (belum tolak kos 2% – 6%). Jauh meninggalkan dana-dana islamik lain yang hanya mampu memberi pulangan sekitar 18-23%. Indeks KLCI hanya naik 19%. Emas naik 25% (belum tolak spread 4% – 7%). Dana skim ASB pula hanya 7.625%.

Satu persoalan yang perlu difikirkan oleh bakal pelabur yang baru berjinak-jinak dalam bidang pelaburan. Sekiranya pada tahun 2010, anda hanya mampu melabur sebanyak RM540 setiap bulan, apakah jenis pelaburan yang memberi paling tinggi kepada anda?

Tahun 2010, melalui Easy-ASB, anda akan mendapat pulangan sebanyak 41%. Sungguh menakjubkan sebenarnya. Cara pelaburan yang simple, selamat dan risiko rendah, tapi mampu memberi pulangan yang sangat menakjubkan.

Tahun 2011 pula macam mana? Kini kita berada pada bulan Mac, pasaran saham di seluruh dunia masih belum menunjukkan arah yang pasti, malah harga emas pun tidak stabil. Saya percaya, Easy-ASB dan teknik loan ASB yang serupa akan memberi pulangan yg sangat lumayan. Dengan mudah memberi pulangan melebihi 30%. Risiko BLR naik mendadak tahun ini adalah terlalu rendah.

Kesimpulannya, jika anda hanya mampu melabur maksimum RM1000 – Rm1200 setiap bulan, cara paling selamat dan lumayan adalah melabur dalam ASB menggunakan teknik Easy-ASB atau loan ASB. Dengan syarat anda layak memohon loan ASB. Dengan Maybank, anda hanya perlu bawa Kad Pengenalan dan buku pelaburan ASB (anda layak sekurang-kurangnya meminjam sebanyak RM50,00 dengan bayaran bulanan sekitar RM300). Maknanya jika kemampuan anda RM300 setiap bulan (majoriti bakal pelabur berada dalam kategori ini), pilihan terbaik adalah melalui loan ASB. Maybank kini menawarkan skim pembiayaan ASB-i (patuh syariah).

Teknik pelaburan emas dan Ar-Rahnu mungkin boleh menandingi teknik loan ASB sekiranya harga emas naik sebanyak 30%. Anda mesti yakin harga emas akan naik daripada USD1400 per ounce hingga ke paras USD1800 pada hujung tahun ni. Dan ia memerlukan modal yang besar sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menandingi pulangan loan ASB. Saya mungkin ada terlepas pandang dalam pengiraan saya di sini. Komen dialu-alukan. Pengiraan secara terperinci hanya diberikan kepada Ahli Premium BlogSahamBaru.

Selamat melabur!

Kategori:ASB, Unit Amanah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: