Utama > ASB, Unit Amanah > The Magic of Compound Interest

The Magic of Compound Interest

Apabila disebut magic, pastinya kita akan mengaitkannya dengan ahli silap mata. Tetapi sebenarnya dalam pelaburan pun ada istilah magic. Jadi apakah magic yang terdapat dalam compound interest.

Sebelum itu, kita kena tau apakah yang dimaksudkan dengan compound interest. Dalam pelaburan, compound interest adalah faedah terkumpul yang diperolehi untuk sesuatu pelaburan bagi sesuatu tempoh pada kadar faedah tertentu.

Pelaburan dalam ASB misalnya akan memberikan pulangan sekitar 8 peratus setiap tahun. Ini bermakna jika kadar feadah yang sama diberikan untuk pelaburan sebanyak RM10,000, maka selepas 10 tahun pelaburan tersebut akan bertambah kepada RM21,589. Formulanya adalah:

(1 + 0.08)^10 * 10000 = 21589

Jika tempoh dilanjutkan kepada 20 tahun, maka pelaburan asal RM10,000 akan bertambah kepada RM46,610 kerana

(1 + 0.08)^20 * 10000 = 46610

Masalahnya, tidak semua pelabur mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 sekaligus. Jadi cara melabur yang lebih ideal adalah dengan menyimpan secara beransur-ansur. Dengan formula yang sama, pelabur yang menyimpan sebanyak RM200 sebulan selama 20 tahun akan memperolehi pulangan sebanyak RM109,828 (termasuk modal simpanan RM200 x 240 bulan = 48,000). Ini anggaran kasar sahaja berdasarkan jumlah simpanan pada awal tahun. Yang menariknya pada tahun ke 21, jika pelabur berhenti membuat pelaburan, dia masih memperolehi sebanyak RM8,786 sebagai faedah untuk tahun tersebut. Pelabur ini boleh memilih mengeluarkan faedah yang diperolehi sahaja setiap bulan sebanyak RM700. Maknanya pendapatan pasif bulanan sebanyak RM700.

Kalau kadar faedah adalah 12 peratus, pelabur yang menyimpan RM200 setiap sebulan, selepas 20 tahun jumlah terkumpul adalah sekitar RM200,000. Tetapi agak sukar untuk dana seperti ASB untuk memberikan pulangan yang sebegitu tinggi secara berterusan. Hanya unit trust tertentu sahaja yang mempunyai rekod pulangan yang lebih baik.

Ringkasnya, pelabur mesti menyimpan awal, walaupun sedikit tetapi berterusan. Semakin lama tempoh simpanan, maka magic pada compound interest akan semakin menampakkan hasilnya.

Selamat Menyimpan!

Kategori:ASB, Unit Amanah
  1. 29 Januari 2012 at 5:27 pm

    Masalahnya, tidak semua pelabur mempunyai simpanan sebanyak RM10,000 sekaligus. Jadi cara melabur yang lebih ideal adalah dengan menyimpan secara beransur-ansur. Dengan formula yang sama, pelabur yang menyimpan sebanyak RM200 sebulan selama 20 tahun akan memperolehi pulangan sebanyak RM109,828 (termasuk modal simpanan RM200 x 240 bulan = 48,000)

    saya cuba untuk mengira RM 109,828. tetapi mengapa x dapat ye? mohon admin dapat ajar. TQ

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: