Utama > Saham, Unit Amanah > Prestasi PBIEF 2011 (Sehingga 8 Ogos)

Prestasi PBIEF 2011 (Sehingga 8 Ogos)

Prestasi PBIEF untuk 2011 agak cemerlang dan mencapai harga kemuncak pada 8 Julai dengan pulangan sebanyak 7.7%, tapi mula menjunam sejak seminggu yang lepas.

Sehingga 8 Ogos, pulangan PBIEF adalah -1.18%. Bagi pelabur yg mahir dengan teknik timing UT, anda pasti telah menjualnya pada 8 Julai lepas, atau paling lewat pun minggu lepas (terlalu banyak indicator sell ditunjukkanm minggu lepas) dan masih dapat mengekalkan pulangan sekitar 7%. Saya sendiri agak bernasib baik kali ini, kerana telah switch semua unit PBIEF ke dana cash pada 8 Julai lepas, dan kekal sehingga ke hari ini dengan pulangan sebanyak 7.9%.

Hari ini, 9 Ogos, pada sesi pagi indeks KLCI terus menjunam -4% ekoran kejatuhan Dow sebanyak 634 mata pada malam tadi. Indeks KLCI pulih sedikit pada sesi petang, tapi harga PBIEF pasti akan jatuh lagi hari ini. Harga terkini hanya akan diperolehi esok pagi sekitar 11am.

Pada penutup sesi petang tadi, indeks KLCI telah pulih dan telah menunjukkan hammer. Jika Dow pulih malam ini, kemungkinan besar esok KLCI akan berlaku reversal. Dan jika itu berlaku, saya mungkin akan switch semula ke dana ekuiti, tapi ini strategi untuk short term sahaja, kerana saya menjangkakan bear akan menguasai pasaran buat jangka waktu yg agak panjang sedikit. Sama-sama kita tunggu.

Apapun bersedialah untuk melabur kerana peluang yang saya nantikan ini akhirnya muncul juga. Saya telah menjangkakan krisis ini sejak September 2010, tapi hanya berlaku selepas hampir setahun. Sebab itu, bagi pembaca setia blog ini, anda pasti terbaca dengan saranan saya untuk tidak mendekati pasaran saham dan jangan membeli UT tahun ini, dan hanya perlu menunggu masa yg sesuai.

Kategori:Saham, Unit Amanah
  1. Norah
    10 Ogos 2011 at 3:07 pm

    Hi ! I just found this very usefull blog.
    Thanks for creating such a beneficial blog.

    Alamak,ini out of topic posting ini, tapi saya ada kemusykilan mengenai ASB.
    Di harap encik boleh beri pendapat.

    Saya bergaji boleh lah di katakan agak tinggi (15K sebulan,komitment around 7K..ini termasuk segala mak nenek kecik2x dan besar2x..hantar kampung,loan umah kete insuran bla bla bla etc).
    Berkat saya menyimpan selama ini(dedulu gaji masih kecil ) ,so simpan sikit2x ,kdg korek balik ), sekarang ASB saya sudah hampir penuh.Now, adalah dalam 230K (cash dalam buku).By end of year ,saya jangka ia akan penuhlah kan..nak nak pulak,insyallah akhir tahun ini dapat dividen.kalau dpt dalam 7-*% pon alhamdullilah kan.

    So, setelah ASB saya penuh,apa perlu saya buat dengan duit gaji saya??(TIDAK berminat dalam hartanah,ada pengalaman buruk di mana beli hartanah yg tidak menguntungkan .. ,sampai la nih tanggung hutang dekat rm1000 every month!tapi saya reda jerlah,bayar jerlah tiap2x bulan…sedih mmg sedih tapi benda dah jadi.mungkin hikmahnya,dek kerana hutang banyak saya bekerja lebih keras dapatkan better job/salary..agak nya lahhkann..puas dah saya fikir,apalah hikmah di sebalik kesilapan saya ini.so now dah malas nak fikir,bayor jer lah…)

    So now, since SB dah penuh, dan duit gaji masih ada balance ,saya plan masih nak menyimpan atleast 5K as usual,tapi nak masuk buku ASB dah tak boleh lah kan.
    Apa stratergy yg boleh saya lakukan untuk maximize kan pelaburan/money make money saya ini?Adakah dengan keluarkan semua ASB dalam buku dan pindahkan kesemuanya ke dalam dalam ASN or ASW ..and after that ,buat loan ASB 250K, adalah tindakan yg bijak?
    so…logically, saya capai 500K dgn lebih cepat dari menyimpan saban bulan..bijakkah ini atau merugikan dividen asb ?

    harap encik boleh berikan pendapat…
    btw, saya umur 35..

    target saya, nak retired from a stressing job/or 8-5 job by age 40..errr..lagi 5 tahun..( lepas tuh nak keje biasa2x jer../part time ikut suka …now keje IT dgn bank..stress sikit !!!!.)

    sekian terima kasih..

    harap encik boleh berikan buah fikiran.thanks in advance..

    Julia

    • zahalee
      10 Ogos 2011 at 5:30 pm

      Ada 2 alternatif:

      1. Pergi seminar hartanah Azizi Ali, dan cuba dapatkan ilmu pelaburan hartanah sebaik mungkin. Kemudian barulah buat keputusan sama ada anda mampu utk melabur dalam hartanah atau tidak. Saya juga galakkan sdr untuk enroll dalam program inner circle Azizi Ali. Saya percaya dgn bimbingan beliau secara langsung pasti memberi pulangan yg sangat baik.

      2. Kalau cara 1 memang tidak sesuai utk sdr, saya cadangkan pindahkan semua duit asb ke dlm asw. Kemudian buat loan asb maksimum 230K. Lepas tu kalau masih ada baki, simpan sajalah dalam ASW. Kalau ASW penuh, letak dalam ASM atau AS1M. Tapi jangan letak dalam ASN, sebab harga unit ASN akan turun naik mengikut harga pasaran saham, dan amat merbahaya bagi mereka yg tidak mahir dalam selok belok stock market.

      Yang paling penting, melabur untuk menambah ilmu kewangan. Harap dapat membantu.

  2. julia
    11 Ogos 2011 at 7:48 am

    terima kasih encik atas pandangan anda dan juga nasihat..Thanks !

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen