Utama > Hartanah, Unit Amanah > Dividen AHB 2.17 sen untuk Mac 2011

Dividen AHB 2.17 sen untuk Mac 2011

Dividen AHB yang pertama 2.17 sen untuk kewangan berakhir 31 Mac 2011. Ini untuk tempoh 4 bulan. Bersamaan 6.65% untuk kiraan setahun (compounded).

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), unit Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, mengumumkan agihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera Unit Trust Fund (AHB) bagi tempoh kira-kira empat bulan yang berakhir pada 31 Mac, 2011.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mayban Investment Management Sdn Bhd (MIM), Nor’ Azamin Salleh berkata agihan pendapatan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM19 juta.

“Agihan pendapatan yang dikecualikan cukai akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit Isnin depan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Tahun kewangan AHB berakhir pada 30 Sept. Agihan pendapatannya, jika ada, akan dibuat atas dasar enam bulan bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac dan 30 Sept setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan/CEO PHB Datuk Kamalul Arifin Othman berkata daripada 60,000 pemegang unit AHB, hampir 40,000 merupakan pelabur kecil yang melabur antara RM500 dan RM1,000.

“Ini menunjukkan dana ini diterima baik oleh kumpulan Bumiputera pendapatan rendah hingga sederhana yang seiring dengan objektif PHB untuk mencapai rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Kategori:Hartanah, Unit Amanah
  1. 26 April 2011 at 2:44 pm

    dividen lgi..

  2. pakzul
    27 April 2011 at 5:33 am

    sket sangat … so kalu 4 bulan 2.5%
    kalau setahun = 3 x 2.5 = 6.5%

    ok ke??

  3. zidat
    16 Ogos 2011 at 11:10 am

    mcm mne nk melabur ni?ade mse2 die ke? atau bile2 mase je bleh?

  4. 9 September 2011 at 11:06 am

    Tahun kewangan AHB berakhir pada 30 Sept. Agihan pendapatannya, JIKA ADA, akan dibuat atas dasar enam bulan bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac dan 30 Sept setiap tahun.

    apa maksud JIKA ADA???

    adakah dividen akan diberikan selepas enam bulan berikut selepas dividen pertama diberikan atau satu tahun akan datang?

  5. siti aisyah
    28 Oktober 2011 at 11:12 am

    berdasarkan apa yg dikatakan oleh Pakar pelaburan kepada saya, AHB boleh dikatakan pelaburan harta tanah yg menguntungkan bg bumiputera,is sepertimana REIT,cuma ia tidak didagangkan dipasaran, dan pada pendapat saya ia selamat walaupun kadar pulangan nya adalah 6%+,(tidak setinggi REIT),namun ia Selamat. Ramai kaum bukan bumiputera mahu memiliki AHB, jd kita yg bumiputera ini digalakkan ada AHB,sbb Pakar Pelaburan itu kata pada saya ” once you have AHB, it Just like you are the property millionnaire” =)
    -sekadar berkongsi…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: