Arkib

Archive for the ‘Saham’ Category

Jom Masuk Dana Ekuiti Semula Hari Ini

23 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Pasaran saham di Asia pagi ini semuanya berwarna hijau. Saham di US dan Eropah malam tadi juga telah bertukar hijau. Jika semuanya kekal hijau sehingga petang ini, maknanya ada peluang baik untuk masuk semula ke dana ekuiti dan turut serta buat quick profit bila berlaku technical rebound.

Lazimnya, admin akan menunggu sehingga pukul 3.45 petang sebelum membuat keputusan melakukan transaksi switching. Pasaran saham Eropah akan mula dibuka pukul 3 petang. Jika semua petanda baik buy signal masih kekal, kemungkinan besar akan melakukan switching petang ini.

KLCI-23-Aug

Categories: Saham, Unit Amanah

Tunggu Dulu, Jangan Membeli di Bursa Malaysia Sekarang

22 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Hari ini, pasaran saham global masih terus jatuh ekoran daripada kejatuhan Wall Street 6 hari berturut-turut. Minit mesyuarat Fed pula tidak menyatakan mesej yang jelas menyebabkan pelabur terus keliru. Bursa Malaysia tidak terkecuali, terutamanya apabila Indeks Saham di Indonesia dan Thailand serta Singapura terus merudum.

Jadi buat masa ini, lebih baik tunggu dan lihat sehingga kemunculan buy signal yang meyakinkan dari kesemua arah. Tapi mesti bersedia untuk masuk semula ke ekuiti, lagipun KLCI telah jatuh melebihi 3 peratus setakat ini.

klci_22Aug

Categories: Saham, Unit Amanah

Masa Untuk Membeli di Bursa Malaysia

21 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Hari ini carta di Bursa Malaysia dan pasaran saham global telah agak stabil berbanding 2 hari berturut-turut yang lepas. Kepada pelabur yang telah sempat switch ke dana Bond atau Money Market sebelum berlaku kejatuhan mendadak, boleh bersedia untuk masuk semula ke dana ekuiti. Bursa Malaysia telah jatuh melebihi 2 peratus, jadi ia peluang baik untuk kembail ke pasaran saham dan turut serta apabila berlaku technical rebound minggu hadapan.

KLCI-21-Aug

Categories: Saham, Unit Amanah

Ramalan untuk KLCI Hujung Julai

26 Julai 2013 Tinggalkan komen

klci_25july2013

KLCI nampaknya terus bergerak ke puncak sejak pilihanraya ke-13 berakhir, walaupun ada sedikit correction sebentar pada penghujung bulan Jun.Minggu ini ia mencatat rekod terbaru apabila mencecah paras 1810.

Berdasarkan graf di atas, saya menjangkakan KLCI akan jatuh mendadak pada minggu depan sekitar 15 – 20 mata, malah mungkin akan lebih teruk lagi. Sama-sama kita nantikan aksi KLCI sebelum menjelang lebaran. Buat masa ni, admin masih dalam mood tunggu dan lihat.

Categories: Saham

Tips dan Idea Melabur dalam Saham

7 Julai 2013 Tinggalkan komen

Melabur dalam saham adalah antara instrumen yang agak berisiko tinggi jika tidak ada pengetahuan. Saya ingin kongsikan beberapa maklumat yang mungkin berguna kepada para pelabur.

icapital.biz adalah pengurus dana yang mempunyai rekod cemerlang dalam pelaburan saham di KLCI. Antara dana yang diuruskan adalah dana ICAP yang setakat ini telah bernilai RM2.96 berbanding nilai asal RM1.00 sejak dilancarkan pada 19 Oktober 2005.

icap_sep2012

Berdasarkan portfolio di atas, pegangan ICAP dalam PADINI dan PETDAG telah memberi pulangan yang paling lumayan. Untuk tempoh 7 tahun iaitu sejak Oktober 2005 sehingga September 2012, PADINI telah meningkat melebihi 600% dan PETDAG pula melebihi 400%.

Ketika ini KLCI agak berisiko:

klci_5july2013

Saya masih sabar menunggu untuk KLCI membuat correction ke paras 1400 – 1500, sebelum boleh masuk semula melabur dalam KLCI secara direct. Dan apabila ia berlaku, hanya 2 kaunter iaitu PADINI dan PETDAG yang saya akan berminat untuk melabur. Ini berdasarkan rekod kedua-dua kaunter ini yang cemerlang untuk tempoh 7 tahun yang lepas.Lagipun saya memang pernah membeli saham kedua-dua kaunter ini pada tahun 2007 dan kemudian menjual kesemuanya sekitar tahun 2011, dan pulangan yang diperolehi memang lumayan.

Buat masa ini, saya lebih tumpukan kepada pelaburan hartanah, dan akan terus menunggu sehingga KLCI berada paras yang lebih sesuai.

Categories: Saham

Malaysian stock market correction expected

4 Julai 2013 Tinggalkan komen

Tips ini sangat penting untuk pelabur yang terlibat terutamanya dengan saham dan unit trust.

KUALA LUMPUR: The benchmark FBM KLCI may be due for a correction this quarter as valuations were not sustainable although the downside should be well-supported by strong liquidity in the banking system.

Kenanga Investment Bank Bhd research head Chan Ken Yew said the index was trading at a mere 3.5% discount to its consensus target of 1,840.

KLCI-3-Jul

However, when the market does correct, he believes that the excess liquidity in the banking system, standing at RM317.9bil, will be able to cushion the selldown.

He said based on May numbers, the foreign fund outflow at RM4.2bil compared with RM18.8bil in total foreign net buying was “still very manageable.”

To add to that, the third quarter was typically a weaker season for the market as shown by past records and in the past five years, he said, adding: “We have seen corrections typically around August and September.”

That said, the research house added that it foresaw decent upside in the next twelve months.

Kenanga set its KLCI 12-month target at 1,870 and year-end target at 1,810.

“The upside is there and we see a correction as an opportunity to buy into weakness,” Chan said.

He added that timing was important and when the market hit 1,720, a 6% discount to market price, it would be a good time.

“We advise investors to sell when the composite index trades at more than 1,810 but we prefer they buy on weakness than sell on strength.”

Among the sectors Kenanga favours for the third quarter are building materials and construction as well as oil and gas.

Chan is cautious about property stocks, preferring developers that do not offer developer interest bearing scheme due to potential administrative measures in that respect.

“We also keep our mind open for the plantation sector as we suspect the crude palm oil prices could have bottomed out or still bottoming,” he said. “We will wait for strong signs of turnaround before we go aggressive on the sector.”

While the weakening of the ringgit against the US dollar should benefit export-oriented glove stocks, a stronger dollar also meant bleak days for airline operators as their interest expenses could hike up.

Chan’s other recommendation is to be selective on high-yielding stocks, with the exception of telco counters, during the quarter.

“We believe the consumer sector, especially the retail sub-segment, could be affected by the long-anticipated cut in subsidies and goods and services tax implementation.

Coupled with higher bond yield, he reckoned valuations of high-yielding stocks could be under pressure, like Malaysian real estate investment trusts.

Chan believed that the telco sector could be a dark horse, being a laggard-play.

“Although they still give good dividends, at least they are laggard as on a year-to-date basis, telco stocks are underperforming the KLCI by 8.7%.”

For more aggressive investors, Chan noted that they could consider stocks sold down by the recent foreign outflow.

A look at Kenanga’s top stock picks listed AirAsia Bhd, Asia Brands Bhd, Crest Builder Holdings Bhd, DiGi.com Bhd, Gamuda Bhd, IJM Plantations Bhd, Kossan Rubber Industries Bhd, Magnum Bhd, Muhibbah Engineering Bhd, SapuraKencana Petroleum Bhd and Tenaga Nasional Bhd.

Categories: Saham, Unit Amanah

Bursa Jatuh Lagi Pagi Ini

6 Februari 2013 Tinggalkan komen

Sekali lagi saya bernasib baik kerana semalam sempat menjual semua unit dalam ekuiti dan swith ke dana bond. Ternyata pagi ini, Bursa telah jatuh dengan teruk sehingga 15 mata iaitu hampir -1%.

Bursa_pagi_20130206

Jangkaan saya sebelum ini Bursa akan melakukan teknikal rebound tetapi ia terlalu kecil, sebaliknya Bursa terus turun. Mungkin akan terus turun -150 daripada paras 1699 iaitu ke paras serendah 1550. Faktor GE13 memainkan peranan penting ketika ini.

Jika pilihanraya diadakan pada bulan hujung Mei atau awal Jun, boleh switch semula selepas itu. Apapun, kita tunggu aksi Bursa sebelum membuat tindakan selanjutnya. Buat masa ini lebih baik tunggu dan lihat sahaja.

Categories: Saham, Unit Amanah

Dilindungi: Mesti Baca untuk Stock Trader

31 Oktober 2012 Masukkan kata laluan anda untuk melihat komen.

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Categories: Artikel Premium BSB, Saham

RM7200 kepada RM100K

18 Oktober 2012 2 comments

Apakah pelaburan yang membolehkan anda yang hanya mempunyai modal RM7,200 dan ingin mencapai target RM100,000 selepas 25 tahun?

Formula matematik menunjukkan anda perlu mencari pelaburan yang boleh memberikan pulangan sekurang-kurangnya sebanyak 11.1% setiap tahun untuk 25 tahun akan datang. Terdapat beberapa pilihan pelaburan iaitu hartanah, unit trust, saham, ASB, simpanan deposit, emas dan skim cepat kaya. Yang mana satu pilihan anda.

1) Hartanah. Modal RM7200 tidak cukup. Perlu sediakan deposit 10%, caj peguam, setem duti, bil utiliti, cukai tanah dan sebagainya.

2) Unit trust. Berdasarkan rekod Public Ittikal, untuk tempoh 15 tahun memberikan pulangan 300%, tempoh 10 tahun pulangan 204%, tapi tempoh 5 tahun lepas pulangan hanya 17%. Ini menunjukkan, kadar pulangan sangat bergantung kepada entry timing. Peluang mencapai target 50/50, seperti juga pelaburan saham.

3) Saham. Kadar volatiliti yang sangat tinggi. Anda mungkin bernasib baik atau sebaliknya. Tapi peluang untuk mencapai target tetap ada. Saya meletakkan peluang 50/50.

4) ASB. Terlalu sukar dan hampir mustahil. Sejak akhir-akhir ini, ASB hanya memberi pulangan sekitar 7% – 8% sahaja.

5) Simpanan deposit. Terlalu mustahil kerana trend kini, pulangan hanyalah 2% – 3.8% sahaja.

6) Emas. Perlu imaginasi yang tinggi. Harga emas kini adalah sekitar RM180 segram, jadi anda perlu yakin yang harga emas akan mencecah RM2,500 segram 25 tahun akan datang. Ini bermakna, untuk 10 gram emas (berat biasa perhiasan emas), harganya akan mencecah RM25K.

7) Skim cepat kaya. Kemungkinan anda jadi cepat miskin.

Jadi yang mana satu pilihan anda?

Saya memilih pilihan yang ke-8 iaitu Loan ASB. Bayaran bulanan RM600 untuk tempoh 25 tahun. Dengan dividen 7% setahun, hasil dividen digunakan semula untuk membayar ansuran bulanan tahun ke-2 dan seterusnya. Hanya untuk tahun pertama sediakan RM7200. Kini Maybank menawarkan semula loan islamik ASB. Saya agak yakin, dividen 7% – 8% boleh dikekalkan oleh PNB untuk 25 tahun akan datang, kerana majoriti aset-aset dan pelaburan-pelaburan dana ASB memberikan dividen melebihi 10%.

Mini Rally KLCI

9 Oktober 2012 Tinggalkan komen

Secara tradisi bulan Oktober hingga Disember akan menyaksikan rally untuk KLCI. Adakah tahun 2012 akan berlaku ulangan yang serupa. Sama-sama kita tunggu. Carta di bawah menunjukkan aksi harian KLCI untuk beberapa hari yang lepas.

Categories: Saham
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 148 other followers