Utama > Unit Amanah > Prestasi Bursa Malaysia Terkini -7.46%

Prestasi Bursa Malaysia Terkini -7.46%

Graf di bawah menunjukkan prestasi indeks KLCI tahun ini, 3 Jan 2011 hingga 21 Sep 2011. Ia mengalami kejatuhan sebanyak -7.46%. Untuk tempoh yg sama dana bond As-Saad mengalami kenaikan sebanyak 3.75%. Adakah sekarang masa yg sesuai untuk mula membeli dana UT? Saya masih agak positif, indeks KLCI akan jatuh lagi dan ini memberi peluang kepada anda untuk membeli UT pada harga yg lebih murah.

Yang penting buat masa ini, kumpulkan cash dan bersedia untuk melabur pada bila-bila masa. Ketika ini, tumpukan pelaburan kepada emas dan ASB adalah alternatif yg lebih baik, kerana risiko yang rendah buat masa ini.

Indeks KLCI kini berada pada paras support 1420, ia ada kemungkinan positif akan mencecah paras 1300. Kalau ia benar-benar mencecah paras 1300, pastinya menyeronokkan kerana anda akan berpeluang untuk membuat untung besar apabila pasaran mula rebound. Cuma kita harapkan prestasi KLCI tidak akan menuruti jejak pasaran saham Jepun yg selepas 20 tahun masih berada pada paras yg sangat menyedihkan, selepas mengalami twin bubble 2 dekad yg lepas. Sama-sama kita tunggu prestasi pasaran saham tahun 2012 nanti.

KEMASKINI: 22/09/11; 3.02PM

Setakat petang ini, indeks KLCI telah jatuh ke paras di bawah 1400 mata. Ini bermakna, arah tuju KLCI tidak ada pilihan selain akan terus jatuh ke paras 1350 dalam masa 1 hingga 2 minggu ini, iaitu kejatuhan sebanyak -3.7%. Selepas itu ia perlu jatuh ke paras 1300, iaitu kejatuhan sebanyak -7.7%. Ia perlu bertahan pada paras 1250 iaitu kejatuhan sebanyak -12% drp paras sekarang 1400 mata, kalau tidak ia akan terus jatuh ke paras 1000 mata. Kesimpulannya, kalau anda belum melakukan switch, perlu bertindak sekarang kerana risiko indeks KLCI akan jatuh ke paras 1350 adalah amat nyata.

Kategori:Unit Amanah
  1. maryam camilla
    22 September 2011 at 8:58 am

    Kalau market down selain kita switch ke money market, bole kita switch ke bond jugak ke?..

    • zahalee
      22 September 2011 at 9:20 am

      Saya lebih prefer switch ke dana bond sebab peratus kenaikan lebih tinggi berbanding money market…cuma dikenakan caj jualan utk kali pertama sebanyak 0.25%…selain itu, caj utk switching adalah sama…

  2. Lantoi
    22 September 2011 at 7:35 pm

    Assalamualaikum tuan tanah. hg blue chip macam TNB tengah jatuh rm5.00 ari ni, rasa boleh drop sampai 4.XX jam tu rase nak beli kut. ADer idea share yg okey

    Rasenya mcm axiata boleh kut.

  3. zahalee
    22 September 2011 at 9:02 pm

    Yg paling teruk ketika ini adalah GLC, semua teruk kena belasah oleh foreign selling…ada kaitan dgn suasana politik skarang…foreign investor rasanya tidak yakin…

    Kaunter Nestle, DLady, PetDag, Panasonic, Amway, dan bbrp lagi nampak lebih meyakinkan…

    Ketika ini masih belum berani masuk…sy masih mengharap level 1300, dan player-player utama mula masuk membeli…dalam masa terdekat, sy agak pasti level 1350 adalah sangat mudah untuk dicapai, tadi KLCI close 1387, esok pasti akan jatuh lagi…kalau Dow jatuh lagi malam ni, risiko KLCI akan jatuh esok pagi sangat tinggi…good luck all…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: