Utama > ASB, Emas, Hartanah > Mari Buat Duit Dengan Pinjaman

Mari Buat Duit Dengan Pinjaman

Post kali ini membincangkan kebaikan meminjam. Atau dalam istilah islamik pembiayaan. Secara umumnya, terdapat 2 jenis pinjaman. Pinjaman yang tidak baik dan pinjaman yang baik.

Pinjaman yang tidak baik (bad debt) adalah pinjaman yang menjadi liabliti kerana tidak membantu anda membuat lebih banyak duit atau keuntungan. Sebagai contoh, pinjaman kereta (tapi majoriti individu di Malaysia memerlukan kereta terutamanya di luar Lembah Kelang disebabkan sistem pengangkutan awam yang tidak efisien). Bagi mereka yang baru memulakan kerjaya, pilihan terbaik adalah pengangkutan awam atau membeli kereta terpakai.

Pinjaman yang baik (good debt) pula adalah pinjaman yang digunakan untuk membeli aset yang dijangka akan naik nilainya. Contoh terbaik adalah pinjaman untuk membeli hartanah, kerana hartanah adalah aset yang biasanya akan naik nilainya. Contoh lain pinjaman ASB, sebab memberi pulangan dalam bentuk dividen yang kemudiannya boleh digunakan untuk membayar kos pinjaman. Kriteria utama pinjaman yang baik adalah kos pinjaman mestilah lebih rendah berbanding dengan margin keuntungan yang diperolehi.

Meminjam juga membolehkan anda mendapat manfaat daripada kenaikan inflasi. Inflasi sebenarnya disebabkan oleh bekalan wang yang semakin banyak. Dalam ekonomi, bekalan wang akan semakin banyak apabila individu menyimpan duit di bank. Sebab itulah, kita mesti meminjam semaksimum yang boleh kita mampu. Kalau tidak meminjam, memang sah kita akan menjadi antara individu yang rugi, sebab semua individu akan mengalami kesan inflasi walaupun tidak meminjam.

Hari ini, keluar kenyataan daripada bank negara untuk mengetatkan lagi kriteria peminjam. Setiap individu yang meminjam perlu lulus stress test. Akan mula dilaksanakan pada suku ke-3 tahun ini (sekitar bulan Oktober 2011 nanti). Minggu lepas pula, had kelayakan kad kredit telah dinaikkan. Maka semakin sukarlah kita meminjam pada masa akan datang. Keadaan ini sebenarnya semakin menyukarkan bakal-bakal pelabur yang baru mula berjinak-jinak dengan pelaburan terutamanya hartanah yang memerlukan pinjaman yang besar. Saya agak bernasib baik kerana telahpun memaksimumkan had meminjam sejak 5 tahun lepas. Individu yang memang sudah kaya akan bertambah kaya, sebab mereka tidak akan merasa sebarang kesan daripada tindakan kawalan bank negara ini. Kesukaran meminjam bagi mereka yang baru bermula, bermakna hartanah akan terus menjadi medan permainan individu yang sudah kaya.

Jadi bagi mereka yang masih belum ada hartanah. Bertindaklah sekarang. Kalau masih tidak mampu, sekurang-kurangnya mulakanlah dengan melabur melalui pinjaman/pembiayaan ASB.

Kalau ada modal sekitar 50K. Saya berpendapat pelaburan emas adalah yang terbaik. Sebab tidak ada masalah untuk menggunakan teknik Ar-Rahnu untuk terus leverage sehingga 50 – 70%.

Kategori:ASB, Emas, Hartanah
  1. 30 Mac 2011 at 5:25 pm

    nak buat pinjaman ok , tapi kena pandai manage , kalau bijak pengurusan , boleh ‘buat duit’ kalau tanpa perancangan boleh jadi lebur …

  2. zilaa
    10 April 2011 at 3:30 pm

    betullll tuuu… saya sokong.

  3. 23 Ogos 2011 at 11:19 pm

    masalah dapatkan pinjaman? kami boleh buat untuk swasta..No obligation..serius nak..layari blog kami dulu untuk keterangan lanjut

  4. orang baru
    24 Ogos 2011 at 12:28 pm

    Biasanya kalau buat pinjaman dengan swasta di panggil Ah Long, Bro Ku adzam ni macam Ah Long ke? Maaf saja nak tanya….

  5. ninjabulat
    1 September 2011 at 10:46 am

    kalau black list boleh pinjam ke

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: