Utama > Unit Amanah > Prestasi Public Ittikal 2011 (Sehingga 15 Ogos)

Prestasi Public Ittikal 2011 (Sehingga 15 Ogos)

Nampak gayanya, prestasi UT pada tahun ini agak merudum. Dana Public Ittikal yang merupakan antara dana yang paling stabil dgn rekod melebihi 10 tahun tidak terkecuali, sehingga kini memberi pulangan negatif iaitu -0.66%.

Prestasi ini pastinya tidak akan mampu menandingi ASB untuk tahun ini, apatah lagi pulangan loan asb yang kemungkinan besar sekali lagi akan melebihi 30% untuk tahun 2011 ini. Kecuali bagi pelabur yang mahir dgn teknik switching, mungkin pulangannya adalah lebih baik.

Sebab itu, sejak awal tahun lagi saya telah menasihatkan pelabur junior agar menjauhi UT untuk tahun 2011 ini, kerana risiko terlalu tinggi. Lebih baik apply loan asb atau simpan saja dalam asb. Bagi pelabur veteran, mereka mungkin telah mahir dgn teknik switching dan mungkin bernasib baik dapat mengelak kejatuhan pasaran saham sejak awal bulan Ogos ini. Saya sendiri agak bernasib baik dan masih mampu mengekalkan pulangan sebanyak 9.2% setakat ini melalui skim pelaburan kwsp dalam dana PBIEF. Itupun disebabkan saya ada kemahiran sedikit dalam teknik switching dan timing UT.

Tahun ini saya target pulangan 12%, tapi mungkin agak sukar dicapai, melainkan keajaiban berlaku iaitu ekonomi dunia kembali pulih sekelip mata. Apapun masih ada bulan September hingga Disember untuk mendapatkan 3% lagi, mungkin perlu perbaiki lagi teknik timing.

Untuk transaki terkini, saya telah switch ke dana PBIEF pada 10 Ogos lepas, tapi telah menjualnya semula petang tadi (16 Ogos sebelum pukul 4pm) kerana saya yakin indeks DJIA akan jatuh malam ini dan seterusnya akan memberi kesan kepada indeks KLCI esok hari.

Sebenarnya saya telah miss satu peluang switching ke dana PBIEF pada 20 Julai w/pun dalam blog ini saya sendiri ada menyarankan untuk membeli UT ekuiti pada tarikh tersebut. Dana PBIEF telah naik sebanyak 1% hanya dalam masa 3 hari pada waktu itu. Tapi saya agak kurang yakin sebenarnya pada ketika itu, dan telah miss untuk buat untung sekitar RM250 hanya dalam masa 3 hari.

Selamat melabur!

Kategori:Unit Amanah
  1. zul
    17 Ogos 2011 at 5:03 pm

    Baru2 ini Public Mutual mengenakan fee baru untuk switching. Lebih menyakitkan hati bila switching dari equity ke money market adalah free tetapi switching kembali dari money market ke equity dikenakan service charge 5.5% dari total amount + RM50 jika tempoh matang switching tidak sampai 90 hari. Tidakkan keuntungan asal dana equity en. zahalee berkurangan? dan bertambah kurang jika kerap switching?

    • zahalee
      17 Ogos 2011 at 11:03 pm

      Persoalan yg sangat menarik…saya akan ulas lebih lanjut perkara ini dalam post akan datang…tunggu…kerana saya ada strategi tersendiri untuk mengurangkan kos switching berdasarkan fee terbaru yg dikenakan oleh PM…fee baru ni memang agak merimaskan, tapi kita perlu mengatasinya…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: