Arkib

Archive for Ogos 2012

Dividen ASW2020 2012 6.6 sen

28 Ogos 2012 1 komen

ASNB baru sahaja mengumumkan dividen sebanyak 6.6 sen untuk dana ASW2020 bagi tahun 2012. Petikan penuh Bernama:

KUALA LUMPUR — Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2012.

Ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM981.89 million, peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta pada tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, dividen itu merupakan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun lepas.

Meskipun ASNB mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sehingga 8.6 sen bagi tahun kewangan ini, namun ia membawa kehadapan dua sen seunit bagi tahun kewangan akan datang untuk membantu pengagihan pendapatan di masa depan.

“Sejumlah 907,594 pemegang unit, yang melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020 akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini,” kata Ahmad Sarji pada sidang akhbar selepas mengumumkan pengagihan pendapatan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia masih lagi mengalami suasana ketidaktentuan akibat krisis hutang Eropah yang berterusan, ASW 2020 masih mampu mencapai objektif pelaburannya sepanjang tahun kewangan susulan prestasi baik ekonomi dan pasaran saham tempatan. Pada 15 Ogos tahun ini, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar RM1,205.76 juta.

Ahmad Sarji menambah, pengagihan pendapatan itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Sept., 2012, dan semua urus niaga bagi ASW 2020 telah digantung mulai 24 Ogos hingga 2 Sept, bagi tujuan pengiraaan pengagihan pendapatan. — BERNAMA

Advertisements
Kategori:Unit Amanah

BSB Timer

16 Ogos 2012 Tinggalkan komen

Petang tadi sebelum pukul 4pm, admin melakukan transaksi full switching dari dana ekuiti Al-Fauzan ke dana bond As-Saad. Telah 2 hari berturut-turut, KLCI menunjukkan indicator SOW (sign of weakness). Admin berpendapat probabiliti agak tinggi untuk KLCI kembali ke paras 1635 – 1640. Ketika ini, KLCI terlalu lemah untuk terus naik secara mendadak.

Dilindungi: BSB Timer

7 Ogos 2012 Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Usain Bolt Juara 100m Olimpik London

Sekali lagi Usain Bolt membuktikan beliau masih pelari pecut terpantas di dunia selepas memenangi acara 100m pada jam 4.50pagi tadi (waktu KL).

Usain mencatat rekod baru Olimpik 9.63 saat.

Kategori:Sukan

Dilindungi: BSB Timer

3 Ogos 2012 Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen.

Kandungan ini dilindungi kata laluan. Untuk melihatnya sila masukkan kata laluan di bawah.

Perkara Mewah dalam Kehidupan Azizi Ali

1 Ogos 2012 1 komen

Azizi Ali adalah antara penulis kewangan yang terkenal di Malaysia. Saya petik sedikit temubual Azizi dengan The Star, yang berbentuk soal jawab dengan pembaca.

What sort of luxuries have you allowed yourself?
~Tina Adam

Answer by Azizi Ali

Not much. All I need is a good breakfast, a good book to read, a computer to write and time with my family. I have all that already.

My family lives in a nice house in a fabulous neighbourhood. We have a few items to make our lives more comfortable but nothing out of the ordinary. I think the average Malaysian has more toys than me. As I wrote in one of my books, visitors often comment that my house is spacious. My house is spacious not because it is big but because it is sparsely decorated. I call it minimalist decor. We still have only one TV in the house and a 10-year-old mini-compo. I don’t have any branded goods and see no use for them.

I spend money on quality (not branded) goods. For example, my mattress costs some RM20,000. If you’re going to spend a major portion of your life (eight to ten hours a day) on a mattress, the only sensible thing to do is to buy the best mattress you can afford.

Kategori:Pelaburan