Utama > Unit Amanah > Dividen Tabung Haji 2012 6.5% Bonus Khas 1.5%

Dividen Tabung Haji 2012 6.5% Bonus Khas 1.5%

Dividen yang diumumkan oleh tabung haji untuk tahun 2012 adalah merupakan kadar yang tertinggi sejak tahun 2000. Kadar ini mampu menandingi dividen yang diumumkan oleh PND untuk dana ASB.

tabunghaji2012

Petikan penuh BERNAMA:

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan 6.5 peratus dan bonus khas 1.5 peratus, akan dibayar pada 10 Februari ini kepada 8.2 juta pendeposit.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sempena Sambutan Jubli Emas TH, pengurusan TH memberi hadiah istimewa kepada para pendeposit.

“Bonus Jubli Emas TH, melibatkan RM2.46 bilion yang terdiri daripada bonus tahunan sebanyak RM2.13 billion dan bonus khas sebanyak RM325 juta.

“Bayaran bonus tahunan ini menunjukkan peningkatan 27 peratus kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.68 bilion pada tahun 2011,” katanya selepas mengumumkan Bonus Jubli Emas TH 2012 di ibu negara hari ini.

Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012

1994 : 9.5%
1995 : 9.5%
1996 : 9.5%
1997 : 9.5%
1998 : 8.0%
1999 : 8.0%
2000 : 5.5%
2001 : 3.25%
2002 : 3.5%
2003 : 4.0%
2004 : 4.3%
2005 : 4.5%
2006 : 4.75%
2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
2008 : 5.0%
2009 : 5.0%
2010 : 5.5%
2011 : 6.0%
2012 : 6.5% + 1.5 Bonus (Terkini)

Kategori:Unit Amanah
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: