Utama > Saham, Unit Amanah > Prestasi KLCI Mei 2012

Prestasi KLCI Mei 2012

Bulan Mei menyaksikan kadar volatiliti KLCI yang agak tinggi. Pada pertengahan bulan KLCI jatuh sehingga -2.4%, tetapi kembali pulih pada penghujung bulan, dan ia menyaksikan KLCI naik sebanyak 0.67%. Untuk tempoh yang sama dana Syariah Index pula naik sebanyak 0.87% (masih lebih baik berbanding KWSP sekitar 0.5%). Prestasi ini sebenarmya antara yang terbaik di dunia bagi bulan Mei (mungkin juga yang terbaik), memandangkan pasaran saham yang lain jatuh teruk untuk tempoh yang sama. Saya terpaksa mengakui, pergerakan KLCI untuk bulan Mei 2012 terlalu sukar untuk diramal, tapi masih bernasib baik kerana dana BSB Timer masih mampu memperolehi pulangan yang baik iaitu 0.62%.

Tapi carta yang lebih penting adalah pergerakan SP500 yang merupakan indeks utama pasaran US.

Indeks SP500 berada pada paras yang sangat kritikal, dan pada Jumaat lepas ia telah melepasi paras 200MA. Probabiliti yang tinggi adalah ia akan terus menjunam. Ada yang berpendapat, apa yang berlaku di US dan Eropah tidak memberi kesan yang besar kepada ekonomi Malaysia. Buat masa ini, saya agak bearish, KLCI tidak akan mampu bertahan lama, ia juga pasti akan turut menerima tekanan jualan besar-besaran minggu ini. Walaupun faktor politik tanahair cuba menstabilkan Bursa Malaysia, tetapi tekanan ekonomi global terlalu berat untuk dana-dana tempatan cuba support KLCI. Saya agak yakin, KLCI akan lebih kukuh pada paras 1500. Jadi berhati-hatilah dalam keputusan pelaburan anda. Sama-sama kita tunggu.

Kategori:Saham, Unit Amanah
  1. barbarossa
    12 Jun 2012 at 5:53 pm

    saya tak fahamlah, apa kepentingan BSB Timer. adakah sistem ia mengikut syariah ? saya pernah bertanya tentang pelaburan di Bursa saham dengan salah seorang pensyarah saya di universiti saya. kalau nak melabur saham sekurang-kurangnya tunggu selepas 1 tahun baru jual balik unit yang di beli di bursa, takut-takut kita tergolong sebagai spekulasi atau pun perjudian saham. boleh anda jelaskan ?

    • zahalee
      18 Jun 2012 at 10:07 am

      Sila rujuk post sebelum ini untuk memahami BSB Timer.

    • 18 Jun 2012 at 12:33 pm

      tak semestinya nak jual kena tunggu setahun….klu nak jual saham ia bergantung berapa banyak profit yg dapat….Spekulasi atau pun perjudian saham….apa yg saya faham…kita tak sepatutnya ada jual dan beli saham pada hari sama.. atau hari2 sehingga melalaikan….

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: