Arkib

Archive for Mei 2012

BSB Timer

25 Mei 2012 1 komen

Dana BSB Timer telah melakukan transaksi full switch dari ekuiti ke dana bond As-Saad pada 23 Mei 2012. Admin berpendapat, KLCI terlalu lemah ketika ini untuk terus bertahan pada paras 1540 – 1550. Kemungkinan besar, KLCI akan kembali ke paras 1530, dan mungkin akan terus jatuh ke paras 1500. Pada paras 1500, admin menjangkakan, KLCI akan mendapat support yg kuat untuk terus bertahan.

Tentang Emas Terkini

21 Mei 2012 3 comments

Ini petikan daripada blog Martin Wong tentang perkembangan terbaru emas:

Soros Fund Management nearly quadrupled exposure to the SPDR Gold Trust(GLD), a quarterly portfolio disclosure this evening shows.

The filing also shows a bigger gold ETF stake: about 320,000 shares, versus 85,000 at the end of last year. It was reported, a major Japanese pension fund also has been buying physical gold to protect the purchasing power of its retirees.

Note attached weekly physical gold chart and note the successful stopping volume and test of support at the 1540 level and price rejection of the lows. A base of accumulation is forming after the 20 % correction.

Smart money like Soros buys gold during periods of panic, fear, bad news. The Soros disclosure confirms his buying when the establishment analysts/ media/ Warren Buffet is telling the world that gold is a barbaric relic and has no place in a legitimate portfolio.

—————————————————————————————–

Jadi!!!  What say you? Anda masih berani?

Kategori:Emas

BSB Timer

Transaksi terkini, dana BSB Timer telah melakukan switching ke dana ekuiti pada hari Khamis minggu lepas, 17/05/2012. Admin menjangkakan akan berlaku quick rebound untuk jangka short-term, tetapi mungkin ada probabiliti yg tinggi juga utk saham akan terus jatuh. Apapun, dana BSB Timer setakat ini masih mengatasi benchmark.

Transaksi BSB Timer pada 11 Jan 2012:

Transaksi BSB Timer pada 17 Mei 2012:

Perhatikan bilangan unit telah bertambah daripada 26,523 kepada 27,867 unit. Iaitu perbezaan sebanyak 5%, ini bermakna teknik switching telah berjaya menambah bilangan unit dalam dana BSB Timer sebanyak 5% untuk tempoh 11 Jan hingga 17 Mei 2012.

KLCI Jatuh Mendadak ke Paras 1540

Hari ini KLCI jatuh lagi untuk hari ke-4 berturut-turut. Pelabur perlu bersedia dengan indicator buy yang biasanya muncul apabila doji menjelma.

Dana BSB Timer akan bernasib baik kali ini kerana tidak membuat sebarang transaksi switching ke dana ekuiti sepanjang bulan April dan bulan Mei (sehingga kini), kerana admin kurang yakin dengan kemampuan Bursa untuk bertahan pada paras 1580 – 1600.

Para pelabur teruslah berhati-hati.

KLCI Hari Ini

8 Mei 2012 2 comments

Saya baru kembali ke tanah air, selepas cuti seminggu di negara matarahi terbit. Jadi minggu lepas, blog ni senyap saja. Tidak sempat untuk moderate comment. Pagi ni baru start tengok screen semula.

Masih terlalu awal untuk menjangkakan arah pergerakan KLCI hari ini. Kelmarin, Isnin, KLCI jatuh menjunam selaras dengan pasaran saham serantau. Malam tadi saham di US tidak banyak pergerakan, manakala di Eropah pula pulih sedikit. Kemungkinan besar KLCI akan bertahan pada paras 1585 hari ini.

Gambar-gambar yang saya ambil di sekitar Tokyo, Kyoto dan Osaka.

Vending machine untuk minuman sejuk dan panas di sebuah perhentian bas ekspress Tokyo ke Kyoto.

Dinding Masjid Tokyo.

Rujuk peta di stesen sebelum meneruskan perjalanan.

Pemandangan malam Tokyo dari bangunan Roponggi Hills Mori Tower (ke-5 tertinggi di Tokyo).

Signboard larangan menggunakan botol, mesti guna cawan yang disediakan. Funny English, direct translation memang biasa digunakan di seluruh Japan.

Naik shinkansen, keretapi laju dari Osaka kembali ke Tokyo. Ambil masa 2 jam 30 minit.

Suasana dalam Subway di Tokyo. Sentiasa penuh, walaupun subway datang setiap 5 minit.

Castle di Disneyland Tokyo.

Anak dara Tokyo mempersembahkan Karate semasa ujian di Osaka Castle Park.

Lampu neon di Dotonbori Street, Osaka.

Turutan eskalator tertinggi di dunia di Kyoto Station.

Kategori:Cuti, Macam-macam