Utama > Unit Amanah > Dana PEDF (Pacific ELITE Dividend Fund) – Pulangan 16%

Dana PEDF (Pacific ELITE Dividend Fund) – Pulangan 16%

Sejak dilancarkan pada 5 Feb 2010 hingga 22 Mac 2011, dana Pacific ELITE Dividend Fund memberi pulangan sebanyak 16%. Pulangan yang agak lumayan bagi satu dana yang baru saja dilancarkan. Tapi apa yang lebih menarik adalah kos pembelian masuk adalah sifar. Maknanya jika pelabur memulakan pelaburan sebanyak RM1000, kesemua duit pelabur tadi akan dimasukkan sebagai pelaburan tanpa sebarang caj. Tidak seperti unit trust yang lain anda akan dikenakan caj transaksi pembelian 5 – 7%. Sebagai contoh semua dana ekuiti Public Mutual akan dikenakan caj 5.5%, maknanya jika anda ingin melabur sebanyak RM1000, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM55.

Dengan melabur ke dana PEDF, anda tidak dikenakan sebarang caj. Cuma kos pengurusan ditolak terus daripada wang dana. Secara individu, pelabur tidak dikenakan sebarang caj pembelian. Anda hanya dikenakan caj jualan 1%, itu pun jika anda menjual unit sebelum tempoh 3 tahun, selepas itu tiada sebarang caj. Ciri yang sangat menarik.

Contoh ilustrasi transaksi PEDF:
Harga jualan ketika pelancaran: RM0.50
Kuantiti unit: 2000
Kos pembelian: RM0
Amaun dilaburkan pada 5 Feb 2010: 2000 x 0.50 = RM1000
Nilai pada 22 Mac 2011: 2000 x 0.5818 = RM1163.60
Untung bersih jualan: (RM1163.60 – 1%) – RM1000 = RM152
Kadar pulangan: RM1152/RM1000 x 100 = 15.2%

Dari segi prestasi pula, setakat ini dana PEDF setanding dengan dana unit trust yg lain. Sebagai contoh untuk tempoh yang sama Public Ittikal memberi pulangan sebanyak 20%. Tapi selepas tolak kos pembelian, pulangan bersih adalah hanya 13.7%.

Contoh ilustrasi transaksi Public Ittikal:
Harga jualan: RM1
Kuantiti unit: 1000
Kos pembelian 5.5%: RM55
Nilai dilaburkan pada 5 Feb 2010: RM1000
Nilai pada 21 Mac 2011: 1000 x 1.2 = RM1200
Untung bersih: RM1200 – RM1055 = RM145
Kadar pulangan: RM1200/RM1055 * 100 = 13.74%

Jadi, dana unit trust yang mana satu menjadi pilihan anda? Saya sendiri bercadang untuk cuba melabur dalam dana PEDF. Tapi kini belum masanya lagi. Tunggu sehingga tahun Laporan Tahunan dikeluarkan pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011. Juga ingin melihat prestasi KLCI pada bulan April nanti.

Kategori:Unit Amanah
  1. nabil
    23 Mac 2011 at 2:08 pm

    salam..
    boleh tak bagi tau macam mana cara-cara nak join saham PEDF ni..saya dah lama ikut perkembangan blog ini.. tapi saya tak faham 100%.. saya harap saudara Zahalee boleh buat tutorial tentang cara nak join / sertai saham baru..tq

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: