Utama > Unit Amanah > Dividen ASW2020 2012 6.6 sen

Dividen ASW2020 2012 6.6 sen

ASNB baru sahaja mengumumkan dividen sebanyak 6.6 sen untuk dana ASW2020 bagi tahun 2012. Petikan penuh Bernama:

KUALA LUMPUR — Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2012.

Ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM981.89 million, peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta pada tahun lepas.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, dividen itu merupakan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun lepas.

Meskipun ASNB mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sehingga 8.6 sen bagi tahun kewangan ini, namun ia membawa kehadapan dua sen seunit bagi tahun kewangan akan datang untuk membantu pengagihan pendapatan di masa depan.

“Sejumlah 907,594 pemegang unit, yang melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020 akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini,” kata Ahmad Sarji pada sidang akhbar selepas mengumumkan pengagihan pendapatan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia masih lagi mengalami suasana ketidaktentuan akibat krisis hutang Eropah yang berterusan, ASW 2020 masih mampu mencapai objektif pelaburannya sepanjang tahun kewangan susulan prestasi baik ekonomi dan pasaran saham tempatan. Pada 15 Ogos tahun ini, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar RM1,205.76 juta.

Ahmad Sarji menambah, pengagihan pendapatan itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Sept., 2012, dan semua urus niaga bagi ASW 2020 telah digantung mulai 24 Ogos hingga 2 Sept, bagi tujuan pengiraaan pengagihan pendapatan. — BERNAMA

Kategori:Unit Amanah
  1. Hurmm...
    28 Ogos 2012 at 1:27 pm

    salam… bagaimana nak join asw2020 ni ?.. ada sapa2 boleh tolong tak?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: