Utama > Cuti, Macam-macam > KLCI Hari Ini

KLCI Hari Ini

Saya baru kembali ke tanah air, selepas cuti seminggu di negara matarahi terbit. Jadi minggu lepas, blog ni senyap saja. Tidak sempat untuk moderate comment. Pagi ni baru start tengok screen semula.

Masih terlalu awal untuk menjangkakan arah pergerakan KLCI hari ini. Kelmarin, Isnin, KLCI jatuh menjunam selaras dengan pasaran saham serantau. Malam tadi saham di US tidak banyak pergerakan, manakala di Eropah pula pulih sedikit. Kemungkinan besar KLCI akan bertahan pada paras 1585 hari ini.

Gambar-gambar yang saya ambil di sekitar Tokyo, Kyoto dan Osaka.

Vending machine untuk minuman sejuk dan panas di sebuah perhentian bas ekspress Tokyo ke Kyoto.

Dinding Masjid Tokyo.

Rujuk peta di stesen sebelum meneruskan perjalanan.

Pemandangan malam Tokyo dari bangunan Roponggi Hills Mori Tower (ke-5 tertinggi di Tokyo).

Signboard larangan menggunakan botol, mesti guna cawan yang disediakan. Funny English, direct translation memang biasa digunakan di seluruh Japan.

Naik shinkansen, keretapi laju dari Osaka kembali ke Tokyo. Ambil masa 2 jam 30 minit.

Suasana dalam Subway di Tokyo. Sentiasa penuh, walaupun subway datang setiap 5 minit.

Castle di Disneyland Tokyo.

Anak dara Tokyo mempersembahkan Karate semasa ujian di Osaka Castle Park.

Lampu neon di Dotonbori Street, Osaka.

Turutan eskalator tertinggi di dunia di Kyoto Station.

Kategori:Cuti, Macam-macam
  1. are
    12 Ogos 2012 at 12:10 am

    hai. saya akn ke tokyo – osaka – kyoto – nara 3 sept ni .. backpack 4 ladies . ade tips, nasihat x

    • zahalee
      12 Ogos 2012 at 5:50 am

      1. Makanan halal agak sukar diperolehi terutamanya di Tokyo. Bawa maggi secukupnya. Kebab paling murah ada di Ueno 500 yen, dekat Ameyoko. Restoran-restoran India sekitar 3000 yen – 6000 yen, order 1 set untuk 2 orang makan.

      2. AirAsia landing lewat malam, masih boleh naik Metro ke Tokyo Station. Selepas 12am, hanya JR Lines masih beroperasi. Elakkan naik teksi, terlalu mahal. Worst case, tunggu di Airport hingga pagi esok.

      3. Peta. PENTING. Pastikan google cara baca address di Japan kerana unik berbanding negara lain. Signboard dan local map guna tulisan Kanji. Better guna maps.google.com sebelum pergi ke destinasi, ada fungsi Street View boleh tengok tempat tu. Print maps banyak-banyak, w/pun tulisan Kanji.

      4. Kyoto Station. Naik escalator sampai puncak.

      5. Kyoto, pagi ke Northen Higashiyama, petang baru ke Southern Higashiyama untuk tengok Gion street. Jangan lupa cuba aiskrim.

      6. Osaka ada underground shopping paling besar. Tak sempat explore hari tu. Malam ke Dotombori area.

      7. Nara saya tak pergi.

      8. Kalau nak guna locker, pastikan ingat lokasi bila nak balik nanti. Better simpan di station yang kecil, senang cari.

      9. Itinery yg mesti. DisneyLand, Shinkansen (Tokyo -> Kyoto, atau Kyoto -> Tokyo). Overnight intercity bus.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: