Utama > Unit Amanah > Dana Panik – Namaa’ Asia-Pacific Equity Growth Fund

Dana Panik – Namaa’ Asia-Pacific Equity Growth Fund

Bencana yang melanda negara Jepun baru-baru ini menyebabkan pasaran saham di seluruh dunia jatuh. Kesan yang paling ketara adalah di negara Jepun sendiri apabila pelabur panik dan menjual saham secara besar-besaran. Indeks Nikkei jatuh secara mendadak daripada paras 10,500 mata hingga ke paras di bawah 9,000 mata dalam masa beberapa hari sahaja. Kejatuhan sebanyak 15% – 20%.

Selain indeks Nikkei, pasaran yang turut mengalami kejatuhan ketara adalah pasaran saham di rantau Asia Pasifik. Sebagai pelabur pula, apakah yang perlu dibuat apabila berlaku jualan besara-besaran ini?

Saya sendiri cuba mencari dana yang ada melabur secara langsung di negara Jepun. Ternyata dasar Jepun yang agak ketat tentang kemasukan pelaburan asing, menyebabkan saya sukar untuk menemui dana yang melabur secara langsung di pasaran saham Jepun. Cara terbaik yang saya temui adalah dengan melabur di dalam dana yang melabur di pasaran saham rantau Asia Pasifik. Salah satu dana tersebut ialah dana Namaa’ Asia-Pasific Equity Growth Fund (Namaa). Berdasarkan pospektus terkini, dana Namaa ada membuat pelaburan dalam syarikat-syarikat besar yang disenaraikan dalam pasaran saham China, Hong Kong, Malaysia, Korea, Taiwan, Singapura dan Indonesia. Tapi tumpuan utama dana pada masa ini adalah pelaburan di ekonomi Asia Utara.

Dari segi prestasi pula, sehingga 28 Feb 2011 (sebelum bencana di Jepun), pulangan setahun 5.86%, agak kurang memuaskan. Cuma saya sendiri agak yakin, selepas jualan panik, dana ini akan memberi pulangan yang agak baik. Saya sendiri ada membeli dana ini minggu lepas walaupun jumlah yang kecil iaitu 1K sahaja. Yang menariknya, buat masa ini dana Namaa ada promosi dengan caj jualan 1.25% sahaja untuk pembelian pertama (pembelian seterusnya dikenakan caj jualan 5%). Risiko memang ada, jadi para pelabur perlu membuat kajian sendiri.

Kategori:Unit Amanah
  1. kapitan
    22 Januari 2013 at 3:14 pm

    camne nak beli?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: