Utama > Emas, Saham > KLCI Menghampiri Paras 1400

KLCI Menghampiri Paras 1400

Minggu lepas, KLCI berani mencecah paras 1400 sekejap. Pagi ini, ia turun sedikit ke paras di bawah 1400. Saya berpendapat ia akan kembali ke paras 1360, seperti yg ia lakukan minggu lepas.

Minggu lepas saya tidak ada post langsung, sebab bercuti di luar negara. Jadi memang sangat kurang melihat perkembangan pasaran dunia. Ini post pertama selepas balik bercuti seminggu.

Minggu ini, saya akan fokus kepada pasaran emas. Dan plan untuk tambah koleksi emas 999 dan 916 minggu ini. Harga emas telah stabil semula, dan harga runcit emas adalah RM200 untuk 999 dan RM189 untuk 916.

Antara major news minggu lepas:

1. Steve Jobs, antara pengasas Apple, meninggal dunia.

2. Bajet 2012 dibentangkan pada hari Jumaat lepas. Saya belum sempat meneliti kandungan bajet. Setakat ini hanya satu yg sangat menarik perhatian saya iaitu kenaikan sumbangan majikan kepada 13%.

3. KLCI mencecah paras 1360 dan kembali mencecah 1400 dalam tempoh yg sangat singkat.

Anda bagaimana?

Graf di bawah menunjukkan prestasi Syariah Index vs FBM KLCI.

Kategori:Emas, Saham
  1. Lantoi
    10 Oktober 2011 at 2:18 pm

    Dlm komen tuan yg terdahulu tuan menjangkakan Index bursa akan jatuh lagi dan lagi. Saya ada juga membaca berkenaan kirisis eropah yg mana bank dunia menjangkakan situasi akan bertambah buruk. So ape pendapat En Zahalee should I wait to equity (UT) atau beli saham macam CIMBke maxis ke…

    Kalau buruk cam subprime crisis 2008 tu abislah share price semua turun

  2. zahalee
    10 Oktober 2011 at 3:54 pm

    Ramalan hanyalah ramalan. Tapi saya memang meramalkan KLCI akan jatuh lagi, dan tidak akan masuk ke KLCI sehinggalah ada indicator yg baik. Pada saya, stock market is a probabilty game. Ketika ini probabiliti untuk jatuh lagi lebih tinggi (malah terlalu tinggi) berbanding probabiliti untuk naik.

    Tidak perlu terburu-buru dgn stock buat masa ini, terlalu banyak kaunter yg berada pada tahap diskaun ketika ini. Saya berpendapat krisis sekarang lebih teruk drp subprime 2008. Tunggu masa saja krisis hutang negara-negara maju ini meletup.

    Saya lebih suka fokus dgn emas dan hartanah ketika ini. Masuk UT pun utk seketika sahaja, itupun dgn teknik timing.

  3. pheesee
    4 November 2011 at 10:45 am

    En zahalee,

    Do you think that now is the suitable time to invest in gold as this few days the gold price shoot up very fast or i still need to wait for while?

    • zahalee
      4 November 2011 at 11:35 am

      Pls do it now…gold would test its previous 1900 level…I had accumulated gold since last 2 months before it shoot up yesterday, I mean the retail price…I prefer retail gold…I will buy more these 2 coming months, depend on my pocket though, hehehe…

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: