Utama > Saham, Unit Amanah > Masa Untuk Membeli Saham?

Masa Untuk Membeli Saham?

Apabila membuat analisis saham, ada dua teknik umum yang biasa digunakan. Analisis fundamental dan analisis teknikal.

Dalam post ini saya paparkan status terkini indeks KLCI dari aspek analisis teknikal, daripada Jan 2007 hingga kini (25 Mac 2011).

Garisan merah adalah MA20 (Moving Average 20 days, purata harga 200 hari), dan garisan biru adalah MA5 (Moving Average 5 days, purata harga 5 hari). MA20 mewakili harga purata bulanan iaitu 20 hari bekerja. MA5 mewakili harga purata 5 hari bekerja. Cara mudah untuk menandakan masa belian dan jualan adalah apabila MA5 bersilang dengan MA20. Membeli apabila harga terkini berada di atas MA5 dan MA20, dan menjual apabila harga berada di bawah MA5 dan MA20. Walaupun kaedah ini tidak menjamin masa belian dan jualan yang terbaik, tapi sekurang-kurangnya memberikan sedikit panduan mudah kepada pelabur untuk membuat keputusan.

Seperti yang anda lihat pada carta di atas, kini indeks KLCI berada di atas MA5 dan MA20. Adakah ini masa yang sesuai untuk membeli saham dan dana-dana unit trust? Pergerakan saham sebenarnya terlalu sukar untuk diramalkan. Ada pelabur yang mencuba market timing, ada juga yang menggunakan Value Investing, dan sebagainya. Saya sendiri menggunakan kedua-duanya. Apapun keputusan terakhir adalah di tangan pelabur sendiri.

Kategori:Saham, Unit Amanah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: