Utama > Emas > Membeli Emas 916

Membeli Emas 916

Berikut saya kongsikan pengalaman membeli emas 916 (iaitu emas untuk barang kemas). Saya telah mula membeli emas 916 sejak tahun 2007, hasil keuntungan melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Sehingga kini, berat terkumpul hanya 85.83 gram, terlalu sedikit berbanding pakar-pakar pelabur emas dan tokeh-tokeh emas di luar sana.

NO PURCHASE DATE GRAM  PRICE COST WORKMANSHIP RETURN
1 20/07/2007 7.72 $84.00 $648.48 $41.52 144.05%
2 20/10/2007 5.74 $85.00 $487.90 $137.10 141.18%
3 23/10/2007 21.92 $80.15 $1,756.89 $153.11 155.77%
4 26/02/2011 17.22 $157.00 $2,703.54 $101.46 30.57%
5 10/06/2011 4.56 $161.00 $734.00 $62.00 27.33%
6 13/08/2011 28.67 $180.00 $5,161.00 $839.00 13.89%

Perhatikan dalam jadual di atas, pembelian 1,2,3 memberi pulangan melebihi 100% berdasarkan harga emas 916 terkini iaitu RM205 segram (pulangan sebenar mungkin lebih rendah kerana peraih emas akan membeli pada harga RM150 segram sahaja).

Setakat ini, saya masih belum serius melabur dalam emas, memandangkan kepakaran saya adalah dalam bidang hartanah yang memberikan pulangan yg jauh lebih tinggi. Lagipun, tujuan utama saya membeli emas 916 bukanlah untuk pelaburan tapi hanya sebagai perhiasan, tanda kenangan dan penyimpan nilai sahaja. Untuk tujuan pelaburan, emas jongkong 999 adalah lebih sesuai kerana spread harga beli dan jual hanyalah sekitar 4 – 7%. Melabur melalui buku pelaburan emas pula adalah kaedah yang paling mudah dan selamat, cuma agak kurang menyeronokkan.

Kategori:Emas
  1. vincx
    10 September 2011 at 1:34 pm

    hi, saya masih baru dalam bab2 pelaburan emas ni, so nak minta buah fikiran ttg prosedur2 yg perlu dilalui untuk buat pelaburan emas ni…

    u dlm bidang hartanah, so apa cara nak labur hartanah pula….TQ

  2. beruang miskin
    11 September 2011 at 9:26 am

    Ya, betul kata encik zahalee dengan statement tu, saya dah cuba dengan emas ni, mula lah dari ah rahnu, fizikal dan buku pelaburan ..bandingkan dengan ketiga-tiga nya, buku pelaburan yang senang dan selamat cuma yang tak menyenangkan kena pantau setiap hari samaada naik atau pun turun… Walaupaun emas sekarang sedang meningkat naik tapi saya masih ragu2 dengan pelaburan ini sebab takut turun secara mendadak….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: