Utama > Emas > Beli Emas Sekarang

Beli Emas Sekarang

Kepada semua pembaca setia blog BSB, saya sangat menggalakkan anda untuk membeli emas sekarang sama ada dalam bentuk fizikal atau melalui gold saving account. Tapi membeli emas fizikal lebih baik kerana dari aspek emosi ia amat baik untuk anda sebagai pelabur. Lagipun ia boleh digadaikan untuk mendapatkan cash bila amat diperlukan. Lagipun kalau ada emas fizikal, tidak perlu ada niat untuk menjual semula.

Saya menjangkakan harga emas akan terus naik sehingga ke paras USD2500 per ounce untuk tempoh 6 bulan akan datang. Jadi para pembaca, saya merayu agar anda usahakan untuk membeli emas, kalau dapat beli emas perhiasan pun masih lebih baik. Sekurang-kurangnya anda dapat juga merasa keseronokan melihat harga emas naik.

Lihat saja pergerakan emas untuk tempoh 1 tahun lepas. Risiko untuk melabur dalam emas ketika ini sangat rendah. Jadi jangan tunggu lagi.

Saya sendiri membeli jongkong emas KLCC Twin Tower di Tomei. Perlu order sekarang kerana stok sentiasa habis ketika ini. Kedai-kedai Pohkong dan Habib juga ada mengeluarkan versi jongkong emas masing-masing. Untuk emas 916, kalau boleh dapatkan barang kemas yang solid.

Kategori:Emas
  1. orang baru
    20 September 2011 at 11:57 am

    Dua minggu yang lepas saya baru saja membeli 135gm emas memandangkan emas akan naik dan naik lagi. Tujuan beli emas ni pun saja nak buat pelaburan jadi sya melabur dalam gold saving accaunt, tak minat dengan emas fizikal ini sebab merbahaya klu di pakai dan bila simpan di rumah takut kena curi, safe box pula nak kena bayar, bila tak ada cash nak kena gadai tapi dapat 60%-70% saja duit cash tu jadi tak sesuailah untuk tujuan pelaburan. Method ini sesuai bagi saya tapi bukan sesuai bagi semua orang…..

    • khairuddin
      22 September 2011 at 12:39 am

      EMAS fizikal ade byk, kene cari platform yg tepat kalau nak melabur dlm EMAS (fizikal) sebab sangat menguntungkan. InsyaAllah..

  2. izz
    20 September 2011 at 1:04 pm

    salam.. tq dgn info yg diberikan..
    pada pandangan saya emas fizikal adalah yg terbaik berbanding akaun gold saving.

    sebab :
    1) Hukum membeli emas mesti dapat emas. bukannya virtual ats number..

    2) Jika tuan berfikir pjg, Emas fizikal lebih selamat jika berlaku krisis ekonomi mendadak. (bygkan bank mengalami kegagalan dan tidak cukup wang fizikal, adakah tuan mampu mengeluarkan virtual kpd emas fizikal? atau anda masih mahu meminta duit dari bank? sedangkan seantero dunia tidak mengiktiraf wang fiat pd ketika itu)

    3) tidak perlu bimbang untuk gadai dan dpt 60 -70%. Ia lebih baik dari tuan terpaksa jual akaun gold saving waktu memerlukan duit. dan tuan perlu membeli dengan harga yg baru jika mahu menambah. berbeza jika tuan pajak diarrahnu. harga emas tuan yg perlu dibayar balik adalah hutang yg diambil + upah simpan sahaja. harga semasa sentiasa naik.

    4)masalah simpan tidak timbul sebenarnya. jika tuan mahu mengurangkan kos safetybox, di agrobank cuma rm20 utk setahun. jika masih mahu mengurangkan kos, tuan simpan sahaja dirumah. asalkan tuan kreatif didalam menyimpannya. sebagai contoh, setakat ini pada pandangan saya masih belom ade perompak yang merompak aquarium ikan. mungkin boleh dijadikan salah 1 tempat simpan.🙂 jangan lah tuan menyimpan didalam bilik, dalam laci almari dan tempat2 yg tuan sendiri pasti tahu dimana tempat kegemaran perompak.

    pastikan tempat disimpan menjadi rahsia dari org lain. Org berilmu tidak ramai yg menyimpan dibank, cth robert kuek yg menjadikan kapal disalut emas. mudah untuk die berlayar bersama-sama kekayaan nye keserata dunia. maybe bg die yg faham dgn sistem ekonomi semasa akan lebih kreatif.

    sekadar pandangan.. sharing is caring🙂

  3. orang baru
    20 September 2011 at 7:52 pm

    Terimakasih dengan pandangan tuan, banyak manafaat yg sya dapat dari tuan izz dan tuan punya tanah ni. Emas fizikal yang di jual di kedai emas ni mahal harganya kerana kos upah nya lagi itu yang saya tak berminat sangat, tambahan pula jika kena nak pajak gadai di bank mereka tak nak terima klu ada kecacatan dengan emas fizikal tu, bukan semua emas bank nak terima dan jika di kedai emas pula terlalu murah…50%-60%… saya dah cuba dengan emas fizikal yang ciput yg saya ada… memang tidak dapat di nafikan GDA ni memang ada dia punya kelemahan sikit, tapi saya kena target bila naik saja seperti yg di katakan oleh tuan rumah saya akan jual semuanya…Walaubagaimana pun saya masih was was dengan pelaburan emas ni…jadi.membeli emas fizikal adalah yg terbaik …

  4. vincx
    21 September 2011 at 7:30 am

    hi sekalian pakar pelabur emas,
    sya belum faham bagaimana emas fizikal boleh memberi pulangan jika hanya disimpan dirumah?

    means, kita hanya letak di bank in case masa tak da duit?

    maknanya, duit diberi kepada kita bila perlu, dan kena membayar bulanan utk replace emas yg dipajak? ada interest?

    sya baru nak berjinak2 dgn pelaburan ini, so, boleh terangkan bagaimana emas fizikal menghasilkan dividen? dan bagaimana pula gold saving acc tu kurg untung dan ada berlaku tak setakat ini tentang seperti mana yg dinyatakan oleh izz? TQ semuanya

    • zahalee
      21 September 2011 at 7:19 pm

      Kalau baru nak mula…better labur dalam ASB…kalau layak, loan ASB akan beri pulangan lebih baik dan terjamin…

      Kalau nak labur emas jugak…mulakan dgn amaun sedikit sahaja…dan jgn lupa utk terus tingkatkan ilmu melabur, itu yg patut didahulukan sebelum membuat sebarang pelaburan…beli buku pelaburan adalah pelaburan terbaik anda buat ketika ini…saya sarankan, labur 1K untuk beli buku pelaburan, hadir seminar pelaburan dsbnya….

    • khairuddin
      22 September 2011 at 12:47 am

      1. pelaburan ade turun naik, tapi EMAS tetap EMAS. buat mase ni RM10 jumpe tepi org tetap nak kutip, kalau IND 3000 rupee tepi jalan masih ade? sebab ia wang kertas.
      2. ade teknik untuk melabur EMAS fizikal dan sgt mudah, insyaAllah.

      “Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)”.
      Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

  5. orang baru
    21 September 2011 at 11:02 am

    Selamat sejaterah kepada semua peminat BSB dan tuan punya tanah…. saya sarankan bro vincx cari ilmu mengenai apa jua pelaburan yang ada sebelum hendak berjinak2 ngan pelaburan yang anda tak tahu….takut nanti lingkup…. as for my case pelaburan emas ni adalah my last option untuk membuat pelaburan…. itu pun sikit saja… saya sarankan klu nak buat duit pertama ASB dulu, kedua,unti trust( walau pun sekarang ni tak seberapa memberansangkan) ke3 , insurance (just incase musibah), last baru lah emas… itu bagi saya lah…Mungkin tuan tanah boleh beri pendapat yg bernas kepada semua BSB ,sebab beliau adalah pakar tentang soal ni …..

    • khairuddin
      22 September 2011 at 12:50 am

      Cari lagi info, insyaAllah..:)

  6. pecinta Ilahi
    24 September 2011 at 3:39 pm

    ade org kata penggunaan dinar emas adalah sbgai medium pertukaran barangan @ perkhidmatan…bukan untuk dijual beli n then amik untung…btol ke?? ape hukumnye plak kalo gitu?
    ape pdpat tuan?

  7. orang baru
    26 September 2011 at 1:25 pm

    Emas jatuh hari ini, aduhhh…terasa juga bahang nya, ….

  8. ilyana jamaludin
    28 September 2011 at 11:48 pm

    mang tun mahathir pon pernah nyata nak tukar ringit pada emas tp lom terima pakai lagi.ada kebenaran beli emas pelaboran tp ada risiko jg simpan emas tu jd saya berpendapat asb loan kira ok n selamat

  9. orang baru
    4 Oktober 2011 at 9:20 pm

    Sesiapa yang pakar emas boleh tak minta pandangan mengenai emas fizikal yang ada kat rumah tu di ahranukan dan simpan duit tu dalam asb, cuma bayar upah kat bank saja. lebih murah dari asb loan… ada untung ke? daripada emas fizikal tu kita perap ja kat rumah lebih baik buat duit….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: