Arkib

Archive for Disember 2012

Dividen ASB 2012 7.75 sen dan Bonus 1.15 sen

22 Disember 2012 1 komen

PNB baru saja mengumumkan kadar dividen ASB untuk tahun 2012 iaitu dividen 7.75 sen dan bonus 1.15 sen. Ianya adalah kadar tertinggi untuk tempoh 5 tahun.

Meningkat sedikit berbanding dividen tahun lepas sebanyak 7.65 sen, tapi kadar bonus kekal 1.15 sen.

Bagi mereka yang telah melabur genap 10 tahun, jumlah dividen adalah sebanyak 8.9%, suatu kadar pulangan yang sangat lumayan bagi skim pelaburan yang hampir tiada risiko. Bagi mereka yang baru melabur setahun, pulangan sebenar adalah 7.865%.

 

Petikan penuh dari Berita Harian:

————————————————————–

Kuala Lumpur: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Ia meningkat 0.1 sen seunit berbanding tahun lalu iaitu 7.65 sen seunit dan tertinggi dalam tempoh lima tahun.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan membabitkan pembayaran berjumlah RM8.13 bilion, iaitu peningkatan 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada tahun sebelumnya.

RM712.21 juta bayar bonus

Beliau berkata, ahli Lembaga Pengarah PNB juga bersetuju memperuntukkan RM712.21 juta sebagai pembayaran bonus, iaitu bersamaan 1.15 sen seunit, kadar sama diperuntukkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Pembayaran itu akan memanfaatkan 7.82 juta pemegang unit yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.

“Secara keseluruhan, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 masih memuaskan walaupun kelembapan ekonomi negara maju serta krisis kewangan di Eropah mempengaruhi pasaran saham dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Ahmad Sarji berkata, selaras falsafah dan objektif pelaburan tabung ASB sebagai tabung unit amanah berharga tetap, pengekalan modal dan kemampuan mengagihkan pendapatan secara berterusan menjadi keutamaan.

Beliau berkata, sehingga 19 Disember 2012, ASB memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM8.54 bilion.

Daripada jumlah itu, pendapatan dividen diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Sementara itu, pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus, manakala selebihnya, iaitu RM1.06 bilion atau 12.41 peratus daripada sumber pendapatan lain.

Kemaskini buku pelaburan

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari depan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB berkemampuan mengagih dividen dan bonus sebanyak 10.8 sen seunit dalam tahun kewangan dikaji, tetapi selepas dibuat pertimbangan, ia ditetapkan pada 8.9 sen seunit (7.75 sen bagi dividen dan bonus 1.15 sen).

Advertisements
Kategori:ASB

Tragedi November 2012

19 Disember 2012 Tinggalkan komen

Bulan November menyaksikan indeks KLCI jatuh secara mendadak. Dana Syariah Index telah jatuh melebihi 4%, manakala indeks KLCI pula jatuh sebanyak -3.87%.

syidx_November2012

Saya sendiri turut terperangkap, kerana yakin akan berlaku window dressing untuk 2 bulan terakhir. Nampaknya tahun ini, window dressing hanya berlaku pada minggu-minggu terakhir. Kini KLCI semakin pulih, jadi saya masih bernasib baik untuk tahun ini.

Kategori:Unit Amanah

Prestasi Syariah Index sehingga Nov 2012

18 Disember 2012 Tinggalkan komen

syidx_Nov2012

Untuk tempoh 11 bulan 2012, dana Syariah Index memberikan pulangan sebanyak 9.11% mengatasi indeks KLCI 6.43%.

Kategori:Unit Amanah

ASB Loan yang Patuh Syariah

10 Disember 2012 5 comments

Maybank kini kembali menawarkan ASB Loan yang patuh syariah dengan produk pembiayaan ASB Financing-i. Jadi kepada mereka yang masih berminat dengan ASB Loan yang mematuhi kehendak syariah, jangan lepaskan peluang ini.

Minimum 10K dan maksimum 400K. Tempoh maksimum 25 tahun atau sehingga umur 60 tahun. Yang paling menarik, produk ini tidak mengenakan sebarang locking period, jadi anda boleh terminate anytime tanpa dikenakan sebarang caj penalti.

asb_i

Kategori:ASB