Utama > ASB, Hartanah > ASB Loan vs Hartanah

ASB Loan vs Hartanah

Pelaburan melalui ASB loan dan hartanah mempunyai beberapa persamaan:

1. Kedua-dua pinjaman mempunyai ciri serupa iaitu dikira menggunakan kaedah pengurangan prinsipal (principal reducing loan).

2. Kadar faedah pinjaman dipengaruhi oleh kadar BLR semasa yang ditentukan oleh Bank Negara.

3. Kedua-duanya menghasilkan pendapatan pasif yang boleh digunakan untuk membayar bayaran bulanan.

Jadi yang pelaburan yang mana satu lebih baik. Anda perlu membuat perbandingan berikut:

1. ASB loan hanya memberi anda dividen setahun sekali. Hartanah pula memberi pulangan setiap bulan dalam bentuk bayaran sewa.

2. Sijil ASB tidak akan naik, tetap pada nilai asal selepas 25 tahun, maksimum 200K. Nilai hartanah akan naik, paling kurang 500K (untuk hartanah bernilai 200K pada masa kini) selepas 25 tahun.

3. Pelaburan melalui loan ASB tidak memerlukan banyak pengurusan, perlu bayar tahun pertama sahaja (mungkin perlu tambah sedikit jika dividen tidak cukup menampung bayaran 12 bulan), dan penat menunggu sahaja. Hartanah memerlukan kemahiran dalam aspek pengurusan, kewangan dan sosial. ASB loan boleh dijadikan pelaburan autopilot kerana perlu tunggu dan duduk diam sahaja, hartanah pula perlukan pengurusan minimal sebulan sekali untuk pungut sewa dan setiap kali bertukar penyewa.

4. Kos asb loan terlalu minimal, hanya perlu bayar duti setem RM10 hingga RM100. Kos permulaan hartanah pula boleh mencecah RM30K bergantung kepada nilai hartanah. Untuk hartanah bernilai 200K, perlu deposit 20K (walaupun ada pakej dan teknik yang membolehkan anda membeli hartanah dengan tanpa deposit spt pinjaman kerajaan, GLC, dan pakej khas drp developer), tapi anda masih perlu membayar duti setem dan yuran guaman.

5. ASB loan tidak ada kos bulanan, kerosakan dan pembaikan (kos takaful sangat minimal RM10 – RM30). Anda perlu menyediakan tabung khas untuk pelaburan hartanah bagi menampung kos pembaikan, cukai dan sebagainya, selain kos takaful kebakaran dan hartanah (RM200 – 500 setahun bergantung kepada nilai hartanah).

6. Maksimum ASB loan 200K. Tidak ada had maksimum untuk hartanah selagi anda layak, walaupun hartanah ke-3 anda layak meminjam sehingga 70% sahaja untuk hartanah kediaman.

7. Kadar dividen ASB ditentukan oleh pengurus dana (sekitar 7 – 8% sahaja). Kadar sewa boleh ditentukan sesuka hati dan bergantung kepada pasaran supply and demand.

Secara ringkas, pelaburan melalui asb loan lebih mudah dan tidak memerlukan kos permulaan dan kos penjagaan yang tinggi. Dari segi pulangan, potensi pelaburan hartanah lebih tinggi walaupun memerlukan pengurusan, kemahiran dan kos yang lebih banyak. ASB loan sangat sesuai bagi mereka yang baru ingin memulakan pelaburan. Hartanah pula lebih sesuai untuk pelabur senior yang telah pun mencapai had maksimum ASB.

Kategori:ASB, Hartanah
  1. 11 April 2011 at 2:07 pm

    start dengan yg simple..pastu baru yg advance.

  2. Abdul Mutalib
    13 April 2011 at 11:02 pm

    Pada saya, jika diberi peluang, buat simpanan di Public Mutual lebih baik… Akan tetapi, untuk mencari modal itu, saya memilih hartanah sebagai sumber kewangan sampingan saya.

  3. hehe...
    28 September 2011 at 3:54 pm

    mulakan dengan memenuhi akaun asb dulu, kemudian ceburi pula bidang hartanah..pasti tak menyesal….

    • upin dan ipin
      28 September 2011 at 8:08 pm

      betul betul betul, asb adalah pelaburan yang terbaik tempat pertama untuk buat duit sebab tak ada risiko, bila ada kelebihan duit tu ceburilah bidang hartanah tapi perlu banyak capital, klu invest duit ke emas…perlu beli syampoo penyubur rambut sebab takut kalau emas jatuh pasti botak hehehehe……

  4. starxoxo
    9 Januari 2013 at 12:53 am

    salam, saya ada buat loan 100k bermula januari 2012, dan saya update asb saya baru2 ini untuk lihat dividendan bonus. apa yang saya pelik, kenapa dividen saya xsama seperti yang digembar-gemburkan, hanya rm 123 sahaja. saya ingatkan dlm rm6k. boleh beri penjelasan x? terima kasih

    • mr nub
      29 April 2013 at 11:02 am

      ia bergantung pada tarikh yang kita mula invest dlm tahun itu. contohnya investment sllunya akn dttup pd akhir thun, jika kita mula invest pd bln 10 it mean investment period happen dlm ms dua bulan sahaja. untuk melihat hsil 1 sthun investment, kne tggu thun depan. *dinasihatkan utk memahami konsep investment agr tdk ditipu mane2 pihak.do more reading on it rather than simply believe what people said.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen