Arkib

Archive for Mac 2013

ASNB umum agihan pendapatan lebih tinggi dana ASG

Hari ini satu lagi pengumuman agihan pendapatan oleh ASNB. Seperti biasa, seperti juga dana-dana lain yang harga unit berubah mengikut pasaran, pendapatan yang diagihkan tidaklah memberi sebarang nilai tambahan kepada pelabur. Selepas sahaja agihan dibuat, harga nilai pelaburan akan turut turun, dan jumlah nilai pelaburan dan tunai agihan ditangan akan tetap sama seperti sebelum agihan. Agihan pendatapan seperti ini sebenarnya lebih bersifat gimik sahaja. Ia juga amat popular dilakukan oleh dana-dana yang diuruskan oleh pengurusan swasta. Tidak seperti ASB, ASM dan ASW2020 yang mengagihkan dividen kepada pelabur dalam bentuk wang tunai tambahan yang ‘real’.
Petikan penuh berikut oleh BERNAMA:
Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan lebih tinggi bagi kesemua tiga dana dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2013.Pemegang unit ASG-Pendidikan akan menerima agihan pendapatan 7.10 sen seunit, meningkat daripada 7.0 sen seunit pada tahun lepas, manakala pengagihan bagi ASG-Kesihatan ialah 7.20 sen seunit berbanding 7.10 sen pada 2012 dan bagi ASG-Persaraan, 7.30 sen berbanding 7.05 sen pada tahun sebelumnya.ASG-Pendidikan diperuntukkan sejumlah RM5.25 juta bagi pengagihan pendapatan tahun ini berbanding RM3.64 juta tahun lepas, kata Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hari ini.

Pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 21,460 pemegang unit ASG-Pendidikan yang melanggan 73.969 juta unit tabung berkenaan, katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan itu di Kuala Lumpur.

Sehingga 19 Mac, ASG-Pendidikan merekodkan pendapatan kasar RM5.72 juta, disumbangkan oleh keuntungan penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM3.20juta), pendapatan dividen (RM1.60 juta) dan pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek (RM920,000).

Bagi ASG-Kesihatan, ASNB memperuntukkan sejumlah RM6.50 juta bagi agihan pendapatan tahun ini berbanding RM4.57 juta tahun lepas.

Pengagihan pendapatan itu akan memberi manfaat kepada 14,472 pemegang unit yang melanggan 90.316 juta unit tabung berkenaan, kata PNB.

Sehingga 19 Mac, 2008, ASG-Kesihatan merekodkan pendapatan kasar RM7.49 juta, disumbangkan oleh penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM4.25 juta), pendapatan dividen (RM2.25 juta) dan pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek (RM990,000).

Bagi ASG-Persaraan, ASNB menyediakan pembayaran berjumlah RM1.66 juta bagi agihan pendapatan tahun ini berbanding RM1.49 juta tahun lepas.

Pembayaran itu memberi manfaat kepada 3,393 pemegang unit ASG-Persaraan yang melanggan 22.801 juta unit tabung ini.

Sehingga 19 Mac, ASG-Persaraan mencatatkan pendapatan kasar RM2.18 juta, disumbangkan oleh penjualan saham dalam syarikat-syarikat (RM960,000), pendapatan dividen (RM870,000) dan pendapatan daripada pelaburan dalam instrumen-instrumen jangka pendek (RM350,000).

Ketiga-tiga unit amanah dalam ASG adalah “dana pertumbuhan dan pendapatan” dengan objektif dan pembahagian aset berbeza bagi setiap tabung.

ASG adalah dana harga berubah-ubah dan setiap pelabur dibenarkan untuk melanggan unit-unit dalam ketiga-tiga tabung ini tanpa had.

– Bernama

Advertisements
Kategori:Unit Amanah

ASNB mengagihkan dividen 6.5 sen untuk Amanah Saham Malaysia

ASNB mengumumkan dividen sebanyak 6.5 sen untuk Amanah Saham Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2013. Kadar yang agak baik buat ketika ini, memandangkan suasana pasaran tempatan yang agak tidak menentu sekarang.

Petikan BERNAMA:

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), a wholly-owned subsidiary of Permodalan Nasional Bhd (PNB), has announced a 6.50 sen dividend per unit for Amanah Saham Malaysia (ASM) for the financial year ending March 31.

ASNB has also announced a special income distribution of 0.30 sen per unit as a token of appreciation to ASM investors for their support.

The income distribution of 6.80 sen per unit was higher than the 6.50 sen per unit paid last year, PNB Chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid said.

He said the income distribution would involve a total payout of RM913.85mil, an increase of 11.6%, compared with the RM818.62mil paid out last year.

“The payment will benefit 542,809 unitholders who currently hold 13.44 billion units of ASM,” he told a briefing.

PNB president and chief executive officer Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman said the income distribution had the potential to be as much as 8.4 sen per unit, but the group decided to carry forward the remaining 1.6 sen per unit to the next financial year.

“We will continue our focus on investing in properties in the London market. If there are opportunities in terms of new development there, we will look into it,” he added.

Until March 11, ASM had recorded a gross income of RM1.07bil while profit from the sale of shares contributed 47.3% of the gross income.

Dividend income from investment in companies contributed 35.3% while the remaining 17.4% was derived from investments in short-term instruments.

The income distribution would be reinvested in additional units and be automatically credited into unitholders’ account on April 1 to enable them to benefit on the return from the growth of the ASM fund units.

ASM transactions at all branches and agents nationwide would be suspended from March 26-31 to facilitate the calculation of income distribution, and unitholders can update their investment books beginning April 1. — Bernama

Kategori:Unit Amanah