Utama > Pelaburan > RHB dan Maybank Naikkan BLR 6.6%

RHB dan Maybank Naikkan BLR 6.6%

Seperti yang dijangkakan, RHB dan Maybank secara rasmi telah menaikkan kadar BLR dan BFR sebanyak 30 basis point iaitu 0.3% bermula hari ini. Maknanya kadar BLR/BFR terbaru adalah 6.6% berbanding 6.3% yang dikenakan sejak Julai 2010. Bagi pelabur yang ada membuat loan asb dan loan rumah, kena bayar lebih sikit bermula awal bulan Jun ini.

Yang baiknya, kenaikan kadar faedah menunjukkan ekonomi semakin kukuh. Bank negara mengambil langkah ini untuk membendung kadar inflasi yang akhir-akhir ini naik dengan begitu cepat.

Kategori:Pelaburan
  1. mysupertopup
    11 Mei 2011 at 3:49 pm

    berapa jumlah yang sy perlu bayar bulan depan ?? sebab sy ada buat loan asb 50k bulan pada bulan ni.. sesiapa tolong beri jawapan

  2. ERAKITA
    11 Mei 2011 at 4:35 pm

    Terimakasih atas makluman ini. Baik untuk persiapan fizikal dan mental

  3. pakzul
    12 Mei 2011 at 7:20 am

    naper naik? apa maksud inflasi? kalu gula, minyak naik, BLR naik … apa kejadahnya nak control inflasi? en zahalee, tolong explain jap

    • zahalee
      12 Mei 2011 at 9:20 am

      Ok..saya nak kongsi sikit tentang hal ekonomi, berdasarkan ilmu ekonomi yg masih terlalu sikit…

      Masa ini semua harga komoditi naik…apakah faktor utama yg menyebabkan harga komoditi seluruh dunia naik…antara faktor yg sukar dielak adalah faktor cuaca yg menyebabkan hasil tanaman kurang menjadi…jadi bila supply kurang, demand tinggi, ekonomi kata harga naik…faktor ke-2, supply minyak kurang atau tergendala sebab negara MENA politik kurang stabil, maka a/bila harga minyak naik, harga barang lain pun naik, sebab majoriti industri memerlukan jentera yg memerlukan minyak utk beroperasi…

      Tapi faktor yg paling menyumbang kpd inflasi dan tidak ramai yg sedar adalah faktor bekalan wang yg semakin banyak di pasaran…apa yg menyebabkan bekalan wang semakin banyak…ini berlaku apabila semakin mudah membuat pinjaman, jadi makin banyaklah wang dicetak…jadi untuk mengawal bekalan wang, kadar BLR dinaikkan supaya bila meminjam perlu bayar lebih, maka tidak ramai yg meminjam…teori ekonomi kata, bila BLR naik, pinjaman makin sukar dan kadar pertambahan bekalan wang perlahan, jadi dapatlah kawal inflasi…

      sekian…

  4. org miskin
    12 Mei 2011 at 8:30 am

    gomen ckp ekonomi naik, so blr pon naik. yg aq pasti nyer, ekonomi aq makin merudum. ape tak nyer, smua bnda naik hrga, gula, gndum, bisku dll. byr pinjaman pon kna byr lbih kt bnk. aq btoi2 x fhm ekonomi negara yg naik tu mksud nyer ekonomi sape. ekonomi negara yg naik lgsung x mguntuung aq n rkyat2 yg brpendapatan rndah yg lain kt negara ini. pak najib n bnk negara lgsung x fikir keadaan ekonomi rkyt, dye hnya pk ekonomi org2 kaye2 jek.waaaaaa..

  5. beruang miskin
    12 Mei 2011 at 9:20 pm

    Macam mana dengan pelaburan ASB ni klu BLR terus naik…mungkin banyak yg nak terminate asb loan sebab tak menguntungkan… Apa pandangan encik zahalee ?

  6. zilaa
    14 Mei 2011 at 12:34 pm

    Bukan sahaja bank RHB dan MAYBANK naikkan BLR 6.6%, bank bank lain juaga sama naikkan BLR 6.6%.

  7. pakzul
    15 Mei 2011 at 2:45 pm

    kesan kenaikan blr akan bebankan rakyat. x perlu cakap ttg loan baru, kita just bincang ttg loan yg sedia ada.

    adakah makin byk rumah kena lelong sebab peminjam x mampu byr loan? asb loan kena terminate? yg pasti kesan akan lebih nampak pada bangsa melayu sendiri.

    adakah ini maksud rakyat didahulukan ? atau dengan lain perkataan, kesan ekonomi akan dirasai rakyat ? dan pencapaian (bank/kerajaan) diutamakan? bila bank dapat untung byk disebabkan kenaikan blr, so cukai pendapatan bank kpd kerajaan pun meningkat.

    diharap ada pihak kerajaan / especially PEMANDU (Dato’ Idris Jala and the gang) yg terbaca mesej dapat berikan maklumbalas.

    • lantoi
      15 Mei 2011 at 8:01 pm

      Botoi tuh… BLR naik akan menyebabkan loan sedia ader makin mahal. TAPI ini aderlah berita baik tapi anda digalakkan utk mengesahkan sendiri dgn Maybank ha ha..

      Jeng jeng apatuh ye… Kalau you all pinjam asb loan dgn atau loan rumah dgn bank selain bank terbesar di negara kita ini secara conventional maka anda akan terikat dgn lock in period yg boleh membahayakan anda semua….. TAPI anda support perbankan Islam mcm ASB loan ni inilah barakahye check ye dgn Maybank

      loan asb , rumah yang telah sedia ada dan bakal anda buat secara Islamic Loan maka LOCK IN PERIOD dah dimansuhkan with immediate effect. Amacam meh support Bank rimau dan product ASB loan Islamic. Rasenye anda tahu ASB loan Islamic ni pun ade capping … ok semoga dapat manfaat bersama

  8. 11 September 2011 at 11:14 am

    bg saya bila BLR naik akan membebankan rakyat…..kalau gov x mmpu bg bonus,jgn bg bonus dan kesannya kepada rakyat…. bila wang ada bnyk dlm pasaran maka kebocoran aliran tunai akan berlaku…..maka mcm2 lah gov nk buat,wujudkan cukailah,bnm umum blr naiklah,dan mcm2 lg…. apadaaaa pikirlah tntng rakyat….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: