Utama > Saham, Unit Amanah > Melabur melalui MYETFDJ – Pulangan 21.76%

Melabur melalui MYETFDJ – Pulangan 21.76%

Selain daripada Unit Trust, satu lagi cara melabur serupa yang boleh memberi pulangan lumayan adalah pelaburan melalui ETF. Di Bursa Malaysia terdapat beberapa ETF yang disenaraikan. ETF ini diniagakan seperti kaunter saham, dan kos yang dikenakan adalah sama dengan kos pembelian saham, jadi kos transaksi sangat minimal.

Dalam post ini, contoh yang saya paparkan adalah pelaburan dalam dana ETF yang dinamakan MYETFDJ. Secara ringkas, ETF sebenarnya ialah sejenis instrumen yang menjejak indeks. Bagi MyETFDJ, indeks yang dijejak ialah My ETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25, meliputi 25 saham patuh syariah bermodal terbesar di Malaysia. Justeru, saham-saham ini bolehlah dianggap sebagai proksi kepada pasaran saham Malaysia umumnya. Apabila anda membeli satu unit, anda telah mempelbagaikan pelaburan dalam 25 saham tersebut. Kejatuhan satu saham tidak akan menjejaskan pelaburan anda dengan ketara.

Dana MYETFDJ adalah dana yang patuh syariah. Di sini saya akan paparkan contoh simulasi melabur dalam MYETFDJ secara beransur-ansur iaitu membeli sebanyak 1000 unit pada awal setiap bulan (iaitu pada 1 hb atau hari pertama bekerja pada setiap bulan), bermula pada Jan 2009 hingga Dis 2010. Kemudian menjual kesemua unit pada 5 Jan 2011.

Jadual di bawah menunjukkan harga belian, kos transaksi dan keuntungan bersih selepas menjual kesemua unit.

MONTH PRICE QTY TOTAL PRICE BROKER FEE (0.42% OR MINIMUM RM12) STAMP DUTY RM1 PER RM1000 CLEAR FEE 0.03% TOTAL COST
Jan-09 0.590 1000 $590.00 $12.00 $1.00 $0.18 $603.18
Feb-09 0.610 1000 $610.00 $12.00 $1.00 $0.18 $623.18
Mar-09 0.590 1000 $590.00 $12.00 $1.00 $0.18 $603.18
Apr-09 0.640 1000 $640.00 $12.00 $1.00 $0.19 $653.19
May-09 0.700 1000 $700.00 $12.00 $1.00 $0.21 $713.21
Jun-09 0.720 1000 $720.00 $12.00 $1.00 $0.22 $733.22
Jul-09 0.720 1000 $720.00 $12.00 $1.00 $0.22 $733.22
Aug-09 0.760 1000 $760.00 $12.00 $1.00 $0.23 $773.23
Sep-09 0.770 1000 $770.00 $12.00 $1.00 $0.23 $783.23
Oct-09 0.788 1000 $788.00 $12.00 $1.00 $0.24 $801.24
Nov-09 0.802 1000 $802.00 $12.00 $1.00 $0.24 $815.24
Dec-09 0.815 1000 $815.00 $12.00 $1.00 $0.24 $828.24
Jan-10 0.817 1000 $817.00 $12.00 $1.00 $0.25 $830.25
Feb-10 0.801 1000 $801.00 $12.00 $1.00 $0.24 $814.24
Mar-10 0.821 1000 $821.00 $12.00 $1.00 $0.25 $834.25
Apr-10 0.847 1000 $847.00 $12.00 $1.00 $0.25 $860.25
May-10 0.849 1000 $849.00 $12.00 $1.00 $0.25 $862.25
Jun-10 0.802 1000 $802.00 $12.00 $1.00 $0.24 $815.24
Jul-10 0.812 1000 $812.00 $12.00 $1.00 $0.24 $825.24
Aug-10 0.843 1000 $843.00 $12.00 $1.00 $0.25 $856.25
Sep-10 0.865 1000 $865.00 $12.00 $1.00 $0.26 $878.26
Oct-10 0.881 1000 $881.00 $12.00 $1.00 $0.26 $894.26
Nov-10 0.925 1000 $925.00 $12.00 $1.00 $0.28 $938.28
Dec-10 0.924 1000 $924.00 $12.00 $1.00 $0.28 $937.28
TOTAL 24000 $18,692 $288.00 $24.00 $5.61 $19,009
04-Jan-11 0.970 24000 $23,280 $157.01 $38.00 $11.22 $23,147
BUYING COST $19,009
NET VALUE $23,147
NET PROFIT $4,137.40
RETURN RATE 21.76%
TOTAL COST $450.60
TOTAL COST % 2.41%

Seperti yang anda lihat dalam jadual di atas, MYETFDJ memberi pulangan yang sangat baik iaitu 21.76% untuk tempoh 2 tahun. Kos transaksi pula sangat minimal iaitu 2.41% sahaja berbanding UT yang mengenakan caj 5.5% – 7%. Kelemahan pelaburan melalui MYETFDJ pula, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 1,000 unit untuk mendapat kos yang efektif. Kos paling efektif adalah membuat belian yang bernilai sekurang-kurang RM2,000 supaya kos transaksi hanya pada kadar 1.5%. Jika pembelian minima adalah sebanyak 500 unit, kos pembelian adalah 4.08% (masih lebih rendah berbanding UT).

Kategori:Saham, Unit Amanah
  1. nopal
    22 Mac 2011 at 11:56 am

    Salam zahalee,

    Mcm mana ek nak start melabur dlm myetfdj ni? Boleh bg panduan step by step x?
    Sebab sy memang newbie dlm pelaburan berkaitan pasaran saham ni……

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: