Arkib

Archive for Mei 2013

Trip Germany – Austria – Turkey

Hampir sebulan tanpa update dalam blog ini. Baru sahaja kembali ke tanahair selepas 13 hari bercuti.

Kali ni saya kongsi sikit pengalaman bercuti backpacking style bersama isteri ke tiga negara iaitu Germany, Austria dan Turkey.

Cuti mula 1 Mei hingga 13 Mei 2013.

Hari Rabu, cuti am pekerja, 1 Mei, jam 2035, kami bertolak dari KLIA dengan Etihad Airways menuju Frankfurt. Transit di Abu Dhabi, tiba 2320 waktu Abu Dhabi, penerbangan 6 jam 45 minit.

Hari Selasa, 2hb, berlepas dari Abu Dhabi jam 0215 menuju Frankfurt am Main, tiba 0700. Dari airport menaiki S-Bahn ke central train station, tiket EUR4.25, jalan kaki dari station ke Colour Hotel, cuba check-in seawal 1000 tapi bilik belum ready. Jadi jalan-jalan dulu sekitar Frankfurt. Makanan halal agak mudah, banyak kedai kebab dengan logo halal oleh bangsa Turki. Sempat bergambar di Romerberg dan Alte Oper serta bangunan menarik yg lain. Sekitar jam 1530 balik ke hotel untuk check-in dan terus tidur, rehat hingga esok pagi.

501_frankstat

RE train di Frankfurt(Main) Hbf

502_romerberg

Romerberg, bangunan cantik, ikon utama di Frankfur am Main.

Jumaat, 3hb jam 0906 kami bertolak dari Frankfurt(Main) Hbf ke Heidelberg Hbf. Naik RE train, beli tiket Quer-durchs-Land EUR50 utk 2 orang. Tiba di station Heidelberg jam 1039, kemudian naik S-Bahn ke bandar lama Heidelberg. Bandar lama Heidelberg cantik dan bersejarah, sesuai untuk bergambar.

503_heidelcastle

Heidelberg Castle

Jam 1610 kami bertolak dari Heidelberg ke Munchen (Munich) menaiki RE dan IRE train. Kena singgah Stuttgart Hbf, tiba 1739 tapi hanya sempat bergambar di station sebab dah lewat petang, dan perlu tukar train ke Ulm Hbf jam 1802. Tiba di Ulm Hbd jam 1924, sempat bergambar sekejap sahaja, sebelum naik train seterusnya dari Ulm Hbf jam 1924 menuju ke destinasi terakhir Munchen Hbf.

Jam 2123, tiba di Munchen Hbf, kemudian naik S-Bahn ke Leto Motel. Hotel ni dekat dengan station, senang jumpa w/pun hujan lebat malam tu, terus check-in.

Sabtu, 4hb seawal 0900 naik S-Bahn dengan tiket Innenraum (Ringe 1-4) EUR10.60 seorang, terus ke tempat menarik di Munchen iaitu lorong-lorong bermula dari Marienplatz hingga Karlplatz. Bergambar sepuas-puasnya di kawasan bersejarah dan popular untuk pelancong ini. Sempat beli baju Hard Rock cafe Munchen EUR49.95 sehelai. Sekitar 1500 balik semula ke hotel, masih belum hilang penat hari sebelumnya. Rehat dan tidur untuk perjalanan seterusnya esok.

504_neuesrathaus

Antara bangunan lama yang menarik di Munchen, Neues Rathaus.

Ahad, 5hb bangun awal pagi, beli Bayern-Ticket EUR26 untuk 2 orang. Kemudian naik U-Bahn ke Stadium Olympic. Ambil gambar sekejap di sekitar stadium sambil menunggu BMW Welt dibuka 0900. Antara orang pertama masuk BMW Welt sebaik sahaja pintu dibuka. Bergambar dengan kereta dan motosikal terkini serta model lama BMW. Jam 1100 kembali semula ke hotel untuk ambil beg, tapi sebelum tu sempat singgah makan di kedai kebab halal berdekatan dengan Leto Motel.

505_bmw

Antara koleksi yang dipamerkan di BMW Welt

Jam 1100 naik S-Bahn ke Munchen Hbf. Kemudian jam 1142 naik RE train menuju ke Salzburg Hbf. Tiba di Salzburg Hbf 1342, simpan beg di locker, sebelum menuju ke bandar lama Salzburg. Bergambar dan membeli sedikit souvenir dan poskad.

505_salzburg

Pemandangan menarik bandar lama di Salzburg

Jam 1800 naik Westbahn menuju Wien (Vienna). Tiba di Wien Westbahnhof jam 2030. Kemudian naik S-Bahn ke Austria Trend Hotel, tiket EUR2.00 seorang. Rehat dan tidur.

Isnin, 6hb, awal pagi, beli tiket 24-Stunden-Wien, EUR6.70 seorang untuk public transport sekitar Wien 24 jam. Jalan-jalan dan bergambar di kawasan pusat bandar Viyana iaitu lingkaran Ringstrasse. Terlalu banyak bangunan menarik di kawasan lingkaran ini. Semuanya indah, megah dan lebih kemas berbanding di Itali dan Edinburgh. Beli sedikit souvenir dan poskad. Sebelah petang, naik S-Bahn ke Schonbrunn Palace. Sekitar 1900 naik semula S-Bahn untuk balik ke hotel, rehat dan tidur.

506_hofburg

Monumen Neue Burg di bangunan istana Hofburg, Vienna

506_schonpalace

Sedikit pemandangan Schonbrunn Palace dari pintu masuk.

Selasa, 7hb, jam 0930 checkout dari hotel, naik S-Bahn dengan tiket one-way ke airport EUR4.00 seorang. Check-in di area 1A, untuk naik flight Pegasus Airlines ke Kayseri, Turkey. Flight ni transit di airport Istanbul-Sabiha Gokcen sebelum sambung terbang ke airport Kayseri.

Trip di Turkey akan disambung dalam post akan datang.

Kategori:Travel