ASB memberi pulangan 30% setahun sejak dilancarkan

19 Ogos 2013 Tinggalkan komen

Post ini asalnya diterbitkan pada 25 Mac 2011. Diterbitkan semula untuk tatapan para pelabur baru untuk membuat kajian dan perbandingan supaya dapat membuat keputusan yang bijak dan teratur.

Satu fakta tentang skim ASB yang sukar untuk ditandingi ialah prestasinya yang sangat mengagumkan sejak dilancarkan pada 2 Januari 1990. Ciri ASB yang unik ialah selain dividen yang dikira berdasarkan baki minimum bulanan, ia juga memberikan bonus yang dikira berdasarkan baki minimum bulanan untuk 10 tahun terakhir.

Sejak dilancarkan, ASB memberikan cummulative return antara 8 – 12%. Disebabkan oleh ciri cummulative return (compounded dividen + bonus), ASB memberi pulangan purata 30% setahun sejak dilancarkan pada Januari 1990 hingga Disember 2010. Maknanya, jika anda melaburkan RM10K pada 2 Jan 1990, nilainya pada 31 Dis 2010 (tempoh 21 tahun) adalah RM73K iaitu kenaikan sebanyak 630%. Secara kumulatif, ASB memberikan pulangan 10% compounded setiap tahun, untuk tempoh selama 21 tahun. Satu rekod yang sangat sukar diatasi oleh mana-mana dana. Prestasi yang amat menakjubkan untuk suatu dana yang berharga tetap. Itulah magic yang ada pada ASB.

Ciri-ciri lain yang sangat menarik ASB ialah ia berharga tetap RM1 seunit, tiada sebarang caj pembelian dan jualan, serta pelaburan minimum serendah RM10 dan tambahan minimum RM1.

Carta di bawah menunjukkan nilai pelaburan meningkat daripada 10K (Jan 1990) kepada 73K (Dis 2010). Jika anda melabur sebanyak 100K pada Jan 1999, skim ASB akan menjadikan anda JUTAWAN ASB pada Dis 2013, kerana nilai pelaburan anda akan meningkat kpd 985K (kurang 15K untuk mencapai RM1 juta) selepas 24 tahun. Mudah dan risiko zero.

Kategori:ASB, Pelaburan

Plan Pelaburan Menjadi Jutawan Melalui ASB Loan

6 Ogos 2013 1 komen

Cara mudah mencapai target amaun 100K adalah antaranya melalui ASB loan. Risiko agak rendah dan sangat mudah. Pelabur hanya perlu disiplin untuk terus melabur bagi tempoh yang telah ditetapkan.

Jadual di bawah menunjukkan beberapa amaun ASB loan yang boleh dipilih untuk mencapai target amaun bagi tempoh 20 tahun dengan kadar dividen ASB 8% setahun.

ASB Loan Bulanan Dividen Tempoh Jumlah Terkumpul
 $  200,000.00 $1,315.00 8% 20  $      932,191.43
 $  100,000.00 $658.00 8% 20  $      466,095.71
 $    50,000.00 $329.00 8% 20  $      233,047.86
 $    30,000.00 $198.00 8% 20  $      139,828.71

Bagi mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, boleh memilih plan yang lebih panjang tempohnya iaitu 25 seperti dalam jadual di bawah:

ASB Loan Bulanan Dividen Tempoh Jumlah Terkumpul
 $  200,000.00 $1,164.00 8% 25  $  1,369,695.04
 $  100,000.00 $582.00 8% 25  $      684,847.52
 $    50,000.00 $291.00 8% 25  $      342,423.76
 $    30,000.00 $175.00 8% 25  $      205,454.26

Tidak ramai yang mampu memberi komitmen melabur RM1,3++ sebulan sepanjang 20 tahun. Tapi pelabur masih boleh memilih plan kedua RM6++ sebulan, atau plan ketiga RM3++. Tapi pasti ramai yang mampu melabur sekurang-kurangnya RM200 sebulan. Kelebihannya, risiko terlalu rendah, jika BLR naik mendadak pelabur boleh terminate ASB loan serta-merta. Hanya satu syarat utama iaitu dividen yang diterima setiap awal tahun tidak boleh dikeluarkan supaya amaun tersebut terus menerima kesan compounded return untuk tempoh yang telah ditetapkan.

Kategori:ASB, Pelaburan

Prestasi Sebenar Unit Trust

Apa yang dipaparkan dalam prospektus UT kebanyakannya tidak menyatakan gambaran sebenar prestasi dana-dana tersebut. Para pelabur perlu lebih berhati-hati apabila membuat penilaian.

Secara umumnya, pelaburan dalam UT memerlukan anda perlu mengetahui timing dan risiko bagi mengoptimumkan pulangan sebenar.

Graf di bawah menunjukkan prestasi dana Public Ittikal sejak dilancarkan pada Mei 1997 sehingga kini (Ogos 2013). Pulangan yang dipaparkan adalah 336.5%. Sekilas pandang, prestasi ini sangat cemerlang. Tetapi sebenarnya, jika menggunakan pengiraan compounded return, untuk tempoh 16 tahun ini, pulangan yang lebih bermakna adalah compounded return 9.65% setahun dan bukannya pulangan purata tahunan 21% setahun (336.5% / 16 tahun).

pittikal_20130802

Untuk tempoh 13 tahun bermula Jan 2000 hingga Disember 2012, pulangan yang dipaparkan adalah 217.65%, iaitu purata pulangan tahunan 16.74%. Tapi compounded return hanyalah 9.3% setahun.

pittikal_2000_2012

Ini pula prestasi yang amat tidak cemerlang bagi tempoh 5 tahun (Jan 2008 – Dis 2012) dengan pulangan hanyalah 13.54%, iaitu purata tahunan 2.7%.

pittikal_2008_2012

Ini pula prestasi terbaik dana Public Ittikal iaitu tempoh 4 tahun (Jan 2009 – Dis 2012). Jumlah pulangan adalah 72.97%, iaitu puratan pulangan 18.25%. Tapi compounded return rendah sedikit iaitu pada kadar pulangan 14.7% setahun.

pittikal_2009_2012

Jadi sebelum anda melabur dalam UT, pastikan anda tahu keadan semasa pasaran saham kerana timing sangat penting. Dan pastikan juga anda sanggup menerima risiko pasaran saham yang sentiasa turun naik. Pengiraan di atas tidak mengambilkira caj belian yang dikenakan iaitu 5.5% hingga 6.5%. Dan jika caj ini turut diambilkira, pastinya pulangan sebenar adalah lebih rendah.

Teknik Mudah ASB Loan Capai 50K

Teknik ASB Loan memang sesuai bagi mereka yang baru berjinak dalam bidang pelaburan. Bagi bakal pelabur yang baru bermula, jumlah yang mudah adalah dengan ASB loan RM50K. Dan untuk tempoh 20 tahun, ansuran bulanan adalah sebanyak RM330, maknanya setahun RM3960.

Genap setahun, dividen ASB pada kadar 8% akan memberikan pulangan sebanyak RM4000. Saya cadangkan pelabur untuk tidak mengusik hasil dividen ini 3 tahun berturut-turut. Selepas genap 3 tahun, amaun dividen terkumpul dalam akaun ASB adalah sekitar RM13,000 + RM4700 = RM17,700. Amaun RM4,700 adalah equity gain untuk tempoh 3 tahun. Selepas mencapai target ini, pelabur boleh memilih untuk menamatkan ASB loan, dan membiarkan sahaja amaun RM17,700 ini dalam akaun ASB untuk tempoh 14 tahun. Hasilnya selepas genap 3+14 = 17 tahun, amaun akumulatif adalah sebanyak RM52K. Pelabur telah menjimatkan masa selama 3 tahun untuk mencapai target melebihi 50K.

Teknik ini hanya memerlukan pelabur untuk memberikan komitmen ASB loan selama 3 tahun. Kelebihannya, pelabur masih mencapai target 50K, dan pada masa yg sama terlepas daripada komitmen ASB loan untuk tempoh yg terlalu panjang. Pelabur juga dicadangkan untuk membayar takaful secara tunai (jika mampu) dan tidak memasukkannya ke dalam pakej ASB loan bagi memudahkan pengiraan.

AMAUN ASAL DIVIDEN TEMPOH AMAUN TERKUMPUL
$ 17,700.00 8% 14 $ 51,988.33
$ 10,800.00 8% 20 $ 50,338.34
$ 21,500.00 8% 20 $ 100,210.58

Teknik ini mengandaikan kadar BLR 6.6% sekarang tidak berubah untuk 3 tahun akan datang, dan kadar dividen ASB pula 8% untuk tempoh 17 tahun. Bank kini mengenakan kadar faedah 4.95% iaitu BLR – 1.65% untuk amaun 30K dan ke atas.

Kategori:ASB

Prestasi Dana Syariah Index dan Al-Fauzan sehingga Julai 2013

Dana Syariah Index memberikan pulangan 7.37%, manakala Al-Fauzan pula lebih baik dengan pulangan 13.22%.

syidx_20130731

Ini pula prestasi kedua-dua dana sejak bulan Mei hingga Julai 2013.

syidx_MayJul2013

 

Dan ini pula prestasi kedua-dua dana bagi bulan Julai 2013.

syidx_July2013

 

Kategori:Unit Amanah

Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012

Bagi mereka yang lebih gemar melabur di tabung haji, berikut adalah rekod dividen untuk rujukan:

  1. 1994 : 9.5%
  2. 1995 : 9.5%
  3. 1996 : 9.5%
  4. 1997 : 9.5%
  5. 1998 : 8.0%
  6. 1999 : 8.0%
  7. 2000 : 5.5%
  8. 2001 : 3.25%
  9. 2002 : 3.5%
  10. 2003 : 4.0%
  11. 2004 : 4.3%
  12. 2005 : 4.5%
  13. 2006 : 4.75%
  14. 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  15. 2008 : 5.0%
  16. 2009 : 5.0%
  17. 2010 : 5.5%
  18. 2011 : 6.0%
  19. Dividen Tabung haji 2012 : 6.5% + 1.5 Bonus (Terkini)

Ramalan untuk KLCI Hujung Julai

26 Julai 2013 Tinggalkan komen

klci_25july2013

KLCI nampaknya terus bergerak ke puncak sejak pilihanraya ke-13 berakhir, walaupun ada sedikit correction sebentar pada penghujung bulan Jun.Minggu ini ia mencatat rekod terbaru apabila mencecah paras 1810.

Berdasarkan graf di atas, saya menjangkakan KLCI akan jatuh mendadak pada minggu depan sekitar 15 – 20 mata, malah mungkin akan lebih teruk lagi. Sama-sama kita nantikan aksi KLCI sebelum menjelang lebaran. Buat masa ni, admin masih dalam mood tunggu dan lihat.

Kategori:Saham