Arkib

Archive for September 2011

KLCI Naik Semula Hampir Mencecah Paras 1400

30 September 2011 1 komen

Hari masuk hari ke-4, KLCI terus naik, dan kini kembali menghampiri paras 1400. Apakah yg perlu anda buat? Bagi mereka yg tidak sempat, ini masa untuk menjual atau switch ke dana bond/money market. Risiko adalah amat besar ketika ini untuk KLCI kembali ke paras 1350. Sama-sama kita tunggu.

Emas pula agak stabil pada paras USD1600. Harga runcit emas pula telah turun sebanyak 2x, kini harga emas 999 RM200 dan 916 RM189. Akan shopping emas minggu ke-2 Oktober nanti.

Advertisements
Kategori:Emas, Saham, Unit Amanah

KLCI Sedang Menuju Paras 1300

27 September 2011 3 comments

Tidak banyak yang boleh diperkatakan kini. Risiko KLCI jatuh ke paras 1300 adalah amat nyata, malah ia boleh turun ke paras 1280. Tidak mustahil untuk jatuh ke paras 900 atau 1000, iaitu kembali semula ke paras awal tahun 2009.

Lihat saja graf di bawah:

Ketika ini semua aset jatuh, termasuklah emas. Hanya satu yg masih kekal dan sedang terus naik iaitu harga hartanah.

Kategori:Saham

Peluang Membeli Jongkong Emas

26 September 2011 2 comments

Buat pertama kalinya, harga spot emas jatuh ke paras USD1630 untuk tempoh 30 hari, selepas mencapai harga tertinggi USD1920 pada awal bulan ini. Ini bermakna, harga emas telah jatuh sebanyak -17.8% kini daripada harga tertinggi. Sudah tentunya ini memberi peluang kepada mereka yg masih belum sempat membeli emas. Bagi mereka yg sudah membeli emas, ini adalah peluang untuk menambah stok emas masing-masing.

Masalahnya, di Malaysia harga emas yg dipaparkan di kedai-kedai emas untuk minggu lepas masih pada paras harga lama. Malah harga emas untuk gold deposit account juga masih tidak turun dgn ketara. Hanya emas fizikal yg dijual oleh Public Gold yg berubah mengikut harga pasaran semasa (tapi emas jongkong yg dikeluarkan oleh Public Gold tidak laku di Arrahnu Bank Rakyat). Jadi saya masih prefer emas jongkong yg dijual di Tomei dan Pohkong. Masih mengharap harga runcit emas akan jatuh minggu ini atau minggu depan.

Saya masih agak positif, penurunan harga emas sekarang bersifat sementara. Support pada paras USD1600 masih nampak kukuh. Tambahan pula faktor kenaikan harga emas masih relevan, iaitu hilangnya keyakinan pelabur terhadap ekonomi US dan mata wang dollar. Target harga USD2300 masih boleh dicapai untuk 6 bulan akan datang.

Ekonomi US pula dijangka akan kembali pulih, cuma tidak pasti bila. Tapi saya tetap yakin, kerana belum ada negara dalam dunia yg mampu menandingi tahap teknologi, inovasi dan keusahawanan US. Jadi sediakan juga cash untuk dilabur dalam dana UT atau di pasaran saham, tapi perlu bersabar kerana mungkin pasaran bear akan melanda ekonomi dunia pada jangka waktu yg agak panjang sedikit berbanding recovery pada tahun 2008.

Kategori:Emas

Dividen AS1M 2011 6.5 sen

23 September 2011 Tinggalkan komen

ASNB baru saja mengumumkan dividen bagi dana AS1M untuk tahun kewangan berakhir 30 September 2011 iaitu sebanyak 6.5 sen seunit. Kadar 6.5% ini terlalu baik berbanding pelaburan UT yg lain ketika pasaran saham yang sangat merudum ketika ini.

Berita penuh di bawah:

AMANAH SAHAM Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan 6.50 sen seunit kepada 270,598 pemegang unit Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2011.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata ia adalah peningkatan 0.12 sen seunit berbanding 6.38 sen seunit tahun lalu dan membabitkan pembayaran berjumlah RM311.27 juta, peningkatan 53.32 peratus daripada RM203.02 juta.

“Pengagihan pendapatan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun pelaburan pemegang unit pada 1 Oktober ini,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan AS1M itu di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Ahmad Sarji berkata, walaupun berdepan keadaan ekonomi tidak menentu, PNB masih dapat mengekalkan strategi portfolionya.

Katanya, sehingga 20 September 2011, tabung AS1M memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM405.67 juta dengan keuntungan jualan saham menyum-bang sebanyak RM205.99 juta atau 50.78 peratus.

Kategori:Unit Amanah

KLCI Mesti Jatuh ke Paras 1350

23 September 2011 4 comments

Untuk masa terdekat, KLCI mesti jatuh ke paras support 1350 sebelum rebound. Pagi ni, KLCI terus jatuh ke paras 1370, susulan kejatuhan Dow dan pasaran serantau. Tidak ada pilihan lain buat masa ini, KLCI sudah pasti akan jatuh lagi 20 mata ke paras 1350.

Perhatikan, harga spot emas juga jatuh ke paras USD1750 seauns drp harga tertinggi USD1900, iaitu jatuh sebanyak -8.6%. Sediakan cash anda untuk dilaburkan ke dalam emas.

Kategori:Saham

Prestasi Bursa Malaysia Terkini -7.46%

22 September 2011 4 comments

Graf di bawah menunjukkan prestasi indeks KLCI tahun ini, 3 Jan 2011 hingga 21 Sep 2011. Ia mengalami kejatuhan sebanyak -7.46%. Untuk tempoh yg sama dana bond As-Saad mengalami kenaikan sebanyak 3.75%. Adakah sekarang masa yg sesuai untuk mula membeli dana UT? Saya masih agak positif, indeks KLCI akan jatuh lagi dan ini memberi peluang kepada anda untuk membeli UT pada harga yg lebih murah.

Yang penting buat masa ini, kumpulkan cash dan bersedia untuk melabur pada bila-bila masa. Ketika ini, tumpukan pelaburan kepada emas dan ASB adalah alternatif yg lebih baik, kerana risiko yang rendah buat masa ini.

Indeks KLCI kini berada pada paras support 1420, ia ada kemungkinan positif akan mencecah paras 1300. Kalau ia benar-benar mencecah paras 1300, pastinya menyeronokkan kerana anda akan berpeluang untuk membuat untung besar apabila pasaran mula rebound. Cuma kita harapkan prestasi KLCI tidak akan menuruti jejak pasaran saham Jepun yg selepas 20 tahun masih berada pada paras yg sangat menyedihkan, selepas mengalami twin bubble 2 dekad yg lepas. Sama-sama kita tunggu prestasi pasaran saham tahun 2012 nanti.

KEMASKINI: 22/09/11; 3.02PM

Setakat petang ini, indeks KLCI telah jatuh ke paras di bawah 1400 mata. Ini bermakna, arah tuju KLCI tidak ada pilihan selain akan terus jatuh ke paras 1350 dalam masa 1 hingga 2 minggu ini, iaitu kejatuhan sebanyak -3.7%. Selepas itu ia perlu jatuh ke paras 1300, iaitu kejatuhan sebanyak -7.7%. Ia perlu bertahan pada paras 1250 iaitu kejatuhan sebanyak -12% drp paras sekarang 1400 mata, kalau tidak ia akan terus jatuh ke paras 1000 mata. Kesimpulannya, kalau anda belum melakukan switch, perlu bertindak sekarang kerana risiko indeks KLCI akan jatuh ke paras 1350 adalah amat nyata.

Kategori:Unit Amanah

Dilindungi: Lesson From History

21 September 2011 Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.