Utama > Macam-macam > SARA 1Malaysia

SARA 1Malaysia

Sejak akhir-akhir pelbagai bantuan diumumkan khasnya untuk golongan yang berpendapatan rendah. Yang terbaru Sara 1Malaysia.
Berdasarkan kiraan kasar, skim ini menawarkan pulangan yg agak lumayan juga.
1) Pendapatan terjamin iaitu RM134 sebulan untuk tempoh 5 tahun.
2) Modal RM5K, selepas 5 tahun ia jadi RM8K.
3) Peratus pulangan 60%, iaitu 12% setahun.
Petikan penuh BH Online:
SEBAHAGIAN daripada lebih 10,000 ribu pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat pada majlis pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. - Foto Rosdan Wahid

SEBAHAGIAN daripada lebih 10,000 ribu pengunjung yang hadir untuk mendapatkan maklumat pada majlis pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. – Foto Rosdan Wahid

Skim amanah khas bantu 100,000 isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

 Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

Permohonan dibuka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi sebanyak RM100 juta melalui Malaysia Development Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan untuk menguruskan SARA 1Malaysia.

Syarikat itu akan membuat pinjaman bernilai RM500 juta daripada bank tempatan bagi membolehkannya melabur sebanyak 500 juta unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang pulangannya diagihkan kepada pelabur SARA 1Malaysia setiap bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik.
“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

“Saya kira sukar untuk mendapat pakej seperti ini di mana-mana tempat lain di dunia… sebab itulah kita melancarkan produk ini kerana ia memberi manfaat besar. Hari ini adalah hari yang bersejarah, falsafah 1Malaysia diterjemahkan dalam bentuk produk untuk rakyat teramai,” katanya.

Majlis turut dihadiri kira-kira 10,000 tetamu, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah; serta Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Najib juga berkata, skim itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk membela kepentingan rakyat seperti subsidi beras, tepung dan petrol RON95 yang dapat dibeli pada harga rendah

Kategori:Macam-macam
  1. 13 Januari 2012 at 10:08 pm

    ok ke? kenapa sy nampak macam nak galakkan org berhutang tapi belum tentu diaorang lepas nk buat pinjaman tu?

  2. rosnieyjenau
    16 Januari 2012 at 10:32 am

    Betul ke ni?kalaulah ianya betul;dimana saya boleh dapatkan borang tersebut

    • 16 Januari 2012 at 5:17 pm

      30 januari nnti, g maybank, cimb, rhb, bsn.. cakap nk join sara 1 malaysia

  3. SAIFUL
    17 Januari 2012 at 12:04 am

    ERM BEHUTANG KENAPA PULAK BRAT2104….BACE BETUL2

    • 17 Januari 2012 at 8:02 pm

      dah paham dah… hehehe..

  4. hehe...
    17 Januari 2012 at 10:35 am

    Kalau ade duit sendiri, letak RM 5000, keuntungan setahun kita dapat 32%….sangat lumayan….sy pon nak aply…..

    • Lantoi
      17 Januari 2012 at 11:48 pm

      SAlam bro semua…dari segi syariah aku tak taulah status SARA 1 ni harap ade expert yg boleh bagi pencerahan, Pencerahan aku nak bagi tau sara 1 tu tak boleh guna cash yng boleh hanya loan . Loan rm 5000 byr 84 bulan setiap bulan selam 6obulan dan dapat balik RM134 setiap bulan. genap 5 tahun dapat balik rm 5000 tidak termasuk 134 x 60 bulan… NO CASh is allowed.. org bujang sori, ROI 32 %

      ROI waduh very high … tapi cam aku kata dari segi shariah compliant atau harus ke … tak tau lak…… SO fikir sendiriler. cam aku memang tak layaklah sebab income restriction…. dan kalau gaji kauorang 3000 kebawah tapi kau orang ader loan asb 10 & above atau duit dlm produk asnb sebanyak 10k , sori beb tak leh jugak….

      • orang baru
        18 Januari 2012 at 3:50 pm

        Bro , betul ke statement tu sebab PM dah bagi tau kat Berita TV3 hari tu sesiapa yg berpendapatan kurang dar gaji 3K boleh melabur dalam skim Sara1M ni dan kepada sesiapa yg tak mempunyai 5k boleh buat loan dan yg ada 5k boleh labur terus… confused betul mana statement yg betul ni…

      • 18 Januari 2012 at 7:09 pm

        ni petikan dari perenggan kedua

        “Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.”

        tu boleh guna wang sendiri.. awat xleh pulak?

  5. hehe...
    18 Januari 2012 at 11:56 am

    try dulu la, kalo xleh letak nama mak bapa pula..cari jalan lain

  6. huhu
    19 Januari 2012 at 3:16 pm

    untuk pendapatan isi rumah la (gaji suami + isteri = kurang RM 3000) ..bukan perseorangan..aduhai..terlebih seringgit la pulak..hehe

  7. Lantoi
    19 Januari 2012 at 10:03 pm

    GUNA WANG SENDIRI TAK LEH, Dah check dgn team sara 1 melalui web site mereka. Surat kabar manaleh caya 100% kena check jugak dgn yg tuan punya badan ….

  8. orang baru
    20 Januari 2012 at 3:19 pm

    Through this Scheme, eligible Malaysians will have the opportunity to apply for a RM5,000 loan from participating financial institution to invest in Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I managed by Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, and will receive attractive incentive payments on their savings and investments.

    *ASNB is a wholly-owned subsidiary of PNB responsible for managing the AS 1Malaysia unit trust fund.
    Statement di atas adalah petikan dari PNB tu sendiri, tak ada cakap pun yang tak boleh guna wang sendiri… apa2 pun nak kena tunggu pada hari tu…

    • Lantoi
      20 Januari 2012 at 4:55 pm

      Opportunity to apply loan (ha kan terang dah sebut tu melalui loan macam nilah awak telefon diorang sebab saya dah call dan itulah yg diterangkan oleh mereka no cash but thru loan… Kalau cash saya pun nak masuk tapi guna nama mak ayah lah….. Saya call sebab saya ni banker yg dah tak larat nak jawab soalan yg saya sendiri kurang pasti jawapannya . Jadi saya callah diorang utk kepastian dan memudahkan saya menjawab soalan. tq huhuhu

  9. orang baru
    20 Januari 2012 at 6:04 pm

    Kalau la betul statement tu, bermakna kerajaan scam rakyat sendiri hahaha…PM buat tak serupa bikin…hari tu dia berucap kat TV3 sesiapa yang tak mempunyai Duit 5k boleh buat loan untuk melabur sara1 malaysia dan sekarang ni lain pula….ini lah yg di katakan politik sekejap ada dan sekejap tak ada…..

  10. salmah binti ismail
    22 Januari 2012 at 1:30 pm

    kenape la tak explain betulx2, buat penat berangan je…..ckp la ade syarat lain ..

  11. ijie
    26 Januari 2012 at 4:18 pm

    ni nk bg kemudahan ke beban??

  12. beidz
    26 Januari 2012 at 4:24 pm

    Ada syarat ke unto apply loan sara ni? Cntohnya mesti ada slip gaji ke… atau ic perl ada ic je?

  13. pakzul
    29 Januari 2012 at 4:47 am

    naper bumiputera 50% je ? bukankah komposisi penduduk bumi adalah lebih 67.4% ? awat nak kasi kaya kaum lain yg dah kaya? dasar 1Malaysia ni ketepikan hak kaum Bumiputera sendiri. Strategi politik??

    • orang baru
      30 Januari 2012 at 10:40 am

      Kerajaan sepatutnya meletak kan lebih dari 50% untuk bumiputra memandangkan terlalu banyak bumi yg miskin dari kaum lain…

  14. pakzul
  15. orang baru
    1 Februari 2012 at 2:45 pm

    Nampaknya SARA1M tak layak kepada sesiapa yg ada ASB lebih dari 10k…. walaupun gaji di bawah paras 3k….ingatkan nak kluarkan 5k dari ASB dan letak ke sara1m dan peram kan je sehingga 5 thn ….kempunan je hehehe…

  16. 3 Februari 2012 at 2:45 pm

    boleh saya dapatkan borang SARA1M di website?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada orang baru Batal balasan