Utama > Macam-macam, Pelaburan > Rahsia KAYA dan Bahagia

Rahsia KAYA dan Bahagia

Ingin tahu rahsia kebebasan kewangan dan juga kebahagiaan? Adakah anda ingin tahu satu perkara yang dapat menyelesaikan kebimbangan kewangan anda dan pada masa yang sama memberikan kegembiraan dalam hidup anda?

Rahsia tersebut ialah – hidup dalam kemampuan anda, atau kata orang putih “live within your means”. Satu perkara ini saja adalah kunci sebenar kepada kebahagian hidup dan kebebasan kewangan anda.

Hidup dalam kemampuan anda. Nampak terlalu asas dan mudah, tetapi tidak ramai yang dapat melakukannya. Sebaliknya ramai yang terus berusaha untuk kekal mengamalkan gaya hidup yang melebihi pendapatan mereka. Apapun amaun pendapatan, mereka akan menghabiskan kesemuanya dan berbelanja lebih lagi. Sudah pastinya ini akan membawa mereka kepada masalah kewangan yang kronik.

Tapi, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan hidup dalam kemampuan anda ini? Ianya melibatkan beberapa perkara. Pertama, apapun pendapatan anda, berbelanjalah kurang daripadanya setiap bulan. Kedua, adalah membeli perkara yang anda benar-benar mampu sahaja tanpa melampaui sumber kewangan anda.

NOTA: Gambar NGC menarik di atas menunjukkan sekumpulan unta di padang pasir. Warna hitam hanyalah bayang-bayang unta. Perhatikan unta sebenar adalah yang berwarna putih.

  1. nikabduh
    3 September 2007 at 1:03 pm

    saya suka laman ini.terima kasih. berikan panduan terbaik

  2. 25 Oktober 2007 at 6:22 pm

    Yes me too..luckily i found it at all of sudden. Keep up good work dude. This is a very informative site.

  3. Haflina
    24 Februari 2009 at 2:03 pm

    sy setuju!!~~
    laman ini bagus utk panduan semua..
    very informative..
    bagi pendapat sy duit yg byk atau kaya raya bkn lah melambangkan kebahagian sebenar..
    tetapi pengurusan kewangan yg baik dapat membantu..
    sebanyak mana pun duit kta,tanpa pengurusan yg baik,tetap akan jadi x ckup..
    so harap En.Zahalee boleh bagi tips “pengurusan kewangan” yg baik utk panduan semua..

  4. mohd azhar
    23 Mac 2010 at 9:23 pm

    a,kum….

    kaya,bahgia….
    smue orang suka,tapi kadang2 kita terlupa?????
    apa???
    kenapa???
    saya ada cara mcmnane nk kaya d sambil kita bahgia…..pertama orang tua,sesusah mana pun kita,ingat pada orang tua,tak kira berapa mesti ada untuk orang tua,memang bkn duit,untuk pengubat segala duka,tetapi walupun sedikit kecerian yang kita dpt berikan kepada mereka,mencukupi untuk menceriakan kita….memang tak terbalas budi mereka,tapi sekurang2nye ini lah cranye….tak d nafikann kdng2 kita tak cukup duit…..tapi insyallah tak kan susah kita,tak kan papa kita,demi mereka…
    kdua…
    zakat….cukup je,kiraan nye…serah kan aje x kira brp banyak jumlahnye,kerna ia bkn hak kita malah haram kira kita memakan nye,mmg mcm hak kita tp tak pd hakikatnye,

    insyallah tu lah antara kunci,jalan kekayaan,kebahgiaan malah untuk keberkatan,,,,,insyalllah

  5. Zu Keen Ree
    9 April 2011 at 5:21 pm

    Apa yg tuan puan cakap semuanya betul belaka. Hanya org yg bijak saja yg dapat simpan wang dari pendapatannya. Ramai org tak simpan wang krn belanja melebihi dari pendapatannya. Hanya mereka yg ketagih simpan wang saja yg akan kaya dan terus kaya. Bila dah kaya jangan lupa Allah k. Zakat membawa berkat dan sedekah boleh menyemboh penyakit. Pelik kan, tak pelik dah terbukti. Nak tahu senang je cuba lah sendiri iaitu simpan sebahagian pendapatan, kluar zakat bila cukup haul dan sampai nisabnya.Then tengok resultnya nanti k.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: