Utama > Unit Amanah > Strategi Mengurangkan Kos Switching Unit Trust

Strategi Mengurangkan Kos Switching Unit Trust

Baru-baru ini, Public Mutual mengenakan struktur fee yang baru untuk transaksi switching. Berikut adalah petikan syarat fee baru yg dipetik drp laman online Public Mutual:

Terms and Conditions of Switching

  • Switching of units is considered a withdrawal/redemption of investment from a fund and an application to purchase units of another fund.
  • Switching of low-load units of bond/money market funds into equity and balanced funds will be subject to service charge.
  • Switching of loaded units may incur switching fee (of up to 0.75%) which is deductible from the redemption proceeds. The net proceeds will be processed into the “switch to” accounts based on the NAV per unit at the close of the business day:
    For switching request made within 90 days of the date of purchase of units/switching into the fund, a switching fee of:
    – 0.75% or minimum RM50 per transaction will be deducted from the redemption proceeds for switching from equity/balanced funds.
    – 0.25% or minimum RM50 per transaction will be deducted from the redemption proceeds for switching from bond funds.
    – RM50 per transaction will be deducted from the redemption proceeds for switching from money market funds.
    For switching request made after 90 days of the date of purchase of units/switching into the fund, a switching fee of RM25 per transaction will be deducted from the redemption proceeds.
  • For Mutual Gold & Elite Members, the 18 and 30 switching entitlements valued at RM25.00 each can be used to offset switching fees incurred. For eg; if the switching fee incurred is RM75.00, a switching entitlement of RM25.00 can be used to offset the switching fee, thereby unitholder only incurs RM50.00 on this switching transaction.
  • Switching transacted before 4:00 pm on any business day will be processed based on the closing NAV per unit of the same business day whilst switching transacted after 4:00 pm on any business day will be processed based on NAV per unit of the next business day.

Persoalannya sekarang, apakah yg pelabur perlu buat dgn struktur fee baru oleh PM ini? Mudah saja, selepas ini saya akan jual semua unit trust dalam Public Mutual dan pindahkan kepada pengurus dana lain yg tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk switching. Saya nasihatkan para pelabur untuk mengelak daripada membeli sebarang dana yang diurus oleh Public Mutual kerana caj switching yg tidak munasabah ini.

Sebenarnya masih ada pengurus dana tidak mengenakan caj switching dan kalau pun ada sangat minimal iaitu RM25 sahaja. Apakah salah satu pengurus dana tersebut? Saya akan umumkan nanti. Mulai hari ini saya tidak akan rekomen sebarang dana yg diurus oleh Public Mutual atas dua sebab utama iaitu 1) Caj switching yang tidak munasabah, dan 2) prestasi dana yang tidak cemerlang walaupun kos yang agak tinggi.

Di sini saya ingin kongsikan snapshot transaksi terkini yang dikenakan caj sebanyak RM185 (0.75%) untuk transaksi switching. Akibatnya, keuntungan saya telah berkurang yg sepatutnya RM387, hanya dapat untung RM202. Sedangkan keuntungan ini adalah hasil kemahiran saya sendiri dgn teknik switching. Public Mutual telah mengenakan caj 50% hasil daripada keuntungan tersebut, sangat tidak adil.

Kesimpulannya, JANGAN BELI UNIT TRUST DARIPADA PUBLIC MUTUAL, kerana masih ada pengurus dana lain yg lebih cemerlang prestasinya dan hanya mengenakan caj transaksi yang minimal (malah ada kos switching yg percuma), serta kemudahan transaksi secara online.

KEMASKINI (18/8/11 5.10PM):

Petang tadi tepat 1:18PM secara rasminya saya tidak lagi memegang sebarang unit dalam dana yang diurus oleh Public Mutual. Kesemuanya saya telah jual kerana agak kecewa dan tidak puashati dengan struktur baru fee yang dikenakan untuk transaksi switch. Walaupun rugi kerana selepas ini terpaksa membayar semula caj 3% untuk membeli unit daripada fund house yg lain, tapi untuk jangkamasa panjang, ia adalah keputusan yg terbaik. Pengeluaran skim pelaburan KWSP yg akan datang hanya dapat dilakukan pada awal September. KLCI pula sehingga penutup tadi telah jatuh sedikit dan tidak banyak pergerakan. Ini menunjukkan tanda-tanda ia akan jatuh dalam masa beberapa hari lagi. Kepada pelabur yang masih belum menjual atau switch, anda masih ada masa untuk bertindak sebelum ia benar-benar jatuh lebih teruk lagi. Saya pula sedang bersedia dgn strategi untuk menempuh tempoh bear ini. Sebenarnya, tempoh bear adalah masa terbaik untuk melabur tapi perlu melakukannya dgn betul untuk memperolehi profit yg paling maksimum.

Kategori:Unit Amanah
  1. zul
    22 Ogos 2011 at 11:32 am

    zul followwww… harap sangat dapat info pasal strategi ni sbb saya pon dah bengang dan sedih dengan Public Mutual punya new fee… Dah kaya nak lebih kaya…

  2. 19 Disember 2011 at 7:27 pm

    uh uh.. baru perasan topik ni.. mahal betul kos switching yang dikenakan. haritu saya dengar dalam RM20 je..

    saya ada melabur dalam public mutual tapi tak banyak la. kalau saya nk keluarkan duit, agaknya di mana patut saya laburkan duit saya tu? ASB atau unit trust lain?

  3. 15 Mei 2012 at 1:19 pm

    beratnya kos switching

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: