Utama > Unit Amanah > MAAKL Syariah Index 17% Untuk 4 Bulan 2 Minggu

MAAKL Syariah Index 17% Untuk 4 Bulan 2 Minggu

Sejak KLCI mencapai bottom pada awal Oct 2011 sehingga 17 Feb 2012, dana ekuiti Syariah Index memberikan prestasi yang sangat cemerlang iaitu pulangan sebanyak 17%. Untuk bulan Oktober 2011 sahaja, dana Syariah Index telah memberi pulangan 9.11%. Kadar yang sangat lumayan, dan ia mengatasi semua dana MAAKL yg lain termasuk dana non-syariah untuk tempoh yg sama. Pilihan saya kali ini ternyata tepat, kerana mengambilkira kadar volatiliti pasaran saham yang tinggi buat masa ini, dan tumpuan dana-dana asing terhadap kaunter-kaunter indeks komposit.

Dalam tempoh tersebut, saya sempat memasuki semula pasaran ekuiti pada 28 Oct 2011 dengan dana (1) RM11,310 dan tambahan dana (2) sebanyak RM7,752 pada 21 Dec 2011. Jumlah RM19,062.

Dana (1) telah memberi pulangan sebanyak 7.66%, manakala dana (2) pula memberi pulangan sebanyak 6.37%. Tapi jumlah sebenar yang saya perolehi pada akhir tempoh tersebut iaitu pada 17 Feb 2012 adalah sebanyak RM21,000, maknanya dana telah naik sebanyak 10.17%. Ini jauh lebih tinggi drp pulangan dana Syariah Index iaitu perbezaan sebanyak 2.51% untuk dana (1) dan 3.80% dana (2) . Pulangan yang lebih tinggi ini adalah hasil menggunakan teknik timing, walaupun miss pulangan sebanyak 9.11% untuk dana (1) bagi bulan Oct 2011. Ini menunjukkan teknik timing boleh meningkatkan pulangan dana anda jika digunakan dengan betul.

Kategori:Unit Amanah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: