Utama > ASB > Dividen Loan ASB 2011 (76 sen)

Dividen Loan ASB 2011 (76 sen)

Masih ada bakal pelabur yang masih belum dapat membuat keputusan cara yang lebih menguntungkan. Simpan sendiri atau melabur melalui loan asb?

Dalam post yang lepas, saya ada menyebut pelaburan melalui Easy-ASB boleh memberi pulangan sehingga 41%. Ini dibuktikan pada tahun lepas 2010, apabila ASNB mengumumkan dividen ASB 7.5 sen dan bonus 1.25 sen (jumlah 7.625 sen). Tetapi melalui Easy-ASB, pelabur dapat pulangan 41%.

Pengiraannya:
Amaun pinjaman: 100K
Kos pinjaman: BLR-1 = 5.4%
Bayaran bulanan: RM450 x 12 bulan = RM5400 (setahun).
Pulangan (RM) = 100K x 7.625% – 5400 = RM7625 – 5400 = RM2225.00
Pulangan (%): 100K x 7.625% / 5400 = 41.2%

Nampak sangat lumayan. Tapi pengiraan ini sebenarnya tidak tepat, kerana modal 5400 tu tidak dilaburkan sekaligus pada bulan Jan, sebaliknya dibayar secara beransur setiap bulan.

Cara sebenar membuat perbandingan antara simpan sendiri dan loan asb adalah dengan menggunakan jadual berikut:

BULAN BMB (ASB) BBT (EASY-ASB)
1 $450.00 $450.00
2 $900.00 $900.00
3 $1,350.00 $1,350.00
4 $1,800.00 $1,800.00
5 $2,250.00 $2,250.00
6 $2,700.00 $2,700.00
7 $3,150.00 $3,150.00
8 $3,600.00 $3,600.00
9 $4,050.00 $4,050.00
10 $4,500.00 $4,500.00
11 $4,950.00 $4,950.00
12 $5,400.00 $5,400.00
JUMLAH BMB $35,100.00 $35,100.00
DIVIDEN % 7.5sen + 1.25sen = 7.625% X
DIVIDEN RM $223.03 $2,223.00 (nilai RM sebenar = RM2225.00)

BMB = BAKI MINIMUM BULANAN

BBT = BAYARAN BULANAN TERKUMPUL

X adalah dividen (atau peratus pulangan) yang diperolehi oleh pelabur. Apakah nilai X?

Nilai X adalah dividen yang perlu diagihkan oleh ASNB untuk menandingi pulangan(dividen tidak rasmi) melalui Easy-ASB. Perhatikan nilai X adalah 10x lebih tinggi daripada dividen rasmi yang diumumkan oleh asnb.

Jadi jangan tunggu lagi. Dan jangan lepaskan peluang ini. Ada dua risiko yang perlu dipertimbangkan iaitu:

1. Risiko BLR akan naik mendadak yang di luar kawalan pelabur.

2. Risiko kehilangan potensi keuntungan 10x ganda.

Pilihan di tangan pelabur. Risiko yang mana satu menjadi pilihan anda. Risiko 1 atau 2? Pengiraan di atas adalah berdasarkan dividen dan bonus asb bagi tahun 2010. Tapi saya yakin, untuk tahun 2011, pulangan adalah hampir sama untuk kedua-dua cara pelaburan.

NOTA: Pakej Easy-ASB dijadikan contoh dalam post ini kerana pengiraannya lebih mudah.

Kategori:ASB
  1. beruang miskin
    4 April 2011 at 10:12 pm

    Bro,bagi orang yang tak ada duit macam saya ni terpaksa ambil laon bank tak kiralah bank mana janji loan approved. setakat ni saya ada 20k cash money. Loan AsB 150k bayar untuk 1 tahun je. Lepas tu saya guna dividen untuk bayar selama 18 tahun. Saya ni kerja tak menentu kadang ada bussines dan kekadang tu tak ada. Hanya duit asb loan tu je untuk hari tua. Kalau bussiness ok dapat 20k lagi nak buat loan guna nama isteri lepas tu buat macam diatas. Jadi suami isteri dapat 300k dalam masa 18 atau pun 20 tahun. Sekurang-kurang masa tua tak la teruk sangat. Kalau di takdirkan pendek umur sekurang2nya anak2 tak la melarat bayar hutang. Itu je cara saya yang tak berduit ni.

    • lantoi
      5 April 2011 at 2:42 pm

      Bro jgn kata begitu, mcm wa kt bank macam -macam customer gua jumpa bro ader yg asbnye beratus – ratus ribu dan ade adetak sampai RM100. So cash 2otu kalau u pandai manipulatekan pada cara yg betul Insyallah beranak BRO. Buat loan asb tu kalau boleh biorleh yg Islamic.

      So BRO saham bank rakyat dah ade kalau takde ni depa akan buka ambil le peluang.

  2. beruang miskin
    5 April 2011 at 9:00 pm

    Bro lantoi, saham bank rakyat belum ade lagi, tapi kalau public mutual ade la ciput
    je. macam mana dengan saham bank rakyat? emas kut…

    • lantoi
      5 April 2011 at 10:06 pm

      Bro pegi segera daftar ke BR sebab diorag dah dapat increase paid up capital to 1billion. So call dulu mana-mana BR yg dekat umah , tanya diorang yg U ni walk in cust dan nak jadi ahli. Jgn terlepas Peluang BRO

      Goodluck

      • lantoi
        6 April 2011 at 7:04 pm

        tak pe bro you terus je daftar senarai menunggu tu mana tau tuah badan lagipun kalau tak silap yng menunggu ni dari tahun 2004 sampai 31 dec 2010 yg diorang consider mana tau ader yg dah tak de modal ke atau dah invest tempat lain ke ah tulah peluang pada kita . BE +ve. Macam saya dulu daftar tahun 2006 pegawai tu karta harapan cerah minta-mintalah AMIN. Congrat bro good move TQ

  3. beruang miskin
    6 April 2011 at 3:44 pm

    lantoi, makasih banyak2 ye. Dah pun menjadi ahli BR baru pagi tadi tapi cuma ciput je RM500.00.je yang boleh. Pegawai tu kate klu dah jadi ahli boleh lah memohon untuk menambah syer tapi kena q up lah. Tu pun belum tau dapat sebab yang menunggu tu pun dah beribu. Klu benasib pengawai tu kate mereka akan kirim surat.
    Tq for sharing.

  4. shah
    22 Jun 2011 at 5:32 am

    bro lantoi….saya nak tnye..saya nih bru abis study…tapi baru saje nak membuka asb…adakah meyimpan sendiri atau membuat loan lebih menguntungkan? ce cite ce cit 😛

    • lantoi
      23 Jun 2011 at 10:37 pm

      Bro Shah baca post tuan tanah then u will know which one is better.Utk saya selagi BFR (LOan ASB Islamic aderlah pilihan saya) sekitar 6-8% pun kita masih boleh senyum sebab pakej sekrg utk 30k keatas adelah BFR tolak 1.65% (maybank Islamic). Andaikan BFR naik sikit demi sedikit sampailah 8% jadi rate sebenar utk BFR tu aderlah 8% tolak 1.65% = 6.35% still ok sebab dividen asb dlm 20 tahun ni tak kurang 7%.. Pada pendapat saya sebab ASB nih boleh bertahan bagi dividen yg ok sebab diorg ni applikasikan RETAINED EARNING CONCEPT yg maknenya diorang boleh bayar lebih cthnya 11% tapi depa bayar 7% sebab yg beza tu aderlah untuk back up. Tak kisahlah tu janji dividend boleh sustain at least 7% belum campur bonus lagi.

      BFR akan naik seiring dgn kenaikan OPR (BNM yg tentukan) tapi BNM takkan naikkn OPR secara mendadak sebab ekonomi kita masih lagi dlm pemulihan. naik tu tetap naik tapi dlm 2-3 tahun pada fikiran optimis saya taklah begitu ketara, U ikut suggestion tuan tanah buat loan sebesar mungkin dan tempoh yg paling lama (20 ke 25 tahun) dan cancellah selepas 3, 4, 5 tahun
      remember bro, start your saving early as u can sebab u mesti ader target to get 100k cash in your hand within 10 years of working. Alhamdulillah saya dah capai dah 100k in hand in ASB baru-baru ni tapi dlm masa 13 tahun bekerja. Lama gak tukan puncanye sebab saya beli property (rumah) 2 buah. (yg mana belanjo nyo bosar jugak) FOR your info isteri saya tak bekerja I was working alone since getting married.

      So nasihat saya pada anda buatlah asb loan (Islamic tau) dan start your saving early ye semoga anda berjaya . Jauhkan budaya menukar h/p dgn kerap dan belilah kereta semurah mungkin (sebab anda baru keje) dan cari keta 2nd hand yg elok (Boleh jimat duit ribu riban). Maaflah berjelalah pulak saya cite sebab saya suka bagi nasihat disamping saya sendiri menerima nasihat dari org lain. SEMOGA kita semua akan diberkatinye dan memperkasakan ekonomi UMMAH. bravo bro… Adiozz

      • Sue
        24 Jun 2011 at 6:08 am

        Sy ada simpanan sendiri RM120k dlm ASB(buku) dan bulan2 sy boleh simpan dlm RM3k-5k. Ada sesiapa tahu apakah cara terbaik utk memaksimumkan pelaburan ASB dan menjana keuntungan yg lebih? sy berminat dgn ASB loan dan jg OD.

        Perlukah saya ambil ASB loan?
        Jika ya, berapa jumlah yg sesuai dan tempoh pinjaman? (prefer short term, x suka hutang lama2)
        Bukankah limit hanya RM200k sahaja? adakah sy boleh buat pinjaman RM80k sje lg ke? so kalau dh mencecah RM200k apa yg sy perlu buat?
        Bleh sesiapa terangkan mengenai OD?

        tolong bantu kerana sy nk sangat memaksimumkn pelaburan ASB sy selagi ada peluang!

  5. 8 Ogos 2011 at 3:01 am

    Buat le OD…lagi cantik kalau gabungkan OD-ASB-Emas …tak payah buat loan.

    Tapi kalau nak juga buat Loan…teruskan le…sebab sya tak nampak kenapa perlu buat loan..sedangkan simpanan sendiri dah ada 120K…ambik je OD 100K… lepas tu pakai je 80K secara berperingkat…sure penuh ASB tu dlm tempoh 3-4 tahun… kalau ade emas lagi (kenaikan emas antara 15-30% setahun)… 2 tahun lebih je…kelebihan Sue yg sya nampak adalah you bleh simpan 3-5K.

  6. as
    29 Ogos 2011 at 2:41 pm

    saya ada rm132k dlm asb. tak buat loan tapi menyimpan sejak pandai menabung dari sekolah2. masuk keje terus sy simpan sebanyak yg boleh stp bulan + bonus tahunan. sy sabar x ikut nafsu belanja bukan2. slpas enam thn bekerja gaji sy dlm rm4500k. sy simpan rm2500 sebulan. bonus hampir rm8000 hujung thn semua masuk asb. sy pakai keta kelisa je second hand dan ada sebuah rumah aparment baru. sebenarnya tak perlu buat loan. mcmana pun simpan sendiri lebih baik bukan sj tak perlu byr interest tp bebas riba. yg penting sabar dan konsisten simpan duit. kalau ada kemahuan di situ ada jalan. kebaikan asb adalah dividennya akan menggandakan simpanan anda stp thn jd dkat situ je kalau simpan konsisten sepjg thn dah dpt pulangan lumayan yg patutnya dibiarkan sj dlm asb tu sehingga sampai sasaran rm200k.

    • beruang miskin
      4 September 2011 at 10:53 am

      Kan tuan rumah dah cakap, kalau ada lebih dan comitment kurang simpan sendiri adalah paling menguntungkan…..tak payah buat statement panjang lebar…simpan sendiri tetap 100% menguntungkan . Bagi orang2 yang banyak comitimen, gaji tak seberapa atau hidup miskin mereka tak ada jalan lain selain meminjam loan asb ni…sekurang-kurang nya hari tua ada simpanan dan boleh menikmati hidup seterusnya walaupun dah retire nanti…..

    • Lantoi
      5 September 2011 at 12:13 am

      Tahniah! betul kata bro beruang in your case you dont need such loan. Bagi saya yg dah tak leh simpan duit ni harap 100k tu je maka platform asb loan islamic jelah yg dapat membantu sedikit sebanyak. ……..

    • zahalee
      5 September 2011 at 7:04 pm

      Saya yakin tidak ramai pelabur yg berkemampuan spt awak as…apapun tahniah kpd awak kerana ada disiplin yg tinggi dan tidak ramai yg mampu dgn dugaan jimat berbelanja…

      My extra comments….many people don’t realise the full potential of their active income…thus rule 90/10 would apply anywhere, anytime…based on my experience, you can easily get at least 100K in 2 years by investing properly…anyway, it’s your choice…good luck…

    • orang baru
      5 September 2011 at 7:20 pm

      wah…aku jeles ngan as ni, boleh simpan Rm2500 sebulan, ada baki 2k untuk bayar rumah dan kete…lepas tu minyak gi keje, makan dan activiti lain cukup ke ngan 2k tu, ini mesti tinggal ngan keluarga… mesti anak orang kaya la tu….apa-apa pun tahniah pada yang punya badan cepat kaya……

    • faez
      8 September 2011 at 4:02 pm

      as << menabung sejak bila ek? umur as brp sekarang??
      sy umur 23 dan asb bru ada RM10K..tapi org dlm ni semuanya bnyk2 jeles r…mcm mn nk bg maksiumkn dividen kita ek?

  7. belle
    4 September 2011 at 11:19 am

    saya ada juga menyimpan macam kawan kita as tu, tapi teknik saya berbeza, saya wat loan dengan asb 200k dengan maybank…. duit simpanan saya sendiri 100k saya simpan ke amanah saham wawasan. gaji saya 4k saja, 1k ke saham wawasan dan asb 1k+ bayar loan. Saya buat teknik begini sebab nak retire awal …dalam masa 25 tahun…saya akan dapat hapir sejuta… kalau di lihat memang tak berapa untung sebab ada buat loan tapi kalau nak mencapai matlamat saya untuk sampai 1 juta…mungkin dapat , belum saya buat calculation lagi…saya dah fikirkan menyimpan dengan wat loan ni ada kelebihan insurance cover…kalau terjadi apa2, my parent dapat….

  8. faez
    8 September 2011 at 4:01 pm

    bunyi mcm insurance punya simpanan jer??

    • belle
      9 September 2011 at 12:18 pm

      Kalau nak hidup dalam dunia sekarang ni bro faez, nak ambil kira semua aspek, hidup sekarang ni berbeza ngan dulu… nak ada planing termasuk lah insurance, simpanan dan lain 2. Tak boleh harap dengan gaji sekarang ni, walaupun besar tapi cost of living terlalu tinggi mesti pandai berjimat. cuba baca blog ni dari mula mungkin bro dapat info dari sini….

  9. dean
    2 Oktober 2011 at 9:14 pm

    bro lantoi,

    saya baru ja membaca blog bro..memang menarik..tp byk jugak terms2 yg saya xpaham, sbb saya ni engineering field..btw seriously blog bro, meme thumbs up..saya nk tnya sikit..saya skang dlm sektor kerajaan, gaji bersih dlm Rm 2,200 bulan2 selaps byr keta n rumah, mana lebih menguntungkan, samada saya simpan setiap bulan RM 1K OR saya loan RM 100k ???

    sori saya lemah skit dlm bidang ni

  10. gammafiber
    25 Oktober 2011 at 9:12 am

    Dividen tu bukan 8.75sen ke tahun 2011?

    7.5sen(Dividen) + 1.25sen(Bonus) = 8.75sen?!

    Tolong clarify?!

  11. iff
    20 November 2011 at 3:01 pm

    dividen asb pada tahun 2011 adalah sebanyak 6.5%… believe or not…???we will see…

    • zahalee
      20 November 2011 at 5:36 pm

      Dalam keadaan ekonomi skarang, dividen 6.5 sen adalah pencapaian yg sangat cemerlang…kalau lebih sedikit, pastinya antara yg terbaik tahun ini…

      • orang baru
        20 November 2011 at 9:57 pm

        Tak kan lah dividen ASB sama dengan AS1M sama je tahun ni tak patut mesti lebih daripada tu….Dividen ASG pun naik dari 6.35 ke 6.5 sen tak mungkin…ASB turun .mesti lebih daripada tahun lalu…hopefully…dapat hingga 9% termasuk bonus….

      • 3 Disember 2011 at 10:04 am

        salam zahalee,

        Mengikut rekod dividen yg dikeluarkan melalui PNB di dlm website nya, 7% adalah paling minimum yg penah di istiharkan..Jadi x mungkin dividen akan turun di bawah paras ini.

      • zahalee
        4 Disember 2011 at 10:39 am

        Tidak mustahil. Dana-dana PNB skarang ni banyak exposure dalam ekuiti sejak tahun 2009 dan 2010. Itu yg buat KLCI naik cepat 2009 – 2010 tu. Tapi tahun 2011, saham merudum. Tahun 2012, akan lebih merudum lagi. Jadi bersedialah dgn dividen yg kian rendah utk tahun mendatang. Cth: Refer laporan tahunan ASW2020 berakhir Sep 2011.

    • C-Nor
      22 November 2011 at 9:12 am

      Paling2 busuk Dividen ASB 2011 8.00%, Bonus 1.5% . Gerenti punya, sebab PRU 13 sudah dekat. Najib mesti bagi punya nak jaga undi. Gerenti, sama2 kita tengok….

  12. Lantoi
    22 November 2011 at 10:34 pm

    bro dean ni tanah bro zahaleelah.Well better you buat loan asb islamic tapi yg masalahnye sekaramh Maybank hold not abolish diorang punya Loan asb islamic. So bro tunggulah yer lah hehehe.

    Fasal dividen melalui sumber yg boleh dipercayai secara separuhnya maka adalah dinyatakan dividen akan stood at ………… 7.75% dan bonus 1.25% believe it or not wakakaka…….

    • babykasila
      1 Disember 2011 at 12:16 am

      Amin3x…sy doakan dividen yg bro lantoi ramalkan menjadi kenyataan..kalu dpt tinggi lagi, lagi syok..sy bangge la bc post2 kat atas..makna nye semua ada kesedaran menyimpan..dulu wkt 1st loan asb ni byk kwn2 ckp yg bukan2..benda2 menakutkan..then sy ajak derang join..drg x nak..so sy buat loan ni sorg2 tp skrg every end of year sy menari keseronokan and kwn2 sy yg dulu dok melopong je..hahhaha (ketawa jahat tapi penuh syukur..hehhe)

  13. Manjalara
    23 November 2011 at 9:14 pm

    saya ada membuat pinjaman ASB sebanyak RM100K ( Islamic), masuk tahun ketiga, rasa sedikit membebankan bila BLR naik baru2 ni, sebelum ni dividen cover untuk setahun bayaran balik, pd tahun ini saya perlu membuat penambahan dalam bayaran bulanan.. 😦

    • 3 Disember 2011 at 10:13 am

      Salam Manjalara,

      Kenaikan BLR adalah antara risiko mengambil asb loan.Tp jgn risau kerana kenaikan BLR adalah kerana pencapaian ekonomi malaysia semakin bagus.Jadi selaras dgn BLR, dividen juga akan dijangka naik sekiranya BLR naik.

      Roziana
      jroziana@gmail.com

  14. 28 November 2011 at 10:27 pm

    bukan kata islamic loan untuk asb dah xde ke?

    huhu.. kagum tul dengar simpanan mereka mereka yang dah beratus ribu ni. aku baru la ada beberapa ribu je.. aish… segannya

  15. AMM
    2 Disember 2011 at 12:04 pm

    salam..nk tanya..klu kita bt asb loan ni smpai 100k-200k..ada effect x klu kita nk bt loan umah lak nti..cm sy nie br lg keja..nk kwin plakk tuhh..hehe..tkut nti bila loan asb dh byk kt bank..tkut bank xlepas lak nk bt loan tuk umah..tq..

    • Roziana
      4 Disember 2011 at 12:43 pm

      wasalam,

      iya betul akan ada effect bila nak bli rumah o ape2 loan coz asb loan nie dikira sbg komitment bg sesebuah bank..pada pendapat sy jika ingin mengambil loan asb ini biar lah mengikut kemampuan..mmg asb loan ini sgt bgs utk pelaburan tetapi kt xnak la ia akan menjadi masalah di masa hadapan apabila en/cik ingin membeli rumah nnt..cukup la mengambil 50k-100k sbg permulaan..jika tdk keberatan blh sy dpt kan email address en/cik

      thanks

    • abu
      14 Disember 2011 at 11:29 am

      haah mmg ada effect..cm sy ari tu nk wat loan rumah,bank ckp comitment byk sgt sbb loan asb 170k (3 acc -50k + 50k+70K) and others commitment..then terpaksa terminate 2 acc 50k+50k baru loan umah sy lepas…dh settle loan umah n dh dpt kunci,alhamdulillh,this coming januari nk cube blk tuk loan 100k..

  16. 3 Disember 2011 at 9:45 am

    Sue :
    Sy ada simpanan sendiri RM120k dlm ASB(buku) dan bulan2 sy boleh simpan dlm RM3k-5k. Ada sesiapa tahu apakah cara terbaik utk memaksimumkan pelaburan ASB dan menjana keuntungan yg lebih? sy berminat dgn ASB loan dan jg OD.
    Perlukah saya ambil ASB loan?
    Jika ya, berapa jumlah yg sesuai dan tempoh pinjaman? (prefer short term, x suka hutang lama2)
    Bukankah limit hanya RM200k sahaja? adakah sy boleh buat pinjaman RM80k sje lg ke? so kalau dh mencecah RM200k apa yg sy perlu buat?
    Bleh sesiapa terangkan mengenai OD?
    tolong bantu kerana sy nk sangat memaksimumkn pelaburan ASB sy selagi ada peluang!

  17. 3 Disember 2011 at 10:01 am

    Salam Sue,
    Sy ade jawapan utk kesemua soalan anda..Memandangkan anda ada cash yg byk jd sy mmg cadangan anda melabur dlm asb loan dan bkn shj simpanan yg kurang membawa keuntungan..ambil peluang utk menjana pendapatan melalui dividen yg diberi.

    1) Berdasarkan modal yg sedia ada, anda suda tentu boleh mengambil 200k asb loan selama 10 tahun..(tempoh paling min) dimana modal anda setahun adalah rm2161 X 12 = 25,932..Dgn modal 120K itu, anda dpt bertahan selama 55 bulan atau 4 1/2 thn..Tetapi selama 4 tahun itu, anda masih akan mendapat div sebanyak 7% setahun(minimum) iaitu 14K x 4 = 56K

    2) Iya limit per individu adalah 200K..tetapi sekiranya anda wihdraw kesemua cash dlm buku asb anda, limit anda sudah menjadi 0 semula….Jadi anda berpeluang mengambil loan asb max 200K

    Diharap sue dapat membuat keputusan yg tepat dgn mengambil peluang yg sedia ada..sebarang kemusykilan sue boleh hubungi sy di talian ini 0322822826@0322822821-Roziana-

    Terima kasih

  18. azfar
    6 Disember 2011 at 10:40 pm

    salam sy org baru…minta pertolongan bro2 and sis2..sy br nak bercadang utk menyimpan 200k dalam asb pd tahun dpan..sy tertarik bagaimana bro2 manapulate and memaksimumkan keuntungn sehingga mampu memiliki beberapa rumah…mgkin sy boleh bertemu or berbincang dengan org2 berpengalaman…tq

    • Roziana
      8 Disember 2011 at 11:41 am

      Salam Azfar,
      Tahniah kerana telah membuat keputusan utk melabur dlm ASB.jika tdk keberatan blh sy dptkn email address anda coz lbh senang utk berjumpa.tq

      • MrQ
        8 Disember 2011 at 2:08 pm

        Cik Roziana ble uruskan ASB loan Islamik x? cos skang ni xdak yg Islamik kan?

      • Roziana
        8 Disember 2011 at 9:38 pm

        Sy mmg uruskan ASB tp skarang mmg da xde yg islamik..en azhar keje dimana ye??

      • azfar
        12 Disember 2011 at 3:43 pm
      • tarmizi
        14 Disember 2011 at 11:29 am

        berminat untuk membuat loan asb. ada sapa2 boleh bantu?

      • roziana
        14 Disember 2011 at 12:12 pm

        salam
        Sy konsultan asb..jika berminat utk penerangan lajut sms sy roziana 0123874389..tq

  19. Saiful
    14 Disember 2011 at 7:46 pm

    asb islamik mcm mana?
    ada sesiapa yang boleh bantu?

  20. sham
    15 Disember 2011 at 12:54 pm

    saya buat asb loan dan potong gaji masuk asb

  21. sham
    15 Disember 2011 at 12:57 pm

    tp sy buat kecik je.maklumlah gaji stakat spm je.

  22. jamaluudeen
    15 Disember 2011 at 11:16 pm

    Tentang jumlah maksima ASB sebanyak RM200k, ianya adalah jumlah sebenar yg kita masukkan ke ASB (dan keluarkan) dan tidak termasuk jumlah dividen & bonus yg kita pernah terima sepanjang masa kita melabur. Jadi, jumlah yg ada dalam akaun ASB kita boleh melebihi RM200k bergantung kpd jumlah dividen dan bonus yg kita telah terima. Tidak lama dahulu seorang kawan baik saya bercerita bahawa dia bertanya di agen ASB yg dia melabur, ketika dia bercadang nak top up supaya jumlah simpanannya menjadi RM200k dan simpanannya ketika itu dah hampir RM200k, dia diberitahu bahawa dia masih boleh melabur hampir RM100k lagi. Ini adalah kerana jumlah dividen dan bonus yg telah pernah diterimanya sebelum ini hampir-hampir sekitar RM100k dan kawan saya juga pernah mengambil dividen dan bonus (iaitu mengeluarkan pelaburannya, termasuk dividen dan bonus) tersebut apabila memerlukannya. BTW kawan saya ini telah melabur di ASB semenjak ASB diperkenalkan. Jadi, bagi sesiapa yg bercadang melabur maksima, pada pendapat saya pergi tanya agen atau ke pejabat ASB sendiri tentang jumlah yg mereka masih boleh laburkan supaya jumlah sebenar yg tertulis dalam buku pelaburan tidak terhad kepada RM200k sahaja.

  23. adam
    16 Disember 2011 at 12:17 pm

    salam.memang dahsyat2 kome sume ni..seronok bace post kome ni..sy umur 25thn.sy ni badan glc..gaji saye tak menentu..tu yg menjadi masalahnye.kekadang bole cecah sampai 8k sebulan dan kekadang gj minimum je(1.2k)bersih.itu yg menjadi persoalannye.purata gj tahunan 50k.sy tak bole nak arrange simpanan sy..tambah2 baru beli rumah 200k dan buat loan selama 39thn..sy ade buat loan asb jgk tp rm75k saje selama 25 tahun..encik dan cik,camne care untuk saye memaksimumkan pendapatan saye ni?ada ke rahsia2 tersembunyi atau strategi untuk memaksimumkan pelaburan sy ni?..please..

  24. 16 Disember 2011 at 8:34 pm

    Zainulliah binti Khatib :Salam,Saya ada simpanan dalam ASB sebanyak 200k sejak Jun 2011,Dan ASW 20k.Jadi pada Oct lepas saya ada bertanya kepada pihak bank kalau saya boleh tambah pelaburan saya ke ASB dgn membuat loan,Pegawai tu kata boleh withdraw sebanyak 160k dan di masukkan ke ASW dan baki 40k dlm ASB tu di tambah dgn loan ASB 200k.Saya cuma ambil loan dlm jangka 5 tahun sahaja memandangkan saya mampu lagi utk bayaran balik yg d kenakan hampir 4k,insyaAllah buat masa ni kalau di izinkan.Bagaimana, ada kah langkah yang saya ambil tu akan memberi pulangan yg bagus dlm jangka masa 5 tahun lagi?Dan tidak pulak lupa kepada saham hartanah saya ,yg bernilai 100k,adakah pelaburan tu menguntungkan. TQ.

    • senoi praaq
      26 Disember 2011 at 11:51 am

      wah,Nurqaseh,you ni banyak betul ek simpanan.baguslah.Teruskan dengan dengan menyimpan di ASB.Bukan saja menjana ekonomi kaum bumiputera malahan ekonomi kita sendiri. good luck.

  25. johari
    18 Disember 2011 at 8:44 am

    Saya ada Smpanan dalam ASB dah lama sangat tapi pemberian deviden kepada pemegang saham setiap tahun hampir sama.jika kita lihat lampuran bank2 tempatan and syarikat2 yg berkaitan rapat dengan PNB memberi saham lebih 2 digits sedangkan kita nie khusus orang melayu 1 digit
    satu lagi. felda,felcra berapa deviden dan bonus mereka dapat!!!,siap dapat jaminan dari kerajaan,jika harga komoditi turun ,full back up,dan.jika untung berapa peratus dari mereka melabur semula dalam ASB semula,??? ,saya rasa .ada yang tak kena dengan ASB???.setiap,tahun macam biasa .tak lebih dari 9% ,

  26. 18 Disember 2011 at 1:56 pm

    di sini mahukan ASB terangkan kepada rakyat dimanakah pelaburan asb dibuat

    • Roziana
      20 Disember 2011 at 12:09 pm

      Sy ASB consultan..berminat sms sy di no ini-0123874389-roziana-

      • senoi praaq
        23 Disember 2011 at 12:39 pm

        cik roziana, kalau pinjam 10k berapa kena bayar sebulan?Buat utk 5 tahun

      • Roziana
        23 Disember 2011 at 12:52 pm

        Sy hanya ade minimum 10 thn je..monthly dlm rm109 je

  27. yatie
    19 Disember 2011 at 10:26 am

    Salam, rasanya esok PNB announce dividen ASB 2011…tak sabar nak kira berapa dpt ni..he he..

    • Roziana
      19 Disember 2011 at 10:34 am

      Iye ke..hehe btol2 x sabar..hrp2 ade peningkatan drpd last year

  28. amie
    19 Disember 2011 at 1:33 pm

    as salam, sy nak bertanya disini..mohon kepastian dan nasihat…sy mempunyai simpanan sendiri 80k, loan 50k (telah abis bayar last year..tapi sijil tak tebus lagi) dan awal tahun lepas buat loan baru 100k(15tahun) …jadi simpanan sy melebihi 200k ..persoalan sy adakah dividen hanya dibayar bg semua jumlah simpanan sy atau hanya setakat 200k saja..sapa2 yg boleh beri nasihat amat dialu2kan…dan juga sebarang pandangan utk sy ambil. tq

  29. hehe
    19 Disember 2011 at 3:56 pm

    terkini….KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.65 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

    Agihan pendapatan berkenaan lebih tinggi berbanding tahun lalu yang sebanyak 7.50 sen seunit.
    Pemegang unit boleh mengemaskinikan buku pelaburan mulai 3 Januari 2012….
    …………
    apalagi seronok la sesiapa yang banyak duit dlm ASB…kalau buat loan ASB pon masih ada lebihan duit utk dibelanjakan…..rancang kewangan anda…

    • senoi praaq
      23 Disember 2011 at 12:33 pm

      seronok juga dapat tahu dividen dan bonus ASB naik 15 percent daripada tahun lepas.tahun 90an dividen cukup banyak sehingga 11 dan 13 percent.tapi leni agak rendah.cukup-cukup makan aje…apa-apapun syukurla, leh la buat belanja sekolah anak dll

  30. Hurmm...
    19 Disember 2011 at 5:20 pm

    mcm ne nak kira yer? if saya ambik 40K… tolong..

  31. marliana
    19 Disember 2011 at 6:04 pm

    yahoooo…makcik kayo…

  32. shafwan
    19 Disember 2011 at 10:21 pm

    wah…..camna plak kes terminate loan asb ek..bila better terminate?

  33. mrkas
    19 Disember 2011 at 10:57 pm

    loan asb ada yg islamic x?

    • Roziana
      19 Disember 2011 at 11:01 pm

      Asb loan islamik dah xade..skang sume asb loan conventional je

  34. mrkas
    20 Disember 2011 at 9:41 pm

    awat dah xde islamic loan.. ishhhhhhhhhhhhhhh

  35. senoi praaq
    21 Disember 2011 at 11:40 am

    salam semua.dalam bab simpan menyimpan duit ni,ada banyak cara.Boleh labur ASB,bank dll lain..yg penting dapat untung bersih dan halal.Saya ni guru dg32(dulu dg29) dan seorang kerja.gaji bulan tak bnayak,tooak tu tolak ni ada la sikit lebih.dan yg lebih tu saya masuk ASB.Leni ada la sikit dlm buku…..tu.tapi kita kena ingat semua,cukup tahun tahun keluarkankan zakat simpanan.Yang ada paling kurang rm7000 kalau tak silap dah kena keluarkan zakat.Pergilah mana-mana kaunter zakat ikut negeri,agar simpanan kita bersih dan dapat menolong mereka yg memerlukan serta meneguhkan ekonomi umat islam.Jangan kita takabur dgn kekayaan kita,bantulah sesama islam dan yg susah terutama dalam Bersama Mu.Kita jangan jadi kedekut dan bakhil macam Hj Bakhil.Ingatlah orang yg tak bernasib baik!Jangan kita dok nak tambah simpamnan beratus ribu aje.

    Saya ni ingatkan diri saya dan rakan-rakan semua.Bagi saya walaupun dapat simpan sikit dan kadang tak,tak mengapa.tapi saban tahun saya tak lupa mengeluarkan zakat walaupun jumlah tak banyak. Bye. ucopju@yahoo.com

    • amie
      22 Disember 2011 at 4:43 pm

      as salam……ingat utk semua…..

      • amie
        22 Disember 2011 at 4:44 pm

        amie :
        as salam……ingatan utk semua…..

  36. hehe...
    21 Disember 2011 at 4:38 pm

    tadi sy pergi maybank islamic bayar hutang kereta, ada brochure loan asb islamik jer…sape kate xde??

    • 22 Disember 2011 at 7:28 pm

      ada lagi ke? hari tu kata dah xde dah.. kalau ada, mmg nak apply la

  37. hehe
    25 Disember 2011 at 5:03 am

    memandangkan dividen asb xpenah mengecewakan, tahun depan aku nak tambah loan asb 150K….semangat nih…..

    • Roziana
      25 Disember 2011 at 11:24 am

      Jika ingin menambah pelaburan anda blh sms sy di no ini-0123874389-daftar skarang tp stat byr bln feb thn dpn..jika daftar thn dpn stat byr mac thn dpn.so anda blh rugi 1 bln dividen..cpt2

      • senoi praaq
        26 Disember 2011 at 11:54 am

        salam,cik Roziana,saya tinggal di pantai timur leh ke buat loan dgn cik ni

      • Roziana
        26 Disember 2011 at 11:57 am

        Boleh buat ape slhnya..pantai timur area mana ye?blh sms sy..senang ckt sy nk explain

  38. meza
    26 Disember 2011 at 2:40 pm

    saya nak tanya gak berkenaan asb loan ni…..boleh tak bagi info kat emel saya memandangkan saya bnyk pertanyaan nii…email saya ( an_nurmeza@yahoo.com)

    TQ

  39. nurul
    27 Disember 2011 at 2:26 am

    hari tu saya ada pergi tnya maybank pasal asb nie..tnya yg islamic punya, dia ckp dh xde..cik roziana nie bank mana?islamic ke x

  40. Nandong
    28 Ogos 2012 at 7:56 am

    sye lmah dlm urusan wang kewangan, ada ssiape boleh bantu saye? saye brminat dgn asb..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada mrkas Batal balasan