Utama > Unit Amanah > Dividen Dana Ekuiti adalah Gimik

Dividen Dana Ekuiti adalah Gimik

Masih ramai pelabur yang masih keliru dengan pengumuman dividen yang biasa diumumkan oleh institusi yang mengurus dana unit trust. Istilah yang digunakan bukan dividen tetapi agihan atau distribution, kerana istilah dividen mempunyai maksud yang berlainan. Dividen lebih tepat untuk pulangan yang diumumkan oleh ASB dan ASW2020 yang memberikan pulangan dalam bentuk tunai.

Agihan yang diumumkan untuk dana-dana ekuiti pula lebih bersifat gimik dan tidak memberikan sebarang nilai tambah terhadap pelaburan anda. MAAKL baru saja mengumumkan agihan untuk 4 dana ekuiti untuk tempoh berakhir 30 Jun 2013 dengan peratusan seperti berikut:

agihan_maakl_jun2013

Dan ini pula harga harian dana MAAKL pada 1 Julai 2013:

maakl_price_1july2013

Perhatikan kesemua dana yang terlibat mengalami penurunan harga dengan peratusan yang hampir sama dengan agihan. Dalam kes di atas kadar peratusan agihan lebih tinggi sedikit berbanding kadar penurunan peratusan harga kerana kebetulan bursa saham mengalami sedikit kenaikan pada tarikh 1 Julai 2013. Mekanisme sebenar pengiraan agihan ini sebenarnya ada dinyatakan dalam prospektus untuk rujukan para pelabur.

Jadi, jika ada sebarang pengumuman agihan untuk dana-dana ekuiti selepas ini, anggap sahaja ia sebagai penyeri sahaja. Amat berlainan dengan dana-dana yang berharga tetap seperti ASB dan ASW2020.

Kategori:Unit Amanah
  1. shahrol
    5 Julai 2013 at 2:28 am

    Macam buruk siku jer dah bagi ambil balik? Betul ke tafsiran teman ni.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: