Utama > Hartanah > Keuntungan Hartanah 400% (4 Tahun)

Keuntungan Hartanah 400% (4 Tahun)

Pelaburan hartanah adalah antara pelaburan yang sangat lumayan, dan risiko sangat rendah. Dalam post kali ini saya ingin berkongsi pengalaman membeli dan menjual hartanah.

Bagi hartanah kediaman, terdapat 2 jenis utama iaitu (1) rumah teres, dan (2) apartmen/condo. Secara umum, rumah teres lebih mahal, tapi lebih cepat naik harga, kadar sewa pula lebih rendah. Apartmen pula, lebih murah, tapi kadar sewa lebih tinggi, kenaikan harga pula agak lambat.

Hartanah teres memang agak mahal, terutamanya 2 tingkat. Pada hujung tahun 2006, saya berpeluang membeli rumah teres 2 tingkat pada harga 230K. Hujung tahun lepas (2010) saya telah berjaya menjualnya pada harga 300K. Mari kira berapakah keuntungannya.

Harga hartanah: 230K
Harga jualan: 300K
Untung jualan: 300K – 230K = 70K
Modal: 7K (renovation) + 5K (guaman dan lain-lain) = 12K
Ansuran bulanan: RM1300
Sewa bulanan: RM1000
Top up bulanan: (RM1300 – 1000) x 48 = RM14.4K
Equity gain: 37K

Jumlah Modal: 12K + 14.4K = 26.4K
Jumlah Untung: 70K + 37K = 107K

Peratus pulangan = (107/26.4 – 1) x 100% = 400%

Sangat lumayan untuk pelaburan selama 4 tahun. Risiko pelaburan hartanah sebenarnya sangat rendah. Untuk contoh di atas, jika hartanah tersebut hanya disewakan pada kadar RM500 sebulan, keuntungan masih berganda iaitu 112%.

Kategori:Hartanah
  1. AG
    12 April 2011 at 11:08 am

    Bang , camne kira equiti gain tu???

  2. Abdul Mutalib
    13 April 2011 at 11:28 pm

    Saya sokong!!! Bidang haratanah merupakan bidang yang amat menguntungkan hanya dengan bermodalkan atas angin pun boloeh kita jana pendapatan serta pelaburan kita demi masa depan kita.

  3. amir
    27 Oktober 2011 at 4:55 pm

    Bagaimana nak beli saham hartanah? dan dimana?

  4. mohd razali
    16 Januari 2012 at 12:54 am

    saya ingin menjual tanah tapak bunglo area ampang….harga sekitar rm1.2j +/-…sangat menarik kerana di atas tanah tersebut telah membina rangka banglo yg hampir siap anggaran 30% saja yg tinggal untuk di siap kan….untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya 012 389 2256…(zalie)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: