Utama > Hartanah, Unit Amanah > Dividen ASB 2.17 sen untuk Mac 2011

Dividen ASB 2.17 sen untuk Mac 2011

Dividen AHB yang pertama 2.17 sen untuk kewangan berakhir 31 Mac 2011. Ini untuk tempoh 4 bulan. Bersamaan 6.65% untuk kiraan setahun (compounded).

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) — Pelaburan Hartanah Bhd (PHB), unit Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, mengumumkan agihan pendapatan pertamanya sebanyak 2.17 sen seunit bagi Amanah Hartanah Bumiputera Unit Trust Fund (AHB) bagi tempoh kira-kira empat bulan yang berakhir pada 31 Mac, 2011.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mayban Investment Management Sdn Bhd (MIM), Nor’ Azamin Salleh berkata agihan pendapatan itu melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM19 juta.

“Agihan pendapatan yang dikecualikan cukai akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit Isnin depan,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Tahun kewangan AHB berakhir pada 30 Sept. Agihan pendapatannya, jika ada, akan dibuat atas dasar enam bulan bagi tempoh yang berakhir pada 31 Mac dan 30 Sept setiap tahun.

Sementara itu, Pengarah Urusan/CEO PHB Datuk Kamalul Arifin Othman berkata daripada 60,000 pemegang unit AHB, hampir 40,000 merupakan pelabur kecil yang melabur antara RM500 dan RM1,000.

“Ini menunjukkan dana ini diterima baik oleh kumpulan Bumiputera pendapatan rendah hingga sederhana yang seiring dengan objektif PHB untuk mencapai rakyat secara keseluruhan,” katanya.

Kategori:Hartanah, Unit Amanah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: