Arkib

Archive for Januari 2013

Pasaran Bon vs Pasaran Wang

28 Januari 2013 Tinggalkan komen

Berlaku dilema sama ada memilih dana bond atau money market semasa switching dari dana ekuiti. Ramai yang memilih untuk switch ke dana money market kerana ia tidak mengenakan sebarang caj, berbanding dana bond yang mengenakan caj 0.25%.

Saya lebih suka memilih dana bond walaupun dikenakan caj 0.25% kerana prestasi yang lebih baik untuk jangka masa panjang. Buktinya lihat pada graf di bawah, dana bond As-Saad memberikan pulangan 4.5% berbanding dana money market Al-Ma’mun hanya 2.77% untuk tempoh setahun.

saad_vs_mamun_1year

Kategori:Unit Amanah

Aksi KLCI Januari 2013

27 Januari 2013 Tinggalkan komen

Tahun 2013 dijangkakan pasaran saham akan lebih mencabar berbanding 2012. Terutamanya KLCI yang akan dipengaruhi oleh sentimen tempatan termasuklah PRU13 yang bakal menjelang selepas tempoh 5 tahun tamat pada 27 April 2013.

Setakat ini, KLCI mula panik apabila berlaku penurunan mendadak beberapa hari lepas. Menariknya masih ada dana yang mampu memberikan prestasi yang sangat cemerlang untuk tempoh bulan Janurai 2013 sehingga hari ini. Antaranya dana MAAKL Shariah Progress yang memberikan pulangan sebanyak 3%, namun pada masa yang sama dana Syariah Index pula turun sebanyak -2.74%. Ada masanya, pulangan pelaburan dalam unit trust ni sangat bergantung kepada nasib selain faktor timing dan lain-lain.

Perhatikan graf di bawah yang menunjukkan aksi yang sangat berbeza antara dana Syariah Index dan Shariah Progress.

sydix_vs_shp_jan2013

Kategori:Unit Amanah

Peluang memiliki Rumah Pertama

4 Januari 2013 Tinggalkan komen

Inisiatif yang baik untuk mereka yang layak. Jadi jangan lepaskan peluang. Terdapat sedikit perubahan polisi yang membolehkan lebih ramai yang layak untuk memiliki rumah pertama. Ini antara good news yang terawal untuk tahun 2013 bagi mereka yang ingin melabur dalam bidang hartanah dan seterusnya memiliki hartanah rumah pertama.

———————————————————————
Income limit eligibility for My First Home up to RM5,000

KUALA LUMPUR: The income limit of individual borrowers for My First Home Scheme (SRP) will be increased from RM3,000 to RM5,000 per month effective January 2013.This enhancement was one of the SRP’s eligibility criteria slated for improvement under Budget 2013’s announcement last year, Cagamas SRP Bhd said yesterday.

For joint borrowers, it said the income limit had been increased up to RM10,000 per month, subject to the individual borrower’s income not exceeding RM5,000 per month.

“In addition, the requirement for a savings record equivalent to three months installment and minimum employment of six months will be abolish,” Cagamas SRP said.

It said the scheme allowed homebuyers to obtain 100% financing from participating banks, enabling them to own a home without having the need to pay a 10% downpayment.

“Cagamas SRP will guarantee the initial 10% of the loan under the scheme,” it added.

Cagamas was mandated in 2011 to play an active role of helping young, working Malaysians in the private sector to own their first homes under the SRP. — Bernama

Kategori:Hartanah

Prestasi Dana-dana MAAKL Cemerlang Tahun 2012

2 Januari 2013 1 komen
Kategori:Unit Amanah