Utama > Pelaburan > Mari Lantik Penama KWSP

Mari Lantik Penama KWSP

Kempen Iklan KWSP Berjaya Tarik Lebih Ramai Ahli Buat Penamaan

Lebih ramai ahli telah menyahut seruan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar membuat penamaan terhadap simpanan KWSP mereka semasa kempen penamaan melalui media pada Disember tahun lalu.

Bilangan penamaan yang diterima pada Disember meningkat kepada 36,881 berbanding purata 26,000 penamaan baru diterima daripada ahli setiap bulan sepanjang 2010. Setakat 31 Disember 2010 bilangan ahli yang telah membuat penamaan ialah 4.80 juta, bertambah  24 peratus daripada 3.86 juta ahli pada tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Encik Nik Affendi Jaafar berkata, “Peningkatan dalam bilangan penamaan yang diterima menunjukkan kesan positif kempen pengiklanan yang dijalankan bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan ahli mengenai kepentingan melindungi hak orang yang tersayang.

“KWSP akan terus menggalakkan ahli untuk membuat penamaan atau mengemaskini penamaan mereka  dengan  segera, terutamanya kepada ahli yang mempunyai sekurang-kurangnya RM3,000 dalam simpanan KWSP mereka. Jumlah ini cukup besar untuk disalurkan kepada tanggungan mereka  dan dengan membuat penamaan akan memastikan simpanan ahli dibayar kepada penama dengan segera.”

Kempen kesedaran ini melibatkan penyiaran iklan  KWSP dalam radio dan akhbar dari 13 Disember hingga 26 Disember 2010 bagi mengingatkan ahli supaya membuat dan mengemaskini penamaan KWSP mereka. Kempen penamaan ini turut disokong dengan promosi  yang dibuat melalui kaunter-kaunter perkhidmatan dan Pusat Panggilan KWSP.

“Membuat penamaan hanya memakan masa beberapa minit, ahli hanya perlu mengisi Borang KWSP 4 dan menyerahkannya kepada cawangan KWSP yang terdekat. Kegagalan untuk berbuat demikian akan memberikan kesan mendalam terhadap kehidupan  orang tersayang  dan tanggungan mereka,”  kata Nik Affendi.

Tanpa penamaan akan menyebabkan keluarga atau waris ahli yang meninggal dunia melalui proses sukar dan memakan masa untuk menuntut simpanan ahli. Mereka perlu mengemukakan dokumen seperti Surat Kuasa Mentadbir, Surat Probet atau Perintah Pembahagian dari pihak berkuasa yang berkenaan untuk menyokong permohonan pengeluaran  simpanan  ahli.  Langkah  ini  adalah   perlu     untuk      mencegah    penipuan pengeluaran dan memastikan simpanan persaraan ahli diberikan kepada mereka yang benar-benar berhak. Ahli KWSP juga  dinasihati bahawa penamaan mengatasi  wasiat bertulis.

Bagi ahli beragama Islam, penama bertindak sebagai pentadbir (wasi) yang bertanggungjawab mengagihkan simpanan ahli mengikut Hukum Faraid.

“Dengan membuat penamaan akan memastikan simpanan ahli dapat diagihkan kepada waris yang dinamakan dengan lebih mudah ketika mereka menghadapi musibah dan saat memerlukan,” kata Nik Affendi.

Ahli yang ingin membuat penamaan boleh mendapatkan Borang KWSP 4 dari mana-mana cawangan KWSP atau dimuat turun dari laman web myEPF ini.  Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada cawangan KWSP berdekatan.

Untuk maklumat lanjut, ahli KWSP boleh melayari  ruangan Soalan Lazim di dalam laman web myEPF ini, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.

SUMBER: Laman web rasmi KWSP

Kategori:Pelaburan
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: