Utama > ASB, Pelaburan > Kumpul 100K dalam masa 9 Tahun

Kumpul 100K dalam masa 9 Tahun

Post kali ini saya ingin berkongsi idea cara untuk mengumpul simpanan tunai sebanyak 100K dalam masa 9 tahun.

1. Cara paling mudah, simpan RM800 – RM900 setiap bulan dalam mana-mana dana (ASB, ASW2020, akaun simpanan, atau unit trust) sehinggalah terkumpul RM100K. Tapi unit trust ada risiko, mungkin akan melebihi 100K atau berkurang, bergantung kepada prestasi saham.

2. Cara yang agak mengelirukan, buat loan ASB dan bayar setiap bulan kepada bank RM600 – RM700. Tempoh loan 25 tahun, amaun 100K, kadar faedah 6%, dan dividen ASB 7.5 sen. Pastikan anda tidak mengeluarkan dividen yang diagihkan oleh ASB setiap awal tahun. Genap 9 tahun, tamatkan loan tersebut, dan anggaran amaun terkumpul adalah melebihi 112K (jika kadar faedah kekal 6%, dan dividen ASB tidak kurang 7.5 sen). Bagi mereka yang mampu untuk buat sehingga loan 200K, boleh kumpul 100K dalam masa kurang 5 tahun.

Jadi yang mana satu pilihan anda? Ada cara ketiga yang lebih advance, tapi itu untuk post akan datang. Selamat melabur.

Nota: Kadar faedah loan ASB buat masa ini 4.95% (BLR 6.6 – 1.65) sahaja, jadi bayaran bulanan hanyalah RM580 + RM20 (insurans), maka amaun terkumpul akan melebihi 114K setelah genap tahun ke-9.

Kategori:ASB, Pelaburan
  1. Ridwan
    3 Mei 2012 at 4:31 pm

    Salam Sejahtera

    pada pendapat tuan, berapa jumlah loan paling MINIMA utk pulangan yang baik bg ASB & saya bercadang utk memohon loan ASB-i Maybank Islamic (RM25k-25 tahun).

    Untuk makluman tuan, saya telah lewat untuk memulakan teknik ini (umur dah 35 tahun) & kini mempunyai komitmen yg sangat tinggi iaitu hampir 50% drpd jumlah pendapatan RM2000++ untuk bayar hutang (rumah+PL)

    Terima kasih krn tuan memberi pandangan.

  2. perenlee
    17 Mei 2012 at 2:39 pm

    Idea bagus!Teknik 1 tu macamana boleh jadi 100k ye?tlg tunjukkan pengiraannya,tak tau nak kira lagi ni..

  3. Raja Anna
    2 Oktober 2012 at 4:36 pm

    berapa had umur untuk buat ASB loan bg RM100K 25 tahun

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: