Utama > Emas, Hartanah, Pelaburan, Saham, Unit Amanah > RM7200 kepada RM100K

RM7200 kepada RM100K

Apakah pelaburan yang membolehkan anda yang hanya mempunyai modal RM7,200 dan ingin mencapai target RM100,000 selepas 25 tahun?

Formula matematik menunjukkan anda perlu mencari pelaburan yang boleh memberikan pulangan sekurang-kurangnya sebanyak 11.1% setiap tahun untuk 25 tahun akan datang. Terdapat beberapa pilihan pelaburan iaitu hartanah, unit trust, saham, ASB, simpanan deposit, emas dan skim cepat kaya. Yang mana satu pilihan anda.

1) Hartanah. Modal RM7200 tidak cukup. Perlu sediakan deposit 10%, caj peguam, setem duti, bil utiliti, cukai tanah dan sebagainya.

2) Unit trust. Berdasarkan rekod Public Ittikal, untuk tempoh 15 tahun memberikan pulangan 300%, tempoh 10 tahun pulangan 204%, tapi tempoh 5 tahun lepas pulangan hanya 17%. Ini menunjukkan, kadar pulangan sangat bergantung kepada entry timing. Peluang mencapai target 50/50, seperti juga pelaburan saham.

3) Saham. Kadar volatiliti yang sangat tinggi. Anda mungkin bernasib baik atau sebaliknya. Tapi peluang untuk mencapai target tetap ada. Saya meletakkan peluang 50/50.

4) ASB. Terlalu sukar dan hampir mustahil. Sejak akhir-akhir ini, ASB hanya memberi pulangan sekitar 7% – 8% sahaja.

5) Simpanan deposit. Terlalu mustahil kerana trend kini, pulangan hanyalah 2% – 3.8% sahaja.

6) Emas. Perlu imaginasi yang tinggi. Harga emas kini adalah sekitar RM180 segram, jadi anda perlu yakin yang harga emas akan mencecah RM2,500 segram 25 tahun akan datang. Ini bermakna, untuk 10 gram emas (berat biasa perhiasan emas), harganya akan mencecah RM25K.

7) Skim cepat kaya. Kemungkinan anda jadi cepat miskin.

Jadi yang mana satu pilihan anda?

Saya memilih pilihan yang ke-8 iaitu Loan ASB. Bayaran bulanan RM600 untuk tempoh 25 tahun. Dengan dividen 7% setahun, hasil dividen digunakan semula untuk membayar ansuran bulanan tahun ke-2 dan seterusnya. Hanya untuk tahun pertama sediakan RM7200. Kini Maybank menawarkan semula loan islamik ASB. Saya agak yakin, dividen 7% – 8% boleh dikekalkan oleh PNB untuk 25 tahun akan datang, kerana majoriti aset-aset dan pelaburan-pelaburan dana ASB memberikan dividen melebihi 10%.

  1. ~nurul~
    18 Oktober 2012 at 11:49 am

    amat bagus sekiaranya maybank menawarkan semula loan islamic asb..tahun depan boleh la menambahkan lagi pelaburan..

  2. Fared
    18 Oktober 2012 at 12:29 pm

    Berapa tahun bank akan charge bg asb loan….adakah setahun Je atau sepanjang pinjaman?

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: