Utama > ASB, Hartanah, Pelaburan > Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Kelmarin baru dilancarkan 1 lagi dana untuk mereka yg ingin melabur dalam sektor hartanah. Saya belum baca prospektusnya lagi. Dana ni khas untuk Bumiputera. Setakat ni  saya belum dapat maklumat yg mencukupi dan meyakinkan, jadi tunggu dan lihat dulu.


Maksimumkan Keuntungan Pelaburan ASB anda dengan Pakej Easy-ASB

Berikut petikan penuh drp bernama:

PHB lancar Amanah Hartanah Bumiputera bersaiz RM1 bilion

2010/11/29

KUALA LUMPUR: Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) hari ini melancarkan dana pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bersaiz RM1 bilion, yang membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah.

Skim pelaburan itu yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, terbuka kepada pelabur Bumiputera berumur tiga bulan ke atas, dengan pelaburan permulaan sebanyak RM500.

“Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung akan berpeluang untuk memiliki pegangan dalam hartanah utama. Unit-unit amanah ini akan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PHB Kamalul Arifin Othman pada majlis pelancaran skim itu di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya bekerjasama dengan Maybank bagi memudahkan pelabur menjalankan urusan transaksi skim amanah itu.

“Sehubungan itu, pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank, yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara, untuk membeli unit-unit AHB,” katanya.

Mengenai pulangan AHB, Kamalul Arifin berkata pihaknya menjangkakan pulangan yang bakal diterima pelabur skim itu tidak kurang daripada enam peratus berdasarkan prestasi hartanah di kawasan Segitiga Emas.

Beliau berkata Pelabuhan Hartanah juga akan memperbesar saiz skim amanah itu pada masa depan.
Katanya pihaknya akan terus mengenal pasti peluang-peluang perniagaan melalui pembelian hartanah perdana serta membangunkan projek hartanah, terutama dalam sektor pembangunan hartanah komersial.

“Kami merancang membesarkan saiz dana sebanyak RM500 juta lagi tahun depan,” katanya.

Ditubuhkan pada Mei 2006, PHB ialah anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera, yang aktiviti utamanya sebagai syarikat pemegang pelaburan.

Pada masa ini, nilai hartanah miliknya melebihi RM1 bilion, kebanyakannya di Lembah Klang. – BERNAMA

Gandakan Wang anda dengan Unit Trust. Jangan lepaskan peluang ini.

Kategori:ASB, Hartanah, Pelaburan
  1. shah
    20 Mac 2011 at 2:19 am

    salam..saya pun baru 2 hr lepas nak bukak ahb ni…tp dh closed plak….so lau ade sapa yg tau die nak bukak fund balik,inform2 la ek…TQ…terlewat nak bukak coz sibuk nak cekau duit 500 tu untuk starting open…sedih gak:(

  2. zepp
    22 Mac 2011 at 8:27 pm

    Shah………selalu ctc org m.bank..tanya2 pasal ahb ni..ada kosong atau tk..kena selalu tanya diaorg tu…ada je…ko terus beli…ko dh buat kptsan bijak.semuga ko dpt 500unit utk membeli ahb..syabas…

  3. greenhorn kid
    27 Mac 2011 at 11:46 pm

    in waiting list bak kata pegawai bank kuning……

  4. greenhorn kid
    27 Mac 2011 at 11:51 pm

    sementara tgu ahb amek asb dlu… kalu sesapa ada adek kecik or anak kecik pegi je buat buku asb…. coz nanti kalu dah besar senang untung besar sket bebanfing baru bukak, jgn jadi macam ak dah besau panjang baru tau camna nak bukak

  5. greenhorn kid
    27 Mac 2011 at 11:51 pm

    sementara tgu ahb amek asb dlu… kalu sesapa ada adek kecik or anak kecik pegi je buat buku asb…. coz nanti kalu dah besar senang untung besar sket bebanding baru bukak, jgn jadi macam ak dah besau panjang baru tau camna nak bukak

  6. greenhorn kid
    27 Mac 2011 at 11:53 pm

    ah sudah camna boleh terhantar 2 komen sama pulak ni…..

    • ayubaik
      15 Mei 2011 at 9:28 pm

      haha.. semangat kot

  7. munirah
    3 April 2011 at 11:41 am

    sy pun berminat,and family sy dah join pelaburan hartanah,memang akan menguntgkan kita juga..namun perincian megenai pelaburan nea sy lbh samar2 dalam pembhagian dividennya..adakah dividennya akan d msukan kea dlmbuku pelabran asb kita?ada sesiapa blh bantu sy?

  8. Azman
    7 April 2011 at 11:45 am

    Salam,
    Aku baru je balik dari Maybank Kulim Hi-Tech. Aku berjaya masuk AHB dengan nilai RM10K setelah dimaklumkan aku layak untuk buat pelaburan untuk jumlah berkenaan.

  9. greenhorn kid
    17 April 2011 at 12:45 am

    dia dah bukak balek ker????

  10. din
    18 April 2011 at 9:55 am

    dividen akan dimasukkan dalam akaun yang kita pilih sendiri masa isi borang pelaburan ahb tu. bila la dividennya nak keluar ye… dah pertengahan bulan 4 dah. tapi tak dengar cerita pun.. ade sapa2 yang tau .. boleh la bagi tau sikit

    • Jue
      18 April 2011 at 10:49 am

      Last friday ada kat berita metro dividen dpt 6.3%..

  11. Jue
    18 April 2011 at 10:55 am

    PHB, iaitu anak syarikat Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera mengumumkan pengagihan pendapatan pertama sebanyak 2.17 sen seunit untuk tempoh empat bulan berakhir 31 Mac 2011, yang boleh ditaksirkan sebagai pulangan tahunan 6.50 peratus setahun.

  12. din
    18 April 2011 at 11:47 am

    aku baru je dapat maklumat dari internet nie…. dividen ahb akan dimasukkan dalam akaun masing2 pada hari ini.. 18.4.2011… dengan kadar dividennya 2.17… tak la tinggi sangat.. tapi kira ok la untuk permulaan. boleh la tengok akaun masing2 bape yang masuk… hehehehehe

  13. Carmelica
    20 April 2011 at 2:30 pm

    Helo,
    saya nak tau lah pengiraan dividen nie berapa ?
    tadi sya kol maybank ..
    and dia kata cara pengiraan ;-

    500 X berapa hari dilabur duit tersebut dalam AHB / 360 hari X 2.17 %

    contoh :-

    500 x 60 = 30000
    30000 / 360 hari = 83.333
    83.333 x 2.17 % = 1.8083

    Dividen yang diterima = 1.8083

    betul ke ye?
    tapi waktu baca berita harian 15.04.2011 dividen bagi seunit adalah 2.17sen ..
    so sy agak sedikit keliru sama ada ia dikira dalam bentuk RM atau Persen? erk?
    anybody know?

  14. din
    21 April 2011 at 1:17 pm

    sama la tu.. satu unit sama dengan rm 1. jadi kalau 2.17 sen pun betul.. 2.17% pun betul..

  15. din
    22 April 2011 at 9:52 am

    dari segi pengiraannya saya rasa untuk 4 bulan.. jadi jumlah harinya ialah 121 hari untuk 4 bulan tersebut.

    jadi boleh kira macam ni.

    RM 500 x 2.17 / 100 = 10.85
    RM 10.85 / 121 = 0.0896 sehari
    RM o.o896 x 60 = 5.380

    jadi pendapatan untuk 60 hari ialah RM 5.380 la. tu pun kalau dia kira ikut hari la…

  16. greenhorn kid
    8 Mei 2011 at 3:14 am

    officer maybank kata end of year baru bukak balek kalu ada sape nak beli

  17. 16 Mei 2011 at 2:36 pm

    Satu option untuk saham yang memberi pulangan above 6% dengan nilai pokok terjamin….

  18. 8 Ogos 2011 at 10:32 pm

    sehari:rm 1
    klau sbulan:rm 30
    stahun:12×30

  19. pakzul
    16 Ogos 2011 at 6:21 am

    still x mampu lawan kuasa ASB. sebab AHB xde kuasa ‘compound’. at the end, deviden ntah ke mana. sama mcm Bank Rakyat.

    • junna henryl
      22 Disember 2011 at 10:09 am

      Adik sy punye akaun ada RM2350. Slps 8bln dia dpt statement ada RM1000 tambahan. Dia tanya kot sy ada tambah lg duit, sy ckp xde. Kira bestlah kalau untung byk tu. Nanti sy compare dgn asb.

  20. lapuding_lababa
    23 Ogos 2011 at 10:05 am

    Mabuhai,
    Ade sesape yang boleh predict berapa our next divident contribution? boleh ker kite capai divident more than 3% this september?…kan pulangan dijanjikan at least 6%/yr…kalau rendah, then I guess better withdraw jer from AHB and just focus on ASB…

    ASB if dapat divident, duit kita bertambah dlm account (capital bertambah)
    AHB if dapat deivdent, cash diberikan, duit dalam account AHB ramains…
    So, better stay on ASB…i guess lah..

    Satu lagi, macam mana saya nak check statement AHB nih? nak buat penambahan pun x boleh buat online..ASB dah boleh buat penambahan pelaburan online..Susah betul lah AHB nih..

  21. morry dorry
    19 Oktober 2011 at 1:44 pm

    salam…
    saya dh msk AHB pada tahun lepas tapi saya tidak tahu keuntungannya pergi mana…

  22. tasya
    26 November 2011 at 1:06 pm

    bosan !!!!!!!

  23. Saiful
    14 Disember 2011 at 7:23 pm

    Mcm best je ASB…
    AHB susah la.. nak cek akaun pown kena g kaunter Maybank.
    Ada x sawang lain yang boleh cek akaun kite selain dari tunggu surat dari bank dan pergi ke kaunter?

    • junna henryl
      22 Disember 2011 at 12:30 pm

      Dlm akaun AHB adik sy ada RM 2350, pastu dia dpt dividen Rm1k slps 8bln. Arwah abah pulak sy masukkan ke akaun ASB RM35k. Slps 1 tahun dpt RM7k+++ je. Kalu compare mcm best AHB. Tapi takut nanti bila PM org lain, saham ni dah x ok. Sy punye akaun ASB pulak, bila tiap2 bulan masuk duit dalam RM1k++ tanpa kluarkan, tiap2 bulan ASB bg RM100. Nanti nak tgk dividen lak…………So kalu sesapa ada pdgn lain blh share……….

      • sam
        22 Disember 2011 at 7:52 pm

        Mana boleh dapat 1K dengan simpanan rm2350. cuba kira RM2350 X 0.033 = RM77.55 ( untuk tempoh 6 bulan sahaja) mungkin saudari silap ni.

        pengiraan ASB saudari juga kurang tepat. dengan simpanan 35K dividen anggaran adalah sebanyak
        35K X 0.0765= Rm2295 sahaja

  24. 22 Disember 2011 at 12:53 pm

    masuk AHB tapi tak banyak. 1k je kot. problem ialah, xsure cane nak check dividen sbb dia sekalikan dlm akaun maybank kita kan? cane nak detect yg mana 1?

  25. AMIR
    22 Disember 2011 at 12:59 pm

    tol kew ahb bg 1k dr simpn 2350?
    klo cm ahb bg dvden 63,83% sthn..cm xcye jew..sye adew asb loan 200k

  26. AMIR
    22 Disember 2011 at 12:59 pm

    63.83%

    • ~nurul~
      18 April 2012 at 1:27 pm

      skrg nie org2 yang masuk pelaburan AHB diam je..bagilah komen skit..dividin dapat berapa dan buka lagi ke pelaburan AHB ni..

      • Investor
        27 Jun 2012 at 9:06 am

        Salam semua,, saya nak kongi satu peluang sama macam Amanah Hartanah tp ia lg menguntungkan.. Since 2007,, sy baru join Jan 2012 hingga skrg Alhamdulillah payment tiada masalah,,
        Contoh simpan RM500
        Tiap2 bulan dpt RM100
        tempoh simpanan 2 tahun
        so, 100 x 24 = RM2400
        simpan RM500 dlm masa 2thn anda dpt RM2400
        ok tak?? saya rasa mmg ok sgt la jika nk dibandingkan dgn AHB ni..
        ianya mmg 100% selamat 🙂

  27. mse
    9 Mei 2012 at 10:41 am

    Saya ada melabur dlm ahb untuk semua keluarga saya…setahun dapat 2 kali kredit dalam akaun kita saya simpan RM500 – dapatlah RM16.25

  28. 30 Ogos 2012 at 1:32 pm

    salam..
    saya baru cadang nak melabur dlm ahb.. mcm2 persoalan timbul.. ttg dividen.. kalau dbandingkan ngan simpan di akaun bank rakyat yg dpt 10% setahu tu mana ag baek.. atau simpan di asb dlm jangkauan 7-8% setahun.. tlg bagi perbezaannya…

    • ~nurul~
      4 September 2012 at 12:37 pm

      klu kira2 mcm dividen dapat 3.25% je..klu bayar 2 kali maknanya setahun 6.5% je la kan..tol ke ni?

  29. zaki
    27 Ogos 2013 at 12:57 am

    AHB skrg mmg masih dibuka…sy dah masukkan 150k and skrg ni dividen tuk 6 bulan consistent 3.25% so 6.5% setahun..Mmg lg untung la dari asb sbbnya asb perlu dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% dari jumlah simpanan. So klu simpan dlm asb kita hanya dapat 7.75 – 2.50 = 5.25% sahaja tetapi AHB 6.5% setelah ditolak zakat.

    Saya hanya melabur dlm ASB loan dan dividen+bonus yg dpt setiap tahun sy kuarkan untuk masukkan ke dalam AHB.

Comment pages
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen