Utama > ASB > Pinjaman ASB – RHB Bank Bagi Pulangan 32%

Pinjaman ASB – RHB Bank Bagi Pulangan 32%

Pakej pinjaman asb yang ditawarkan oleh RHB, 1 Jan 2012 – 31 Mac 2012:

Pakej 1: RM50K ke bawah; KPA – 1.4%

Pakej 2: RM50K ke atas; KPA – 1.55%

OD/ASB, OD/ASW; TL/ASW: KPA – 1.00%

Berdasarkan pakej 1 di atas, berapakah dividen Pinjaman Asb untuk tahun 2012?

Andaikan: Amaun pinjaman RM30,000; tempoh 25 tahun; dividen asb 7.5 sen; KPA 6.6%.

Maka ansuran bulanan = RM179.
A) Jumlah ansuran 2012, 179 x 12 = RM2148.

Dividen ASB 2012, 30,000 x 7.5% = RM2250.

1) Kadar pulangan = (RM2250/RM2148 – 1) x 100% = 4.75%.

Tapi ini masih belum mengambilkira equity gain untuk tahun pertama 2012 iaitu sebanyak RM600. Maka,

2) Kadar pulangan keseluruhan = (RM2850/RM2148 -1) x 100% = 32.68%.

Sangat lumayan. Tapi kadar pulangan (2), sebenarnya masih kurang tepat kerana jumlah (A) dibayar secara ansuran (bukan sekaligus pada awal tahun). Jadi kadar pulangan yang paling tepat sebenarnya melebihi 50%, terlalu lumayan untuk tidak diendahkan.

Risikonya terlalu rendah iaitu kenaikan kadar KPA. Tahun 2012 akan menyaksikan trend kadar faedah yang rendah memandangkan ekonomi global masih dalam proses pemulihan.

Apakah formula paling tepat untuk mengira kadar pulangan pinjaman asb?
Ahli premium akan ditunjukkan formula tersebut.

Kategori:ASB
  1. mohd
    25 Februari 2012 at 4:12 pm

    xde pinjaman yg islamik ke???

  2. khai
    26 Februari 2012 at 12:08 pm

    mana lagi bagus dengan maybank?

  3. mohd
    28 Februari 2012 at 3:24 am

    kalau pinjaman konvensional, ada yg bagus ke?? apa yg bagusnya??

  4. hafizah
    22 September 2012 at 3:02 pm

    rhb offer loan konvensional kan. adakah halal di sisi Islam? saya dah buat loan asb kat maybank sejak 2006. tapi ada kawan yang tanya loan ni takde yang islamic ke? kalau buat loan konvensional mesti ada kes riba’…. confused skarang ni….

  5. F A
    25 September 2012 at 12:46 am

    Kenapa macam ada yang tak kena ya? Di mana kekeliruan nya.

    1) Kiraan kasar: Pulangan dividend = 7.5%, kadar pinjaman = 5.2%, jadi gap keuntungan adalah agak-agak dalam 3%

    2) Jika di lihat pada jangka 25 tahun (tempoh pinjaman):
    PV = $0
    PMT = $179 (bulanan)
    FV = $86,250 (dividend statik 7.5% selama 25 tahun + principal $30,000)
    n = 300 (bulan)
    Kadar pulangan = 0.3% sebulan = 3.6% setahun

    Jadi kenapa ye tak sama dengan 32% atau 50%? Jika hendak di kira pulangan pada dividend tahunan, mesti di kira juga pelaburan masuk balik dividend itu. Rasanya lebih kurang saje.

    Di mana silap nya?

  6. asma
    28 Januari 2013 at 6:27 pm

    Nak tahu kalau dlm program akpk bolehkan membuat loan asb

  7. mizi
    19 Februari 2013 at 11:51 am

    Mcm mne nk ambk asb loan.. Mybank mhl ler..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: