Utama > Unit Amanah > Dana CIMB DALI Equity Growth Fund (2010 18.3%)

Dana CIMB DALI Equity Growth Fund (2010 18.3%)

Salah satu dana patuh syariah yang diurus oleh CIMB ialah DALI Equity Growth Fund. Dana ini dilancarkan pada 7 Mei 1998. Maknanya dilancarkan sewaktu krisis kewangan Asia.

Berdasarkan prospektus, saya petik beberapa perkara penting sebagai panduan dan rujukan perbandingan:

1. Caj jualan agak tinggi iaitu 6.5%.

2. Yuran pengurusan 1.5%, ini kadar yang biasa dikenakan oleh pengurus dana.

3. Menariknya, amaun pelaburan permulaan yang rendah iaitu RM500 sahaja.

4. Tapi setiap pelaburan tambahan minimum RM200.

5. Yuran switching percuma untuk 4 kali pertama bagi setiap tahun kalendar, selepas itu dikenakan bayaran RM100.

Dari segi prestasi pula, tahun 2010 dana ini memberi pulangan sebanyak 18.3%, setanding dengan dana-dana lain. Cuma pada tahun 2008, seperti juga dana-dana lain, harga jatuh sebanyak -36.8%, bermakna jika ada membuat pembelian pada awal Jan 2008, pembelian tsb belum balik modal w/pun harga naik 2.8% sebab caj jualan 6.5%.

Analisis ringkas jika pembelian di buat pada awal Jan setiap tahun 2006 hingga 2010 dan menjualnya pada 30 Dis 2010, pulangan daripada setiap pembelian tersebut adalah seperti berikut:

1. Pembelian pada Jan 2006, pulangan 68.4% (tempoh 5 tahun).

2. Pembelian pada Jan 2007, pulangan 41.76%.

3. Pembelian pada Jan 2008, pulangan 2.8%.

4. Pembelian pada Jan 2009, pulangan 62.66%.

5. Pembelian pada Jan 2010, pulangan 18.3%.

Pengiraan pulangan di atas belum tolak caj jualan 6.5%. Hanya pembelian pada awal Jan 2008 yang masih mengalami kerugian.

Kategori:Unit Amanah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: