Utama > ASB, Unit Amanah > Ittikal vs ASB

Ittikal vs ASB

Graf di bawah menunjukkan prestasi Ittikal untuk tempoh bermula Nov 2008 hingga 8 Sep 2011. Pulangan adalah sebanyak 56%. Ini merupakan pulangan yg agak lumayan untuk tempoh 2 tahun, 10 bulan dan 1 minggu.

Graf di bawah pula menunjukkan prestasi Ittikal untuk tempoh bermula Ogos 2009 hingga 8 Sep 2011. Untuk tempoh ini, iaitu 2 tahun 1 bulan 1 minggu,  Ittikal memberi pulangan sebanyak 16%.

Apakah kesimpulan yg boleh diperolehi daripada kedua-dua graf di atas?

1. Hanya pembelian yang dibuat bermula Nov 2008 hingga Jul 2009, memberikan pulangan yang lumayan iaitu minimum 25% dan maksimum 56%.

2. Pembelian yang dibuat selepas Ogos 2009, hanya memberi pulangan maksimum 16%, tapi selepas tolak servis caj 5.5%, pulangan maksimum sebenar hanyalah 10.5% dan tidak mampu mengatasi prestasi ASB. Untuk tempoh yg sama ASB memberikan pulangan maksimum 15%. Maknanya hanya pembelian untuk 9 bulan pertama bermula Nov 2008 hingga Julai 2009 yg memberikan pulangan yg cemerlang. Selepas tempoh tersebut, simpanan melalui ASB memberikan pulangan yg lebih baik.

3. Pembelian yang dibuat bermula Oktober 2010 pula masih mengalami kerugian.

Secara ringkas, sebelum melabur dalam UT, anda perlu ada kemahiran untuk membuat timing entry yg baik, dan perlu membuat analisis pasaran dan ekonomi bagi meningkatkan prestasi pelaburan anda dalam UT. Dalam analisis di atas, untuk tempoh 2 tahun 9 bulan 1 minggu, hanya pembelian pada 9 bulan pertama memberi pulangan yg cemerlang, manakala sebarang pelaburan yg dibuat 2 tahun selepas itu tidak mampu memberi pulangan yg lebih baik berbanding simpanan dalam ASB. Perlu diingatkan juga, semua indeks pasaran saham seluruh dunia mencapai bottom pada Nov 2008. Analisis lebih terperinci bagi ahli premium bsb.

Jika masih belum mahir, lebih baik melabur dalam ASB sahajalah. Selamat dan mudah!

Kategori:ASB, Unit Amanah
  1. vincx
    12 September 2011 at 9:04 am

    hi, sya ada 1 soalan, mana satu cara simpanan ASB yang untung, buat loan (byran bulanan/potongan gaji), atau menyimpan secara bank-in yg xperlu potongan gaji? TQ

  2. 12 September 2011 at 11:46 pm

    buat saja mak loan asb rm200k ikat 25tahun…. sila baca pada entry yg lepas…

  3. 12 September 2011 at 11:49 pm

    sedang menghitung hari dividen asb Jan 2012…. he3

  4. 15 September 2011 at 3:30 pm

    baper la dividen/bonus tahun ni … kalu ikut prestasi amanah saham PNB yg lain, semua ada peningkatan . so ASB pun diharap camtu gak (bila la nk rasa dividen 8% ni)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: